Artileri: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: be:Артылерыя
DragonBot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (bot menambah: la:Tormenta
Baris 221: Baris 221:
[[ka:არტილერია]]
[[ka:არტილერია]]
[[kk:Сүйемелдеуші артиллерия]]
[[kk:Сүйемелдеуші артиллерия]]
[[la:Tormenta]]
[[lv:Artilērija]]
[[lv:Artilērija]]
[[lt:Artilerija]]
[[lt:Artilerija]]

Semakan pada 22:07, 13 Januari 2013

Artileri dengan kubu Gabion.
Meriam dipamerkan di Fort Point
Fail:Artillery gun crew-illustration.jpeg
Krew Artileri Kontinental dari Revolusi Amerika.
Tembakan dari meriam 18-paun, Louis-Philippe Crepin, (1772 – 1851)

Meriam ini dibina semasa pemerintahan Raghunatha Nayak (1600–1645), dan ia dikatakan sebagai salah satu meriam terbesar di dunia. Artileri digunakan oleh tentera India kebanyakannya bagi menumpaskan tentera berkubu.]]

Artileri tentera laut, awal abad ke-19
Artileri tentera laut Perancis pada akhir abad ke-19.

Dalam sejarah, artileri (dari Bahasa Perancis artillerie) merujuk kepada sebarang enjin yang digunakan bagi melancar peluru (projectile) besar dalam peperangan. Istilah ini turut merujuk kepada tentera dengan fungsi utama bagi mengendali senjata sedemikian dan digunakan dalam organisasi bagi cabang pasukan bersenjata darat yang menggunakan senjata sedemikian. Istilah ini merangkumi artileri pantai yang secara tradisional mempertahankan kawasan pantai dari serangan melalui laut dan mengawal laluan kapal. Dengan kemunculan pesawat udara pada awal abad ke-20, artileri turut merangkumi bateri anti-pesawat darat.

Sejarah

Perkataan ini sebagaimana digunakan dalam konteks semasa berasal dari Zaman Pertengahan. Ia berasal dari Perancis Kuno atellier bererti "mengatur", dan attillement bererti "peralatan". Semenjak abad ke-13 artillier merujuk kepada pembinaan sebarang peralatan perperangan, dan bagi 250 tahun berikut erti perkataan "artileri" merujuk kesemua bentuk senjata ketenteraan. Dengan itu pernamaan Kompeni Artileri Terhormat (Honourable Artillery Company) pada asasnya merupakan unit infantri sehingga abad ke-19.

Enjin lebih tua seperti manjanik, onager, trebuchet dan ballista merupakan artileri (lihat enjin pengepungan) bagi maklumat tambahan bagi peranti panca ubat bedil), tetapi rekod tertulis mengenai artileri dengan pendorong ubat bedil yang digunakan dimedan pertempuran adalah pada 28 Januari 1132 apabila Jenderal Han Shizhong dari Dinasti Sung menggunakan escalade dan Huochong untuk menawan bandar di Fujian. Senjata kecil dan kasar ini meresap ke Timur Tengah (madfaa) dan sampai ke Eropah pada abad ke-13, dalam bentuk terhad. Tiub laras licin kecil ini pada awalnya dituang menggunakan besi atau tembaga pada teras tengah, meriam pertama dengan laras ditebuk direkodkan beroperasi berhampiran Seville pada tahun 1247. Ia menembak bebola batu, besi, plumbum, panah besar dan apa-apa serpihan yang terdapat di sekitarnya. Semasa Perang Seratus Tahun, penggunaan senjata ini semakin meluas, pada awalnya dikenali sebagai pengebom (Bombard) dan kemudiannya sebagai meriam. Meriam sentiasa dimuat dari hadapan walaupun terdapat banyak cubaan awal bagi reka bentuk muatan belakang (breech-loading) tetapi kelemahan dari segi kejuruteraan menjadikannya lebih merbahaya berbanding muat hadapan.

Meriam berat/pengebom (Bombards) adalah jauh lebih besar berbanding senjata sebelumnya, senjata laras licin besar dibezakan dengan ketiadaan pengangkut medan, tidak boleh digerakkan apabila ditempatkan, rekabentuk khusus setiap satu, dan jelas tidak boleh diharap. Saiz mereka mengecualikan laras dari diacuan dan ia dibina dari kepingan besi atau batang besi diikat sekali dengan gelung seperti laras. Nilai meriam berat hanyalah pada pengepongan, satu contoh meriam berat Turki digunakan dalam pengepongan Constantinople pada tahun 1453 seberat 19 tan, mengambil 200 orang dan enam puluh lembu bagi menempatkan dan hanya mampu menembak tujuk kali sehari.

Pengunaan perkataan "cannon" (meriam) dalam bahasa Inggeris telah diperkenalkan pada abad ke-15 dengan menggunakan pedati khas dengan yang dipasang dengan gandar, penghela dan batang penarik yang diikta pada haiwan — ini menghasilkan senjata lapangan yang boleh digerakkan dan menyokong tentera yang menyerang dan bukannya hanya terikat kepada pengepungan dan pertahanan statik. Pengurangan saiz laras berpunca dari peningkatan dalam teknologi besi dan penghasilan ubat bedil. Senjata boleh gerak yang pertama biasanya diberikan kepada Jan Žižka, yang menggunakan meriam ditarik lembu semasa Perang Hussite di Bohemia (1418–1424). Bagaimanapun meriam masih besar dan kekok, dengan kebangkitan senapang lantak (musketry) pada abad ke-16 meriam kebanyakannya tersingkir dari medan pertempuran—meriam terlalu perlahan dan kekok untuk digunakan dan mudah ditawan oleh musuh yang mara dengan pantas.

