Arecaceae: Perbezaan antara semakan
Luckas-bot (bincang | sumb.) k r2.7.1) (bot menambah: lv:Areku dzimta |
k bot menambah: koi:Пальма котыр |
||
Baris 104: | Baris 104: | ||
[[lt:Arekiniai]] |
[[lt:Arekiniai]] |
||
[[mr:ताड]] |
[[mr:ताड]] |
||
[[koi:Пальма котыр]] |
|||
[[my:ထန်း]] |
[[my:ထန်း]] |
||
[[nah:Zotolin]] |
[[nah:Zotolin]] |
Semakan pada 00:23, 24 Mei 2011
Arecaceae | |
---|---|
Pokok kelapa Cocos nucifera
| |
Pengelasan saintifik | |
|
Arecaceae (kekadang dikenali sebagai Palmae, satu nama alternatif yang sah, atau sebagai Palmaceae yang merupakan nama tidak sah [1]) atau famili palma ialah satu famili pokok berbunga daripada Arecales, satu susunan monokotiledon.
Terdapat lebih kurang 202 genus yang kini dikenali, dengan lebih kurang 2,600 spesies. Kebanyakan daripada spesiesnya dihadkan ke kawasan iklim tropika dan subtropika. Di kalangan famili tumbuhan, Arecaceae merupakan famili yang paling mudah dikenal pasti oleh kebanyakan orang. Kebanyakan pokok palma dibezakan dengan daun-daun besar, malar hijau, dan majmuk yang diatur di atas batang yang tidak bercabang. Bagaimanapun, banyak pokok palma merupakan kekecualian kenyataan ini, dan pokok palma sebenarnya menunjukkan kepelbagaian yang meluas dari segi ciri fizikal. Selain daripada kepelbagaian morfologi, pokok palma juga hidup di hampir setiap habitat dalam jangkauannya, dari hutan hujan hingga ke gurun.
Pokok palma merupakan salah satu daripada pokok yang paling dikenali dan yang paling ditanam secara meluas. Pokok ini memainkan peranan yang penting untuk manusia dalam kebanyakan sejarah, bermula dengan Mesopotamia kuno. Banyak keluaran dan makanan biasa berasal daripada pokok palma, dan pokok palma juga digunakan secara meluas dalam seni taman disebabkan bentuknya yang eksotik dan oleh itu, telah menyebabkannya menjadi salah satu daripada tumbuhan yang penting dari segi ekonomi. Dalam banyak budaya sejarah, pokok palma merupakan lambang untuk gagasan seperti kemenangan, keamanan, dan kesuburan. Pada hari ini, pokok palma masih merupakan lambang sejagat yang popular untuk kawasan tropika dan percutian. [2].
Genus penting dari segi ekonomi
- Areca – Pokok Pinang
- Bactris – Pupunha
- Borassus – Pokok Lontar
- Calamus – Pokok Rotan
- Pokok Kelapa
- Copernicia – Pokok lilin karnauba
- Pokok Kelapa Sawit
- Euterpe – Pokok Hati Kubis, Pokok Açaí
- Jubaea – Pokok Wain Chile, Pokok Coquito
- Metroksilon – Pokok Rumbia
- Phoenix – Pokok Kurma
- Pokok Rafia
- Roystonea – Pokok Royal
- Sabal – Palmeto
- Salacca – Salak
- Trachycarpus – Pokok Windmill, Pokok Kumaon
- Washingtonia
Sila lihat Senarai genus Arecaceae untuk senarai genus yang lengkap.
Lihat juga
- Pokok Traveller – pokok yang seakan-akan pokok palma dan yang merupakan salah satu ahli susunan Zingiberales
- Pokok Sago – sikad yang seakan-akan pokok palma (gimnosperma)
Rujukan
- ^ "Palmaceae" ialah nama tak sah kerana nama Arecaceae (dan nama Palmae yang merupakan nama alternatif yang diterima, ICBN Perkara 18.5) diutamakan berbanding nama-nama lain untuk famili ini.
- ^ Seni taman dengan Pokok Palma di Mediterranean
- C. H. Schultz-Schultzenstein (1832). Natürliches System des Pflanzenreichs..., 317. Berlin, Jerman.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Arecaceae. |
- Panduan Pokok Palma – Himpunan imej pokok palma, data saintifik, dan maklumat holtikultur yang dihoskan oleh Taman Botani Tropika Fairchild, Miami.
- Senarai Genus Pokok Palma Taman Botani Kew – senarai genus yang kini disahkan oleh Taman Botani Diraja Kew di London, England.
- Persatuan-persatuan Palm dan Sikad Australia (PACSOA) – senarai spesies pokok palma dengan gambar.
- Persatuan-persatuan Palma & Sikad Florida, Inc. (PACSOF) yang merangkumi halaman-halaman di Taksonomi Arecaceae dan indeks gambar foto.