Pengguna:Hezery99

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Barnstar1.png
wiki Dihargai untuk Sumbangan rencana kepada Wikipedia oleh Yosri pada 14 Januari 2009 / 17 Muharam 1430.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Wikipedia:Kotak pengguna
Admin mop.PNG Pengguna ini ialah seorang penyelia bagi Wikipedia Bahasa Melayu. (kenal pasti)
V Pengguna ini berazam
menghapuskan vandalisme
dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
Male.svg Pengguna ini seorang lelaki.
Cancer Pengguna ini berzodiak Cancer.
No smoking symbol.svg Pengguna ini bukan seorang perokok.
maxis Pengguna ini menggunakan rangkaian telekomunikasi Maxis.
Sony Ericsson logo.svg Pengguna ini menggunakan telefon bimbit Sony Ericsson.
Lesen
Memandu
Pengguna ini mempunyai lesen memandu.
Linkin park acronym 2007th.png Pengguna ini meminati Linkin Park.
Mercedes-Benz logo.svg Pengguna ini meminati kereta Mercedes-Benz.
20071001 Lancer Evolution X-front.jpg Pengguna ini teruja dengan kuasa Lancer Evolution.
Hamburger.svg Pengguna ini amat menggemari makanan segera.
Flag of Malaysia.svg
Pengguna ini ialah seorang ahli WikiProjek Malaysia.
Flag of Malaysia.svg Pengguna ini berasal dari Malaysia.
Flag of Johor.svg Pengguna ini berasal dari negeri Johor.
Pengguna ini beragama Islam Pengguna ini beragama Islam.
Wikipe-tan head.png Pengguna ini ialah seorang peserta dalam WikiProjek Anime and Manga.
デス
ノート
Pengguna ini meminati Death Note.
Mahathir bin Mohamad.jpg Pengguna ini meminati Mahathir Mohamad.
Wikipedia:Babel
ms Bahasa ibunda pengguna ini ialah Bahasa Melayu.
en-3 This user is able to contribute with an advanced level of English.
Search user languages

Saya adalah pengguna Wikipedia dari Segamat, Johor (kini tinggal di Selangor). Saya menyertai Wikipedia sejak dari tahun 2004 tetapi maaflah, baru sekarang saya menyiapkan laman saya sendiri. Saya aktif menyumbang rencana di Wikipedia Bahasa Melayu, tetapi sekarang sudah kurang aktif menulis rencana di Wikipedia Bahasa Inggeris.

Sebarang teguran atau pembetulan terhadap rencana sumbangan saya amat saya alu-alukan. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, cadangan ataupun teguran, sila ajukan di sini. Terima kasih.

Hubungi saya[sunting | sunting sumber]

  • Alamat e-mel:-

Status[sunting | sunting sumber]

Sunset at Huntington Beach.jpg Hezery99 sedang cuba mengambil cuti dan akan kembali ke Wikipedia pada 1 Jun. Akan tetapi paling mungkin Hezery99 tidak boleh pergi buat masa lama, dan akan kembali kadangkala untuk membuat beberapa suntingan kecil.
  • Wikipedia Bahasa Melayu: Bercuti buat sementara
  • Wikipedia Bahasa Inggeris: Kurang aktif

Pesanan[sunting | sunting sumber]

Kepada ahli Wikipedia, saya ingin nasihatkan kepada sesiapa yang ingin menyumbang rencana agar memastikan sumbangan anda dalam keadaan lengkap dan bukannya sekadar rencana sependek beberapa patah perkataan yang hanya diklasifikasikan sebagai rencana tunas sahaja. Rencana sumbangan anda tidak semestinya perlu panjang berjela-jela seperti dalam Wikipedia Bahasa Inggeris, yang penting ia mesti padat dan lengkap.

Coretan Hezery99[sunting | sunting sumber]

Sepanjang saya menyertai Wikipedia sejak 5 tahun lalu - bermula dengan Wikipedia Bahasa Inggeris dan disusuli dengan Wikipedia Bahasa Melayu - banyak perubahan yang telah berlaku dalam tempoh tersebut. Di Wikipedia Bahasa Melayu, saya berasa gembira melihatkan pertambahan rencana-rencana berkualiti selaras dengan tujuan Wikipedia itu sendiri untuk menjadi wadah ilmu untuk dikongsi sejagat tanpa mengira bahasa, kaum, agama ataupun warna kulit.