Kemajuan artileri

Gabungan peluru dan ubat bedil dalam satu unit, kelonsong, berlaku sekitar 1620-an dengan beg kain mudah, dan dengan pantas diterima pakai olek semua negara. Ia mempercepatkan pengisian dan menjadikannya lebih selamat, tetapi cebisan beg yang tertinggal menambahkan kekotoran dalam laras meriam dan perkakasan baru—artileri cacing—diperkenalkan bagi menyingkirkannya. Gustavus Adolphus dikenal pasti sebagai jeneral yang memperkenalkan semula meriam dilapangan [ertempuran—menggalakkan pembangunan senjata yang lebih ringan dan kecil dan menggunakannya dalam jumlah lebih besar berbanding sebelumnya. Tetapi keputusan pertempuran masih ditentukan menerusi pertempuran tentera pejalan kaki.

Peluru meriam, projektile berfisu berisi bahan letupan, turut dibangunkan pada abad ke-17. Pembangunan jenis khas—artileri pada kapal, meriam katak dan senjata Mortar—juga bermula pada tempoh ini. Reka bentuk lebih luar biasa (esoteric), seperti ribauldequin pelbagai laras, turut dibina.

Buku pada abad ke-17 oleh Polish-Lithuanian Commonwealth inventor Kazimierz Siemienowicz "Artis Magnae Artilleriae pars prima" ("Seni Agung Artileri - Great Art of Artillery, the First Part," atau juga dikenali sebagai "Seni Lengkap Artileri - The Complete Art of Artillery") merupakan salah satu penerbitan paling penting mengenai bidang artileri Selama lebih kurang dua dekad manuskrip ini digunakan di Eropah sebagai buku panduan artilleri.

Meriam terus menjadi semakin kecil dan ringan—Frederick II dari Prussia menggunakan Artileri ringan sebenar pertama semasa Perang Tujuh Tahun—tetapi sehingga pertengahan abad ke-19 peningkatan dalam metallurgi, kimia, pengilangan dan sains lain tidak menukar reka bentuk asas dan operasi meriam.

Laras berpilin telah diuji pada senjata ringan pada abad ke-15. Mesin yang mampu memilin laras meriam dengan jitu tidak wujud sehingga abad ke-19. Cavelli, Wahrendorff, dan Whitworth kesemuanya secara terasing mencipta meriam berpilin pada 1840-an, tetapi meriam jenis ini tidak digunakan secara meluas sehingga akhir Perang Saudara Amerika—apabila reka bentuk seperti meriam Rodman pelbagai kaliber menonjol.

Artileri terus menonjol pada abad ke-18 apabila Jean-Baptiste de Gribeauval, jurutera artileri Perancis memperkenalkan piawaian bagi reka bentuk meriam. Dia mereka meriam katak medan 6-inci yang larasnya, pedati tenggekan dan spesifikasi peluru dijadikan sekata bagi kesemua meriam Perancis. Piawaian bagi bahagian boleh tukar meriam ini sehingga kepada skru dan nat menjadikan penghasilan pukal dan pembaikian lebih mudah. Satu lagi perubahan utama masa itu adalah pembangunan mekanisma menembak flintlock bagi meriam. Kaedah lama menembak meriam membabitkan penggunaan linstock atau mancis untuk menyalakan sejumlah kecil ubat bedil pada liang bedil yang ditebuk pada laras. Teknik ini mudah silap kerana serbuk belerang boleh dipadamkan oleh hujan dan jumlah ubat bedil yang terlalu banyak boleh menyebabkan bedil berkecai. Mekanisma flintlock sebaliknya hanya perlu di pasang dan apabila picu ditarik batu api pada penukul menghentam (frizzen) memercikkan bunga api pada kuali dan meletupkan peletup pada kuali bedil dan meletupkan letupan pada cekahan (breech). Picu itu pula boleh diikat kepada lanyard dan ditarik pada jarak selamat. Perubahan ini berlaku pada 1789 terbukti berkesan dalam penaklukkan Napoleon.

Dari 1860-an artileri melalui beberapa siri pertukaran teknologi dan operasi yang pesat, memecut semakin pantas sepanjang 1870-an dan selepasnya. Pengisi muat belakang (breech-loaders) yang berkesan pertama (membenarkan krew meriam untuk beroperasi semasa berada dibelakang perisai halangan) dimajukan pada 1880-an, dengan meriam pertama yang mengandungi kesemua ciri-ciri moden secara umumnya dianggap meriam Perancis 75 (Canon de 75 modèle 1897) tahun 1897—dengan peluru bersama ubat bedil (cased ammunition), muat belakang (breech-loading) yang berkesan, modern sights, mekanisma tembak lengkap (self-contained), dan terutamanya pemendam anjal hidro-pneumatik.

Pada abad ke-19 artileri akhirnya dipisahkan kepada jenis ringan, mudah digerakkan dan mampu bergerak bersama tentera, sementara senjata yang lebih besar, digunakan bagi tembakan tidak secara lansung (indirect fire). Pilihan kedua, menggunakan tembakan tidak lansung, mendorong pembangunan teknologi dan doktrin yang telah menghasilkan senjata artileri kini.

Menjelang [[Perang Dunia II] pembangunan senjata berdekat malah berabad lamanya menjadi semakin matang; sains balistik dan kimia letupan telah mencapai kesempurnaan berdasar teknologi masa itu. Boleh dikatakan pembangunan baru yang penting adalah peluru sabot dan peluru peletup lopong (hollow-charge projectile), kedua-duanya agak penting semasa Perang Dunia II."[1]

Artileri moden

Meriam lapangan Perang Dunia I Jerman.

