Perbincangan:Cendol: Perbezaan antara semakan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
# Seperti yang saya katakan, tiada koloni Jawa ditempat lain yang mengatakan cendol itu makanan tradisi, sedangakn semua negara Melayu ada cendol.
# Seperti yang saya katakan, tiada koloni Jawa ditempat lain yang mengatakan cendol itu makanan tradisi, sedangakn semua negara Melayu ada cendol.
# Wikipedia menulis fakta, bukan pendapat / penyelidikan sendiri, jadi tak perlu cuba memaksa pendapat peribadi anda di sini. Harap maklum. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 03:59, 19 Oktober 2010 (UTC)
# Wikipedia menulis fakta, bukan pendapat / penyelidikan sendiri, jadi tak perlu cuba memaksa pendapat peribadi anda di sini. Harap maklum. [[Pengguna:Yosri|Yosri]] ([[Perbincangan Pengguna:Yosri|bincang]]) 03:59, 19 Oktober 2010 (UTC)

:Sebenarnya apa yang sudah tertulis mengenai sejarah cendol sebelum ini memang disokong oleh rujukan sahih, jadi anda tidak perlu pertikaikannya, sebagaimana yang diterangkan oleh saudara Yosri. Jika anda tidak setuju dengan sejarah asal-usul cendol itu, anda tidak perlu buang entri lama itu, tetapi anda boleh tambah dengan rujukan yang anda baru temui. Dalam kes sebegini, anda boleh mulakan suntingan anda dengan ayat-ayat seperti "Selain itu, terdapat pula pendapat lain yang mengatakan...". Macam yang saudara dah terangkan, Wikipedia hanya memaparkan fakta dan bukan penyelidikan peribadi. Oleh itu anda tidak boleh paksa orang lain untuk terima pandangan anda. Sekian. - [[Pengguna:Hezery99|Hezery99]] ([[Perbincangan Pengguna:Hezery99|bincang]]) 04:40, 19 Oktober 2010 (UTC)

Semakan pada 04:40, 19 Oktober 2010

Sejarah cendol

Sila buktikan bahawa cendol berasal dari perkataan Siam "chorn dooi"? Selagi tiada rujukan dikemukakan saya akan mengubah semula kepada fakta bahawa cendol berasal dari Jawa. Selain dari rujukan yang saya beri (http://www.penangtuapui.com/2008/03/cendol/), saya juga ada membaca keratan akhbar tentang seorang penjual cendol berketurunan India Muslim di Batu Pahat yang telah berniaga cendol lebih 60 tahun dan dalam artikel tersebut peniaga tersebut mengakui mempelajari resepi cendol di Jawa sebelum berhijrah ke Tanah Melayu.