Walau bagaimanapun, saya kini menjadi kurang aktif di Wikipedia Bahasa Inggeris, tidak seperti dulu. Sebab pertama sudah tentulah kerana boleh dikatakan hampir kesemua rencana baru yang terlintas dalam kepala saya sudah pun ditulis sehinggakan saya tidak tahu apa lagi jenis rencana untuk ditulis. Sebab kedua - dan juga sebab paling utama - ialah kerana saya rasakan Wikipedia Bahasa Inggeris semakin kurang boleh diharap berikutan beberapa protokol yang saya rasakan semakin menyusahkan sehinggakan banyak rencana (terutamanya yang melibatkan watak anime, manga dan permainan video) dicantas secara besar-besaran.

Tahun 2011 buat Wikipedia Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Tahun 2011 sememangnya tahun yang amat bermakna buat Wikipedia Bahasa Melayu, kerana kita ada dua perkara yang perlu diraikan - ulang tahun Wikipedia ke-10, serta kejayaan WBM melepasi angka 100,000 rencana. Namun, perjuangan kita di WBM masih jauh. Kandungan rencana Wikipedia BI kini lebih 20 kali ganda kandungan rencana kita. Kedudukan kita (setakat 21 Januari 2011) kini di tempat ke-35. Perjuangan kita di sini bukanlah untuk mengejar status sebagai Wikipedia paling banyak rencana, tetapi untuk menunaikan fardu kifayah kita bagi menyebarkan ilmu dalam bahasa yang kita fahami. Selagi WBM dikunjungi, kita semua berpeluang memiliki saham akhirat yang besar kerana berkongsi ilmu bermanfaat buat seluruh dunia, khususnya alam Melayu. Semuanya memerlukan komitmen setiap ahli WBM untuk sama-sama berganding bahu untuk menjayakannya.

Hidup Wikipedia Bahasa Melayu!

Sumbangan saya[sunting | sunting sumber]

Rujuk laman ini untuk melihat hasil rencana ciptaan saya.

Segmen Tahukah Anda?[sunting | sunting sumber]

Postscript-viewer.svg "Tahukah anda?" minggu ini


Menara Jam, sering dirujuk sebagai Big Ben
  • ... bahawa nama bangunan Menara Jam ini bukanlah Big Ben? Nama sebenarnya ialah Menara Elizabeth. Big Ben ialah gelaran yang diberikan untuk loceng besar jam itu iaitu Great Bell
  • ... bahawa dalam pengkomputeran, pengecam sumber sejagat (URI) ialah bentuk kepada gabungan nama sumber seragam (URN) yang menetapkan identiti sesuatu dan pelokasi sumber seragam (URL) yang menyediakan cara untuk mencarinya? 
  • ... bahawa Angka Arab bukannya berasal dari Arab? Angka dicipta di India dan diperkenalkan kepada Eropah oleh ahli matematik Arab? 
  • ... bahawa kentang goreng (french fries) bukannya berasal dari Perancis? Nama ini mungkin daripada askar Amerika berkerakyatan British yang menjumpai tempat penciptaan kentang goreng ini di Belgium ketika Perang Dunia I. Bahasa Perancis (French) ialah bahasa rasmi askar Belgium dan askar British menyalah anggap bahawa mereka berada di Perancis? 

Beberapa rencana ciptaan saya telah terpilih dalam ruangan "Tahukah Anda", yang saya sifatkan sebagai satu penghormatan besar sepanjang saya menyertai Wikipedia. Setakat ini, rencana yang pernah tersiar ialah:-

Ini adalah laman pengguna Wikipedia.

Jika anda mendapati laman ini pada mana-mana tapak selain dari Wikipedia, anda sedang melihat cermin laman. Berhati-hati bahawa yang laman ini mungkin bukan yang terkini, dan pengguna asal laman ini mungkin tidak mempunyai hubungan peribadi dengan mana-mana tapak selain dari Wikipedia sendiri. Laman asal terletak di http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengguna:Hezery99.

Wikimedia Foundation