Pesawat udara tanpa pemandu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
EmausBot (bincang | sumb.)
k r2.7.2+) (Bot: Menukar zh:無人航空載具 kepada zh:无人机
Rubinbot (bincang | sumb.)
k r2.7.3) (Bot: Menukar zh:无人机 kepada zh:無人航空載具
Baris 86: Baris 86:
[[tr:İnsansız hava aracı]]
[[tr:İnsansız hava aracı]]
[[uk:Безпілотний літальний апарат]]
[[uk:Безпілотний літальний апарат]]
[[zh:]]
[[zh:航空載具]]

Semakan pada 18:52, 28 Februari 2013

Meskipun kebanyakan UAV merupakan sebuah pesawat kepak kaku, rekabentuk pesawat sayap putar seperti MQ-8B Fire Scout juga wujud.
MQ-9 Reaper, sebuah UAV pengawasan pemburu-pembunuh yang digunakan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Britain, terutamanya di Iraq dan Afghanistan.

Pesawat Udara Tanpa Pemandu (bahasa Inggeris:Unmanned Aerial Vehicle (UAV)) merupakan sejenis pesawat udara yang tidak memerlukan juruterbang untuk mengendalikannya. UAV memiliki dua kelainan: iaitu sama ada yang dikendalikan secara kawalan jauh, atau boleh diterbangkan secara bebas berdasarkan rancangan penerbangan yang sejak awal-awal lagi telah diprogramkan dengan menggunakan sistem automasi dinamik yang sukar. Pada masa sekarang, kebanyakan UAV boleh melaksanakan misi-misi pengawasan dan juga serangan. UAV juga kini semakin banyak digunakan untuk kegunaan awam, seperti memadamkan kebakaran. UAV sering kali digunakan di dalam misi-misi yang sangat "bosan, kotor, atau berbahaya" untuk sesebuah pesawat yang berpemandu.

Pengenalan

Terdapat pelbagai jenis bentuk, saiz, tatarajah dan ciri-ciri sesebuah UAV. Untuk kegunaan rencana ini dan bagi membezakan UAV dengan peluru berpandu, UAV ditakrifkan sebagai berupaya dikawal dan dikekalkan, penerbangan separas dan dikuasai oleh sebuah enjin jet atau enjin salingan. Peluru berpandu krus tidak diklaskan sebagai sebuah UAV kerana sepertimana peluru berpandu yang lain, kenderaan ini sendiri meruakan sejenis senjata yang tidak boleh digunakan semula, meskipun dalam sesetengah kes ia tidak berpemandu dan dikendalikan secara kawalan jauh.

Singkatan UAV boleh dikembangkan dalam beberapa kes kepada UAVS (Unmanned-Aircraft Vehicle System) atau "Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu". Pentadbiran Penerbangan Persekutan menerima kelas generik Sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu unmanned aircraft system (UAS) yang pada asalnya diperkenalkan oleh Tentera Laut A.S. bagi menggambarkan fakta bahawa UAV bukan semata-mata merupakan sebuah pesawat, tetapi sistem, termasuk stesyen darat dan unsur-unsur lain.

Lihat juga


Rujukan

Pautan luar

Sejarah dan rencana
Organisasi dan berita semasa