1. Orang Jawa mengenalinya sebagai dawet (tanpa ais), sedangkan nama cendol ("bahasa Melayu") digunakan secara meluas di kesemua negeri berbahasa Melayu - Brunei, Singapore, Malaysia, Indonesia (penduduk Melayu), membuktikan ia perkataan Melayu asal. Sebaliknya penempatan yang ada orang-orang Jawa (di luar Indonesia) sendiri tidak mengenali cendol, menunjukkan ia bukan berasal dari Jawa. Setahu saya, keturunan orang Jawa yang duduk di Malaysia (telah lama mendiami Malaysia sebelum merdeka) sendiri tidak menyenaraikan cendol sebagai makanan tradisi mereka. Rujukan yang diberi menunjukkan ia telah lama dikenali di Tanah Melayu setidak-tidaknya lebih awal dari sejak 1932, sehinggakan ia disenaraikan sebagai jualan orang kampong. Selain itu, ini menunjukkan ia cukup dikenali (notable) sehinggakan penulis buku tersebut merasakan perlu menyenaraikannya dalam sebahagian jualan tradisi Pekan Ahad ("pasar minggu.") Petikan buku 1932 diberikan di bawah:-
"...dan dibincangkan dengan orang-orang kampung, hendak mengadakan Pekan Ahad di Kampung Baru Kuala Lumpur, di mana pada hari itu bolehlah dibawa ke pekan itu bagi jualan segala kehasilan daripada tanam-tanaman seperti ayam, itik dan telur-melurnya, aneka makanan seperti kuih muih, cendol, bubur, dan sebagainya, macam-macam perbuatan tangan seperti senduk, tikar, nyiru, tapis, ..."
2. Kenyataan itu bukan berasal dari saya, tetapi selepas mencari, anda boleh rujuk di buku http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:DtJH6F9PCcIJ:www.alibris.com/search/books/isbn/9781158259595+%22chorn+dooi%22&cd=17&hl=en&ct=clnk&gl=my atau http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:jTdIXYI0nlgJ:tacliffe.wordpress.com/minuman-khas-indonesia-internasional/+%22chorn+dooi%22&cd=15&hl=en&ct=clnk&gl=my
3. Sila beri rujukan bukan blog peribadi. Rujuk Wikipedia:Verifiability.
4. Saya tidak pernah mendakwa ia berasal dari Malaysia, hanya meletakkan fakta - a. Cendol dikenali di ASEAN, b. Di Malaysia bukti bertulis menunjukkan menjelang 1932 ia adalah makanan yang dijual meluas di pasar Tanah Melayu. c. Teknologi air batu British, membuktikan bekalan air batu (secara komersial) sedia ada di pelabuhan Malaysia, yang digunakan British bagi mengimport daging dari New Zealand dan Australia ke British.
5. Anda dialu-alukan meletakkan fakta bila perkataan cendol muncul di tempat anda, besertakan bukti masa itu (tahun yang sama - contemporary) bukan catakan masa kini. Jika letak rujukan akbar yang anda baca itu baik, sekadar dakwaan lisan ia tidak layak/diterima. Yosri (bincang) 17:54, 16 Oktober 2010 (UTC)[balas]
6. Laman sesawang http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:DtJH6F9PCcIJ:www.alibris.com/search/books/isbn/9781158259595+%22chorn+dooi%22&cd=17&hl=en&ct=clnk&gl=my menunjukkan buku tersebut diterbitkan pada tahun ini (2010), sedangkan entri "chorn dooi" telah mula ditulis seawal 2008 tanpa sebarang rujukan. Bahkan terdapat penulis yang menukarnya kepada "contong" lalu diubah semula kepada "chorn dooi". Adalah idak logik entri ditulis "chorn dooi" pada 2008 berdasarkan rujukan yang terbit pada 2010. Manakala blog http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:jTdIXYI0nlgJ:tacliffe.wordpress.com/minuman-khas-indonesia-internasional/+%22chorn+dooi%22&cd=15&hl=en&ct=clnk&gl=my pula cuma menyalin kembali entri wikipedia. "Rujukan" yang diberi langsung tidak meyakinkan, besar kemungkinan "rujukan" yang anda beri sebenarnya hanya sekadar menyalin kembali entri "chorn dooi" yang tiada asas itu. Sekali lagi saya nyatakan anda tiada rujukan tentang "chorn dooi", baik lupuskan sahaja bahagian itu. Keratan akhbar yang saya nyatakan tentang cendol dari Pulau Jawa tidak dapat dilampirkan di sini kerana ia hanya boleh dilihat di dalam arkib The News Straits Times yang berbayar. Amat kesal sekali. Berkaitan petikan dari buku tahun 1932 tentang Pasar Ahad di Kampung Baru, sekiranya anda menemubual warga tua Kampung Baru dan melihat sejarahnya, ramai warga pembuka Kampung Baru terdiri dari suku Jawa. Dari sudut bahasa, "cendol" dalam Bahasa Jawa lebih spesifik kerana ia merujuk kepada bahagian yang dibuat dari tepung beras dan pandan. Bahkan di Thailand sendiri cendol dipanggil Lod chong? Jadi dari mana datangnya dakwaan cendol berasal dari "chorn dooi"? Khayalan dan rekaan semata-mata. Saya juga dapati saudara Yosri cuba memuatkan dakwaan tersebut di wiki Cendol dalam Bahasa Inggeris tanpa rujukan yang munasabah. Adalah lebih elok dibuang sahaja dakwaan tentang "chorn dooi" itu kerana ia tidak berasas.
  1. Bukan saya asal yang letakkan, tetapi saya telah letakkan rujukkan mengenainya, jadi tidak perlu saya padamkan. "chorn dooi" yang kini disahkan 2010.
  2. Mengenai Kampung Baru, ia adalah nama umum (kampung yang baru di buka) dan tidak perlu saya menemu bual (seperti yang anda cuba buat) kerana itu merupakan penyelidikan sendiri dan tidak layak dijadikan rujukan.
  3. Seperti yang saya katakan, tiada koloni Jawa ditempat lain yang mengatakan cendol itu makanan tradisi, sedangakn semua negara Melayu ada cendol.
  4. Wikipedia menulis fakta, bukan pendapat / penyelidikan sendiri, jadi tak perlu cuba memaksa pendapat peribadi anda di sini. Harap maklum. Yosri (bincang) 03:59, 19 Oktober 2010 (UTC)[balas]
Sebenarnya apa yang sudah tertulis mengenai sejarah cendol sebelum ini memang disokong oleh rujukan sahih, jadi anda tidak perlu pertikaikannya, sebagaimana yang diterangkan oleh saudara Yosri. Jika anda tidak setuju dengan sejarah asal-usul cendol itu, anda tidak perlu buang entri lama itu, tetapi anda boleh tambah dengan rujukan yang anda baru temui. Dalam kes sebegini, anda boleh mulakan suntingan anda dengan ayat-ayat seperti "Selain itu, terdapat pula pendapat lain yang mengatakan...". Macam yang saudara dah terangkan, Wikipedia hanya memaparkan fakta dan bukan penyelidikan peribadi. Oleh itu anda tidak boleh paksa orang lain untuk terima pandangan anda. Sekian. - Hezery99 (bincang) 04:40, 19 Oktober 2010 (UTC)[balas]