Artileri moden jelas berbeza dari segi kaliber besar, menembak peluru meletup (explosive shell) atau roket, dan mempunyai saiz dan berat yang memerlukan pengangkut khas bagi menembak dan membawanya. Bagaimanapun, ciri-ciri paling pentingnya adalah penggunaan tembakan tidak langsung (indirect fire), di mana peralatan tembakan di sasar tanpa melihat sasaran melalui pensasar. Tembakan tidak langsung muncul pada permulaan abad ke-20 dan dipertingkatkan dengan jelasnya oleh pembangunan kaedah tembak jangkaan pada Perang Dunia I. Tembakan tidak langsung menggunakan data tembakan berasaskan pemerhatian, menjangka kaedah tembakan bagi memastikan data ini tepat dan membuat pembetulan bagi keadaan piwaian seperti pecutan laras, suhu, angin dan ketumpatan udara.

Senjata yang diistilah sebagai 'artileri moden' termasuk artileri "meriam" seperti meriam katak, mortar, dan meriam lapangan dan artileri roket. Sesetengah motar berkaliber kecil ditetapkan sebagai senjata ringan dan bukannya artileri, sungguhpun sebagai senjata ringan bidikan tidak langsung.

Istilah artileri secara tradisi tidak digunakan bagi peluru dengan sistem kendalian, sungguhpun sesetengah unit artileri menggunakan peluru berpandu permukaan-ke-permukaan. Kemajuan dalam sistem pemanduan terminal bagi peluru kecil telah membenarkan projektil berkaliber besar dibangunkan, mengaburkan perbezaan ini.

Sistem artileri lapangan

Cyclone kepunyaan Artileri Perancis ke-320, di Hoogstade, Belgium, 5 September 1917.

Disebabkan artileri lapangan kebanyakannya menggunakan tembakan tidak langsung meriam perlu menjadi sebahagian dari sistem yang membolehkan mereka menyerang sasaran yang tidak dapat dilihat oleh mereka tetapi menurut rancangan gabungan senjata.

Fungsi utama sistem artileri lapangan adalah:

  • Komunikasi
  • Perintah: kuasa bagi mengagihkan sumber;
  • Penentuan sasaran: mengesan, mengenalpasti dan membuat kesimpulan lokasi sasaran;
  • Kawalan: kuasa bagi menentukan sasaran mana untuk diserang dan menentukan unit pembedil untuk menyerang;
  • Penghasilan data bedilan – untuk melancar bedilan dari unit pembedil kepada sasarannya;
  • Unit pembedil (Fire unit): meriam, pelancar atau motar dikelompokkan bersama;
  • Perkhidmatan khas – menghasilkan data bagi menyokong penghasilan data tembakan yang jitu;
  • Perkhidmatan logistik – untuk membekalkan bekalan tempur, terutama peluru, dan peralatan sokongan.

Fungsi organisasi dan spatial ini dapat diatur dalam pelbagai cara. Semenjak penciptaan tembakan tidak langsung moden tentera yang berlainan telaha melakukannya dalam cara yang berlainan ditempat dan masa yang berlainan. Teknologi sering kali merupakan faktor tetapi isu ketenteraan-masyarakat turut memainkan peranan, hubungan antara artileri dengan cabang persenjataan lain, keberkesanan dan kecekapan juga turut dinilai. Kos turut menjadi isu disebabkan jumlah besar peluru yang digunakannya dan tahap tenaga manusianya.

Komunikasi merupakan asas sistem artileri, ia perlu boleh diharap dan masa sebenar untuk menghubing pelbagai unsur. Pada abad ke-20 komunikasi menggunakan bendera, kod morse melalui radio, talian dan cahaya, suara dan teletaip (telecetak) melalui talian. Radio termasuk HF, VHF, satelit dan relay radio termasuk sistem sawat taktikal. Bagi tentera barat kebiasaannya komunikasi radio biasanya di enkrip.

Kemunculan radio boleh alih selepas Perang Dunia I mempunyai kesan yang besar bagi artileri kerana ia membolehkan operasi gerak dan pantas dengan peninjau menyertai infantri atau tentera berperisai. Semasa Perang Dunia II sesetengah tentera melengkapkan meriam gerak diri (self-propelled guns) dengan radio. Bagaimanapun, kadang-kala semasa awal pertengahan Abad ke-20 rancangan artileri cetakan keras dan penekapan peta (map traces) diagihkan.

Komunikasi data amat penting bagi artileri kerana dengan menggunakan perutusan berstruktur dan jenis data ditetapkan perutusan kawalan bedilan dapat diarah secara automatik dan diproses oleh komputer. Sebagai contoh unsur penetapan sasaran mampu menghantar dan memproses perutusan dengan perincian sasaran secara sendirinya. Sebagai contoh unsur penetapan sasaran mampu menghantar perutusan dengan perincian sasaran yang dihantar melalui unsur pengawal bedilan taktikal dan teknikal untuk menghantar data bedilan kepada sistem pengatur meriam dan meriam akan diataur secara sendirinya. Apabila jaringan data taktikal semakin meluas ia akan membenarkan mana-mana tentera dijaringan data taktikal satu cara untuk melapor maklumat sasaran dan meminta bedilan artileri.

Perintah adalah kuasa bagi mengatur sumber, biasanya dengan menugaskan formasi atau unit artileri. Istilah terminologi dan kesannya mungkin jauh berbeza. Bagaimanapun, secara umum unit artileri ditugaskan dalam sokongan langsung atau sokongan tidak langsung. Pada kebiasaannya, yang terdahulu kebanyakannya memberikan sokongan dekat kepada unit bergerak sementara yang terkemudiannya mungkin memberikan sokongan dekat atau tembakan mendalam, terutamanya bedilan-balas (counter-battery). Umumnya, ‘sokongan langsung’ turut bererti bahawa unit artileri membekalkan pemerhati artileri dan pasukan perhubungan kepada unit yang disokong. Kadang-kala unit sokongan langsung diletakkan dibawah pemerintahan regimen/brigade yang mereka sokong. Unit sokongan umum mungkin dikelompokkan kedalam formasi artileri pada tahap brigade atau division, atau banyak batalion regimen, dan biasanya di bawah pemerintah division, kor atau ibu pejabat lebih tinggi. Unit sokongan umum biasanya dipindahkan kemana mereka amat diperlukan pada masa tertentu. Pemerintah artileri mungkin menetapkan kepentingan dan kekangan bagi menyokong rancangan komander persenjataan gabungan(combined arms).

