Abdul Halim Mohd Seth: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan 'Datuk '''Abdul Halim Mohd Seth''' adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau) ==Kelu...'
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 23:41, 31 Disember 2011

Datuk Abdul Halim Mohd Seth adalah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang bagi kawasan Sanggang (kini dikenali sebagai DUN Kerdau)

Keluarga

Isterinya Hasanah Putih, 53, dan mereka mempunyai empat anak yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Politik

Beliau menjadi wakil rakyat DUN Sanggang selama sepenggal dari tahun 1986 sehingga 1990. Beliau juga adik kepada bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohd Seth.

Beliau juga pernah menjadi Naib Ketua UMNO Bahagian Mentakab selama sepenggal sebelum bahagian tersebut ditukar menjadi UMNO Bahagian Temerloh.

DUN Sanggang kini telah dikenali sebagai DU NKerdau setelah berlaku persempadanan semula DUN tersebut pada tahun 2004.

Meninggal dunia

Pada 11 Oktober 2011, Datuk Abdul Halim Mohd Seth, 64, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 9.05 malam akibat komplikasi jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Abdul Halim meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL selepas dimasukan ke hospital itu selama hari.

Jenazah disemadikan bersebelahan kubur ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Bangau Tanjung. [1]

Rujukan