Cendol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Cendol
Cendol di Singapura
Cendol di Malaysia
Cendol di Pulau Jawa
Nama alternatifAis cendol,
cendol
Tempat asalMalaysia , Indonesia
KawasanAsia Tenggara
Suhu penghidanganSejuk
Bahan utamaGula perang

Santan Ais

Jeli hijau
Tenaga makanan
(per hidangan)
120 kcal (502 kJ)
di Wikibuku Buku Masakan: Cendol  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Cendol

Cendol ialah sejenis minuman pencuci mulut yang boleh dijumpai di negara-negara Asia Tenggara.

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan Gula Melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut penyunting jurnal makanan Cina, Flavor and Fortune, Jacqueline M. Newman, hidangan cendol memiliki cita rasa Malaysia, mengaitkan kaitan antara jeli dan kacang dalam air batu campur dengan bahan halo-halo ("campur-campur") di Filipina. Dia turut menambah bahawa perhubungan antara Filipina dan negara di Asia Tenggara agak tinggi sekitar 1500-an.[1]

Asal usul cendol tidak jelas, dan minuman manis ini tersebar luas di seluruh Asia Tenggara. Namun, satu saranan mengatakan bahawa cendol berasal dari Jawa, Indonesia sebagai dawet. Catatan tertua yang disebutkan tentang minuman manis dawet adalah naskah Kresnayana, yang berasal dari Kerajaan Kediri sekitar Jawa abad ke-12. Sejarawan menyatakan bahwa penggunaan sagoo atau tepung beras sebagai bahan minuman manis mungkin terjadi pada awal masyarakat pertanian padi di Jawa kuno. Jeli cendol dan variasinya adalah produk pertanian pedesaan, masih dihasilkan secara tradisional di desa-desa Jawa. Di Banjarnegara, Jawa Tengah, dawet secara tradisional disajikan tanpa ais. Saat ini, bagaimanapun ais batu tambahan atau ais serut biasanya ditambahkan ke dalam minuman pencuci mulut ini. Ini mungkin menunjukkan bahawa di Jawa tropika, dawet adalah minuman pencuci mulut tradisional yang sudah ada sebelum penggunaan teknologi pendingin, sejak abad ke-12.

Kata "cendol" pertama kali disebutkan pada tahun 1932 sebagai salah satu bahan makanan yang tersedia di Kuala Lumpur sebagaimana dicatat dalam Projek Concordance Melayu yang mengumpulkan tulisan-tulisan Melayu. Dawet diklaim sebagai asal usul cendol; nama Jawa "dawet" dirakam pada awal naskah Jawa abad ke-19 dari Serat Centhini, yang terdiri antara 1814-1823 di Surakarta, Jawa Tengah. Di Jawa, dawet mengacu pada seluruh ramuan jeli cendol hijau, biasanya dibuat dari aren sagoo atau tepung beras, santan dan gula jawa cair (sirup gula kelapa), terkadang nangka yang dihiris mungkin ditambahkan.

Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas. Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Shaving the Ice, Cutting the Heat". New York Times. 10 Ogos 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2021. Dicapai pada 19 Januari 2021.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]