Penetapan sasaran - Target acquisition boleh melalui pelbagai cara, ia biasanya pemantauan dalam masa sebenar tetapi mungkin merupakan hasil analisa. Pasukan pemantau artileri merupakan cara biasa penetapan sasaran. Bagaimanapun, pemantauan udara turut digunakan semenjak tembakan tidak langsung dan dengan cepat disertai oleh gambar udara. Penetapan sasaran juga boleh dilakukan oleh sesiapa jua yang mampu memberikan maklumat kepada sistem artileri. Sasaran mungkin kelihatan kepada tentera dibaris hadapan atau terletak jauh kehadapan dan tidak nampak oleh mereka.

Perkakasan pemantauan berbeza dari segi kerumitannya.

  • Kenderaan udara tak kendali merupakan pemantauan udara terkini, mulai diperkenalkan semenjak awal 1960-an.
  • Perkakasan ada bagi pasukan pemgawas telah meningkat dari hanya kompas prismatik atau teropong berkaki tiga dan kadang kala penentu jarak optik.
  • Perkakasan khas bagi mengesan artileri musuh: mencari kilauan dan terutamanya menentu bunyi (sound ranging) muncul semasa Perang Dunia I yang terkemudiannya telah melalui peningkatan dengan peningkatan teknologi. Ini kemudiannya diikuti oleh radar semasa Perang Dunia II.
  • Pada pertengahan -1970-an beberapa pasukan tentera mulai melengkapi pasukan pemantau artileri mereka dengan penentu jarak laser, peranti pandang malam dan radar pemantau darat (ground surveillance radars ), ia kemudiannya diikuti oleh penentu arah inert (inertial orienting) dan peranti navigasi bagi meningkatkan ketepatan pada lokasi sasaran. Global Positioning System (GPS) membekalkan cara kecil dan mudah bagi menentukan sasaran bagi peranti penetap sasaran.
  • Unit khas dengan radar pengawas darat, deria darat tak kendali atau peronda pemantau beroperasi dauh kehadapan juga telah digunakan.
  • Sasaran dihadapan mungkin ditetapkan melalui proses perisikan yang menggunakan pelbagai sumber dan agensi seperti HUMINT, SIGINT, ELINT and IMINT.
  • Peluru kendalian laser memerlukan penetap sasaran laser, biasanya dengan pasukan pemantau di darat tetapi mungkin juga dengan pemasangan pada UAV.
  • Kenderaan pemantau artileri khas yang muncul sejak Perang Dunia II dan telah meningkat keupayaannya semenjak itu.

Kawalan, kadang kala dikenali sebagai kawalan tembak taktikal, menumpu kepada pensasaran dan pembahagian unit tembakan kepada sasaran. Ianya penting apabila sasaran dalam julat banyak unit penembak dan jumlah unit penembak yang diperlukan bergantung kepada jenis sasaran, dan keadaan dan tujuan pertempuran. Pensasaran menumpu kepada memilih senjata yang sesuai dalam jumlah yang sesuai bagi mencapai kesan yang diperlukan pada sasaran. Pengagihan bertujuan menyelesaikan dilema artileri - sasaran penting jarang perlu dimusnahkan segera sementara sasaran yang perlu dimusnahkan dengan segera jarang penting. Pastinya penting adalah berganting pada sudut pandangan individual; apa yang penting kepada pemerintah division jarang sama dengan apa yang penting kepada pemerintah platon.

Secara umum, terdapat dua situasi: bedilan terhadap sasaran peluang (opportunity targets) dan sasaran yang pertembungan dirancang sebagai sebahagian operasi tertentu. Dalam keadaan kedua pemerintah menetapkan unit tembakan kepada operasi dan perancang tembak artileri keseluruhan membuat perancangan, kemungkinannya meletakkan sebahagian sumber kepada perancang yang lain. Perancang tembakan turut membabitkan sumber bukan artileri seperti motar dan kapal terbang.

Kawalan tembakan terhadap sasaran musuh merupakan pembeza penting antara sistem artileri berlainan. Dalam sesetengah tentera hanya Ibu Pejabat artileri yang ditetapkan mempunyai kuasa perintah tembakan taktikal bagi mengarah unit bedilan bagi menyerang sasaran, semua permintaan bagi tembakan dibuat kepada Ibu Pejabat tersebut. Kuasa ini mungkin merangkumi keputusan mengenai jenis dan jumlah peluru yang digunakan. Dalam tentera lain 'pemantau rasmi' (contoh pasukan pemantau artileri atau unsur penetap sasaran yang lain) juga turut boleh mengarah unit pembedil bagi menyerang. Dalam kes kedua pasukan pemantau bateri boleh mengarah bedilan bagi bateri artileri mereka sendiri dan mungkin dibenarkan untuk mengarah bedilan bagi keseluruhan batilion mereka dan kadang-kala mungkin beberapa batalion. Sebagai contoh komander artileri dividion mungkin membenarkan pemantau tertentu untuk memberi arahan bedilan kepada keseluruhan artileri peringkat division. Sungguhpun pemantau pada asalnya tidak mempunyai kebenaran awal mereka masih boleh meminta bantuan bedilan.

Tentera yang menggunakan kawalan taktikal hadapan secara umumnya meletakkan kebanyakan dari pegawai kanan dari unit artileri di hadapan di pos pemantau pemerintah atau bersama pasukan cawangan penyokong. Yang tidak menggunakan pendekatan ini cenderung meletakkan pegawai ini berhampiran dengan meriam. Dalam kedua kes unsur pemantau biasanya mengawal tembakan bedilan secara terperinci terhadap sasaran, seperti menyelaraskannya pada sasaran, mengerakkan dan menyelarasnya dengan cabang sokongan apabila perlu bagi mencapai kesan yang dikehendaki.

Data tembakan perlu dikira dan merupakan kunci penting kepada tembakan tidak langsung, aturan mengenainya jauh berbeza. Pada akhirnya data tembakan terdiri dari dua komponen: suku dongakan dan azimuth, dan selain itu ditambah saiz cas penujah dan penetapan fius. Proses bagi menghasilkan data tembakan ini kadang kala dikenali sebagai kawalan bedilan teknikal. Sebelum komputer, sesetengah tentera menetapan jarak melalui pengamatan bidikan meriam, yang diselaraskan secara mekanikal dengan pecutan laras meriam itu. Untuk selama beberapa dekad dalam tembakan tidak lansung, data tembakan sering kali dikira oleh pemantau yang kemudiannya membetulkan menurut kejatuhan bedilan pada sasaran.

Bagaimanapun keperluan membedil sasaran pada waktu malam, bedilan tertumpu atau mengenai sasaran dengan bedilan pertama mendorong kepada jangka tembakan dikembangkan semasa Perang Dunia I. Jangka tembakan wujud bersama kaedah lebih lama. Selepas Perang Dunia II, kaedah jangkaan sering kali digunakan tetapi tembekan pendek atau melampau perlu disesuaikan disebabkan kedudukan sasaran tidak tepat, kedudukan tentera sahabat atau keperluan mengenai sasaran bergerak. Ralat penentuan sasaran dikurangkan dengan banyaknya sebaik sahaja penetap jarak laser, peranti orentasi dan navigasi diberikan kepada pasukan pemantau.


Dalam tembakan jangkaan data asas geospatial, sidut penglihatan dan azimuth antara unit artileri dan sasaran dihasilkan dan dibetulkan bagi perbezaan dangan 'keadaan piwaian'. Variasi ini termasuk lusuh laras, suhu penujah, perbezaan berat peluru yang memberi kesan kepada pecutan laras, dan suhu udara, kepadatan, arah dan laju angin dan putaran bumi yang memberi kesan kepada peluru yang sedang terbang. Kesan bersih kesemua variasi juga boleh ditentukan dengan menembak titik yang diketahui dengan tepat, proses yang dikenali sebagai ‘daftaran'.

Kesemua pengiraan ini menghasilkan sudut dongakan (atau julat) dan azimuth dilakukan dengan tangan oleh tentera yang terlatih dengan menggunakan perkakasan, data yang dikira (tabulate), data saat dan anggaran sehinggalah komputer medan perang mula muncul pada 1960-an dan '70-an. Walaupun sesetengah mesin kira awal menyalin kaedah tangan (biasanya menggantikan (polynomial) bagi data dikira), komputer menggunakan pendekatan berlainan. Ia simulate trajektori peluru dengan menerbangkannya dalam langkah kecil dan menggunakan data mengenai setiap keadaan yang memberi kesan kepada trajektori pada setiap langkah. Simulasi ini diulang sehingga ia menghasilkan suku dongakan dan azimuth yang meletakkan peluru dalam jarak yang diperlukan pada kordinate sasaran. NATO mempunyai model balistik piwaian bagi pengiraan komputer dan telah mengembangkan skop ini kepada NATO Armaments Ballistic Kernal (NABK).

Pasukan artileri lapangan

Artileri lapangan moden (lepas -Perang Dunia I) terbahagi kepada tiga bahagian jelas: peninjau hadapan (atau (forward observer - FO), pusat arah tembak (fire direction center -FDC) dan meriam itu sendiri. Peninjau hadapan meninjau sasaran menggunakan peralatan seperti teropong, penentu jarak laser, melaksanakan misi menentu dan mengarah tembakan melalui radionya, atau menyampaikan data melalui komputer bimbit melalui sambungan radio digital dienkrip yang dilindungi dari diganggu melalui lompatan frekuensi (frequency hopping) berkomputer.

Peninjau hadapan boleh berhubung secara langsung melalui unit pusat arah tembak (FDC), di mana terdapat satu bagi setiap bateri 4–8 meriam. Sekiranya tidak beberapa peninjau hadapan boleh berhubung dengan pusat arah tembak (FDC) lebih tinggi seperti ditahap Batalion, dan pusat arah tembak (FDC) lebih tinggi akan mengatur kepentingan sasaran dan membahagi tembakan kepada pasukan meriam individual sebagaimana yang diperlukan untuk mensasar sasaran yang dilaporkan oleh peninjau hadapan atau melaksanakan tembakan yang telah dirancang.

Pusat araf tembak unit meriam (FDC) mengira data tembakan —jenis peluru yang akan digunakan, jumlah serbuk penujah, menetapkan fius, arah kepada sasaran, dan sudut dongakan (quadrant elevation) yang perlu ditembak untuk sampai ke sasaran, meriam mana yang akan menembakkan sebarang peluru yang diperlukan bagi menyesuaikan jenis sasaran, dan jumlah bedilan yang akan ditembak pada sasaran bagi setiap meriam sebaik sahaja sasaran telah disasar dengan tepat—menurut setiap meriam. Secara tradisi data ini disampaikan melalui radio atau komunikasi berwayar sebagai arahan amaran kepada meriam, diikuti arahan khusus bagi jenis peluru dan penetapan fius, arah, dan dongakan yang diperlukan bagi sampai ke sasaran, dan kaedah penyesuaian atau arahan bagi mula membedil bagi kesan (fire for effect -FFE). Bagaimanapun dalam unit artileri lebih maju, data ini disampaikan melalui sambungan radio digital.

Bahagian lain pasukan artileri lapangan termasuk analisa cuaca (meteorological analysis) untuk menentukan suhu, kelembapan, dan tekanan udara dan angin pada altitude berlainan. Radar turut digunakan bagi menentukan lokasi pasukan artileri dan motar musuh dan menentukan titik hentaman tepat bedilan yang ditembak oleh unit meriam dan membandingkan lokasi tersebut dengan apa yang dijangka untuk mengira daftar membenarkan bedilan berikutnya boleh dilepaskan dengan lebih tepat.

Tempoh ke Sasaran (Time on Target)

Teknik yang dikenali sebagai Tempoh ke Sasaran (Time on Target) telah dimajukan oleh tentera Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II. Teknik ini menggunakan tempoh penerbangan yang ditentukan dengan tepat dari setiap kelompok meriam yang melepaskan tembakan ke kawasan sasaran. Apabila Tempoh ke Sasaran (TOT) telah ditetapkan setiap meriam akan menyertai menembak kepada sasaran ditolak tempoh penerbangan dari TOT bagi menentukan masa untuk melepaskan tembakan. Setiap bateri meriam individual akan melepaskan tembakan mereka agar seberapa serentak yang mungkin. Apabila setiap meriam melepaskan tembakan menurut tempoh masa mereka sendiri agar setiap tembakan akan sampai ketempat sasaran hampir serentak. Teknik ini amat berkesan apabila digabungkan dengan teknik yang membenarkan tembakan berkesan dilakukan tanpa tembakan penyesuaian awal.

Kategori laras (Calibre)

Bentuk ketiga pengelasan artileri adalah membahaginya kepada kelas 'ringan', 'serdahana', dan 'berat' dan pelbagai jenis istilah lain. Ia kemungkinannya diperkenalkan semasa Perang Dunia I, yang menghasilkan pelbagai jenis artileri dalam pelbagai saiz dengan itu pengelasan mudah diperlukan. Sesetengah tentera mentakrifkan kategori ini menurut jenis laras. Julat berlainan digunakan bagi senjata jenis berlainan - meriam lapangan, motar, meriam anti pesawat, dan meriam persisiran.

Peluru artileri

Peluru artileri terdiri dari tiga bahagian:

  • 1: Fius
  • 2: Peluru
  • 3: Penujah

Fius

Fius mengaktifkan kesan terminal projektile. Secara kasar terdapat dua jenis: hentaman (termasuk gesel dan lewat (delay)) dan letupan udara. Yang terkemudian menggunakan sama ada jangka atau penderia jarak. Apabila digunakan dengan peluru HE, fius letupan udara biasanya mempunyai gabungan fungsi letupan udara dan hentaman. Bagaimanapun, sehingga pengunaan fius peletup penderia jarak eletronik, fungsi letupan udara kebanyakannya digunakan bersama peluru bebanan-sebagai contoh serpihan, pecahaya (illuminating), asap dan peluru biasa dipertingkatkan (improved conventional munitions). Letupan udara HE adalah lebih kuasa membunuh berbanding letupan darat terhadap kebanyakan sasaran. Artileri anti-pesawat berlaras besar hampir sentiasa menggunakan letupan udara.

Kebanyakan fius artileri adalah fius hadapan. Bagaimanapun, fius dasar telah digunakan bersama peluru perobek perisai dan bagi peluru anti kereta kebal kepala penyek (squash head) (HESH or HEP). Sekurang-kurangnya satu peluru nuklear dan versi pemantau bukan nuklearnya turut menggunakan fius jangka masa mekanikal pelbagai dek fius dipasang pada dasarnya.

Fius udara awal menggunakan jangka masa (igniferous) yang berlanjutan sehingga awal pertengahan abad ke-20. Fius jangka masa mekanikal muncul pada awal abad ke-20. Ia memerlukan cara bagi membekal bekalan kuasa kepadanya. Mekanisma Thiel menggunakan spring dan penetap (escapement) (contoh. 'jam'), Junghans menggunakan kuasa centrifugal dan kuasa dan gear force and gears, dan Dixi menggunakan tenaga pemusatan (centrifugal) dan bebola. Menjelang 1990-an, fiuz jangka eletronik telah diperkenalkan.

Fius jarak terdapat dalam dua jenis: foto-eletrik atau radar. Yang pertama kurang berjaya dan kemungkinannya hanya digunakan bagi projektile tidak berpusing artileri anti pesawat British (dalam kata lain, roket) semasa Perang Dunia II.

Fius jarak radar pertama (dikenali sebagai 'VT' bagi variable time merupakan langkah mengaburi keselamatan) yang juga digunakan bagi tujuan anti-pesawat semasa Perang Dunia II. Kegunaan daratnya adalah bagi mengelakkan pihak musuh mendapatkan 'peluru buta' (peluru artileri yang gagal meletup) dan menyalin fiusnya. Fius jarak radar pertama direka bagi meletup pada ketinggian tertentu dari aras tanah, sekitar 30 kaki. Letupan udara ini adalah lebih merbahaya terhadap perseorangan berbanding letupan di darat kerana ia menyebarkan lebih banyak serpihan yang mampu mengenai dikawasan mukabumi di mana tentera yang berlindung akan terselamat dari letupan darat.

Bagaimanapun, fius jarak sering meletup lebih awal disebabkan kelembapan dalam awan hujan yang tebal. Ini mendorong kepada 'jangka pelbagai terkawal (controlled variable time -CVT)' selepas Perang Dunia II. Fius ini mempunyai jangka mekanikal yang menghidupkan radar sekitar 5 saat sebelum dijangka menghentam. Fius pelbagai peranan moden biasanya mempunyai pilihan ketinggian letupan yang boleh dipilih dari 'pemotong daisi - (daisy-cutters)' ke atas, sungguhpun penetapan ini biasanya juga boleh digunakan bagi menangani kilauan tanah melampau (asasnya kandungan jumlah air).

Fius jarak mula muncul di medan tempur Eropah pada akhir Disember 1944. Ia dikenali sebagai "Hadiah Natal" Artileri U.S., dan amat dihargai apabila tiba semasa Pertempuran Bulge. Fius jarak amat berkesan terhadap tentera Jerman di kawasan terbuka, dan dengan itu amat berguna mematahkan serangan Jerman. Fius jarak eletronik merupakan peningkatan lebih baik berbanding fius mekanikal (bukan jarak) yang digantikannya, kerana fius masa memerlukan jangkaan yang tepat tempoh penerbangan kepada sasaran dan terutamanya altitude pada kawasan sasaran. Sekiranya altitude sasaran salah jangka, peluru itu akan menghentam tanah atau meletup terlampau tinggi.

Fius lewat (Delay fuzed)digunakan bagi membenarkan peluru untuk menembusi tanah sebelum meletup. Ini amat berkesan bagi menyerang kubu tanah. Sama juga, fius lewat yang diperkukuhkan digunakan terhadap kubu konkrit. Fius gesel (Graze fuzes) pula dihidupkan oleh pemampaman peluru, sebagai contoh melepasi pelindung ringan yang tidak cukup padat bagi menghidupkan fius hentaman.

Semasa Perang Dunia II kaedah lain letupan udara HE turut digunakan. Tembakan melantun yang menggunakan fius lewat atau gesel ditembak dengan sudut penurunan lurus.

Penstabil peluru

  • Kebanyakan peluru artileri distabil melalui putaran, bererti ia berputar semasa di udara agar kuasa giroskopik menghalang ia dari terhuyung-hayang. Putaran ini didorong oleh laras meriam yang mempunyai pilin yang bersentuh dengan logam lembut yang melilingi peluru, biasanya diperbuat daripada tembaga. Bahan sintetik juga digunakan bsebagai asas dasar peluru - ini dikenali sebagai "gelung pemanduan - driving band" (UK) atau "gelung berputar - rotating band" (U.S.).
  • Begitu juga, projektile laras licin menggunakan ridip dibelakang projektile dalam aliran udara untuk mengekalkan arah. Laras licin secara tradisi digunakan oleh motar, tetapi kini kereta kebal seperti M1 Abrams dan meriam katak seperti meriam katak (" howitzer" G5 turut menggunakannya. Sesetengah projektile, seperti perobek tenaga kinetik (kinetic energy penetrator - KE) kurang berkesan sekiranya berputar, dengan itu peluru sebegini menggunakan laras licin. Projektile dengan ridip berpotensi dikendali selepas ditembak sama seperti peluru panduan jitu (precision-guided munition) jatuhan udara (sebagai contoh Projektile Jitu Excalibur panduan-GPS)

Penujah (Propellant)

Semua bentuk artileri memerlukan penujah bagi melontar peluru kepada sasaran. Penujah sentiasa merupakan bahan letupan rendah, ini bererti ia membakar (deflagrate) dan bukannya meletup, sebagaimana dengan bahan letupan kuat. Peluru itu dipecut pada kelajuan tinggi dalam tempoh pendek oleh gas yang terhasil dari penujah yang terbakar. Tekanan tinggi ini dicapai dengan membakar penujah dalam kawasan tertutup, sama ada dalam ruang laras meriam atau kebuk pembakaran motor roket.

Sehingga akhir abad ke-19 satu-satunya bentuk tujahan merupakan yang diberikan oleh ubat bedil. Ubat bedil mempunyai banyak kelemahan sebagai penujah; ia mempunyai secara perbandingan berkuasa rendah, memerlukan jumlah ubat bedil yang besar bagi menembakkan peluru, dan menghasilkan asap putih yang tebal yang menyelitupi sasaran, menanda kedudukan meriam dan menjadikan pembidikan sukar. Pada 1846 nitroselulos (juga dikenali sebagai kapasmeriam (guncotton)) dijumpai dan nitrogliserin letupan berkuasa tinggi turut dijumpai pada masa yang sama. Nitroselulus lebih berkuasa berbanding ubat bedil dan tanpa asap. Kapas meriam awal tidak stabil dan terbakar dengan cepat dan panas, mendorong kepada laras yang cepat haus. Pengenalan serbuk tanpa asap perlu menanti sehingga ketibaan serbuk dua asas, yang menggabungkan nitroselulus dan nitrogliserin untuk menghasilkan penujah berkuasa, tanpa asap dan stabil.

Banyak formula lain telah dikembangkan dalam dekad berikutnya, secara umumnya cuba mencari ciri-ciri optimum bagi penujah meriam yang baik, suhu rendah, kuasa tinggi, tidak menghakis, amat stabil, murah, dan mudah dihasilkan dalam jumlah yang besar. Secara umumnya, penujah meriam dibahagikan kepada tiga kelas: penujah satu asas yang kebanyakannya atau keseluruhannya terdiri dari asas nitroselulos, penujah dwi asas terdiri dari gabungan nitrosellulos dan nitrogliserin, dan tiga asas terdiri dari gabungan nitrosellulos dan nitrogliserin dan Nitroguanidine.

Peluru meriam yang ditembakkan dari laras boleh dibantu bagi jarak lebih jauh melalui tiga cara:

  • projektil dibantu roket (RAP - rocket assisted projectiles) meningkat dan mengekalkan pecutan projektil dengan memberikan tujahan tambahan dari motor roket kecil yang merupakan sebahagian dari asas projektil.
  • Asas haus (Base bleed) yang menggunakan letupan pyrotekhnik kecil pada asas projektil bagi memberikan pembakaran mencukupi pada bahagian tekanan rendah di dasar projektile bertujuan mengurangkan heretan.
  • bantuan ramjet, sama seperti bantuan roket tetapi sebaliknya menggunakan ramjet dan bukannya motor roket.

MRSI

Ini adalah versi moden bagi konsep "Tempoh ke Sasaran" terdahulu dalam mana tembakan dari senjata berlainan ditempoh agar sampai ke sasaran pada masa yang sama. Ia kini mungkin bagi artileri kawalan komputer moden bagi menembak lebih dari satu bedilan pada sasaran tetapi masih membolehkan kesemua pelurunya sampai secara serentak, melalui apa yang dikenali sebagai MRSI (Hentaman Serentak Banyak Bedilan - (Multiple Rounds Simultaneous Impact)). Ini adalah kerana terdapat lebih dari satu trajektori bagi peluru untuk sampai kepada sabarang sasaran —biasanya satu di bawah 45 darjah dari kaki langit (horizontal) dan yang lain di atasnya, dan sekiranya anda dapat membezakan jumlah penujah dengan setiap peluru, anda mampu menghasilkan lebih banyak terjektori. Disebabkan trajektori tinggi menyebabkan peluru terbang lebih tinggi di udara, ia mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke sasaran dan dengan itu sekiranya peluru ditembak pada sasaran sebagai bedilan pertama (bermula dengan peluru paling banyak penujah dan semakin kurang) dan selepas berhenti seketika yang tepat lebih banyak bedilan ditembak pada trajektori lebih rendah, kesemua peluru akan tiba paa sasaran pada masa yang sama. Ini amat berguna kerana lebih banyak peluru boleh mendarat pada sasaran tanpa amaran. Dengan bedilan tradisi pada trejektori yang sama, sesiapa pada kawasan sasaran akan mempunyai tempoh masa yang sama (berapa lama masa diambil bagi mengisi dan menembak semula meriam) untuk berundur atau mencari perlindungan antara bedilan. Tambahan lagi, sekiranya meriam pada kedudukan lebih dari satu menembak pada satu sasaran, dengan penyelarasan masa yang teliti, ia boleh diatur agar kesemua peluru mereka akan mendarat pada masa yang sama bagi tujuan yang sama.

Contoh meriam MRSI adalah Denel G6-52 Afrika Selatan (yang mampu mendaratkan enam bedilan serentak pada sasaran sekurang-kurangnya 25 km jauhnya) dan Jerman Panzerhaubitze 2000 (yang mampu mendaratkan lima bedilan serentak pada sasaran sekurang-kurangnya 17 km jauhnya). Projek Archer (Dibangunkan oleh Sistem-BAE di Sweden), meriam katak 155 mm pada rangka beroda mendakwa mampu melancarkan sehingga 7 bedilan pada sasaran secara serentak dari meriam yang sama. Sistem motar AMOS, dibangunkan di Finland, motar laras berkembar 120 mm mampu melancarkan 14 peluru MRSI. Program Crusader Amerika Syarikat (kini dibatalkan) dicadangkan untuk memiliki keupayaan MRSI.

letupan udara

Ciri tambahan turut boleh digunakan apabila sebahagian atau kesemus peluru meriam diset untuk letupan udara, bererti ia meletup di udara di atas sasaran dan bukannya apabila menghentam. Ini boleh dilakukan sama ada melalui fius masa atau fius jarak. Fius masa menggunakan penjangka masa yang tepat bagi meletupkan peluru dalam tempoh tertentu selepas ditembakkan. Malangnya, teknik ini sulit dan sedikit perbezaan dalam fungsi fius mampu menyebabkan ia meletup terlalu tinggi untuk berkesan, atau mengenai tanah dan bukannya meletup di atasnya. Semenjak Disember 1944, peluru artileri fius jarak boleh digunakan dan menyinkirkan tekaan dalam proses ini. Peluru ini mengandungi pemancar radar lemah yang kecil dalam fius bagi mengesan tanah dan meletupkannya pada jarak tertentu di atasnya. Pantulan isyarat lemah radar melengkapkan litar eletrik dalam fius yang meledakkan peluru tersebut.

Teknik ini amat berkesan terhadap tentera pejalan kaki dan kenderaan ringan, kerana taburan serpihan peluru melitupi kawasan yang luas dan menghalang ia dari dihalang oleh muka bumi atau perparitan yang tidak mempunyai halangan atas kepala yang kukuh. Digabung dengan taktik Tempoh di Atas (Time On Top - TOT) atau MRSI yang tidak memberikan amaran peluru yang jatuh, peluru ini amat berkesan kerana ramai tentera musuh akan terperangkap di kawasan terbuka. Ini lebih berkesan sekiranya serangan ini dilancarkan keatas tempat perkumpulan atau tentera yang bergerak di kawasan terbuka dan bukannya pada unit yang dalam kedudukan perparitan taktikal.

Menjelang Perang Dunia II pembangunan senjata berdekat malah berabad lamanya menjadi semakin matang; sains balistik dan kimia letupan telah mencapai kesempurnaan berdasar teknologi masa itu. Boleh dikatakan pembangunan baru yang penting adalah peluru sabot dan peluru peletup lopong (hollow-charge projectile), kedua-duanya agak penting semasa Perang Dunia II."[2]

Rujukan

  1. ^ McCamley, N. J. - Disasters Underground, Pen & Sword Military (2004)
  2. ^ McCamley, N. J. - Disasters Underground, Pen & Sword Military (2004)
  • Hogg, O.F.G. Artillery: Its Origin, Heyday and Decline (Hamden, 1970)
  • Bailey, J.B.A. Field Artillery and Firepower (Naval Institute Press, 2003)

Pautan luar

Templat:Link FA