Shah Rukh Khan: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
|||
Baris 218: | Baris 218: | ||
|- |
|- |
||
| || [[Chennai Express]] || Rahul || |
| || [[Chennai Express]] || Rahul || |
||
|- |
|||
|2014|| [[Happy New Year]] || Charlie/Chandramohan Manohar Sharma || |
|||
- |
|||
| || [[Bhoothnath Returns]] || Aditya Sharma || |
|||
- |
|||
|} |
|} |
||
Semakan pada 08:14, 26 Februari 2015
Shahrukh Khan | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | King Khan SRK King of Bollywood The Badshah of Bollywood[1][2] |
Pekerjaan | Pelakon, penerbit, penyampai televisyen |
Tahun aktif | 1988–kini |
Pasangan | Gauri Khan (1991–kini) |
Anak-anak | 3 |
Datuk Shah Rukh Khan lahir pada [3] Beliau telah berkahwin dengan penerbit filem India dan pereka hiasan dalaman, Gauri Khan, sejak tahun 1991 dan mereka mempunyai dua orang anak.
2 November 1965 , selalu dikreditkan sebagai Shah Rukh Khan dan dirujuk secara tidak formal sebagai SRK atau SK, ialah seorang pelakon India. Sering dirujuk oleh media sebagai "Badshah of Bollywood", "King Khan", "King of Romance" dan "The King of Bollywood", Khan telah berlakon dalam 75 buah filem Hindi dalam pelbagai genre, dari filem romantik ke filem aksi.Kehidupan awal dan latar belakang
Khan dilahirkan pada 2 November 1965 kepada ibu bapa yang beragama Islam di New Delhi, India.[4][5] Bapanya, Taj Mohammed Khan, yang berkaum Pashtun, adalah seorang aktivis kemerdekaan India dari Peshawar, Raj British, yang kini dikenali sebagai Pakistan. Menurut Khan, datuk sebelah bapanya berasal dari Afghanistan.[6] Ibunya, Lateef Fatima, adalah anak perempuan angkat Mejar Jeneral Shah Nawaz Khan daripada puak Janjua Rajput, yang berkhidmat dalam Tentera Kebangsaan India.[7]
Membesar di kejiranan Rajendra Nagar Delhi,[8] Khan menghadiri Sekolah St Columba, di mana beliau cemerlang dalam sukan, drama, dan ahli akademik. Beliau memenangi anugerah Pedang Kehormat, iaitu sebuah anugerah tahunan yang diberikan kepada pelajar yang terbaik mewakili sekolah. Khan kemudiannya menghadiri Kolej Hansraj (1985-1988) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi. Apabila Kolej Hansraj menyambut ulang tahun mereka yang ke-50, ia memberikan diri 17 lambang penghargaan kepada alumni yang telah cemerlang dalam kehidupan dan profesion mereka. Khan adalah salah seorang daripadanya. Walaupun beliau mengejar Ijazah Sarjana dalam Komunikasi massa di Jamia Millia Islamia, beliau kemudiannya memilih untuk berhenti untuk mengejar kerjaya di Bollywood.[9] Beliau juga telah menghadiri Sekolah Kebangsaan Drama di Delhi.[10]
Selepas kematian ibunya, Khan berhijrah ke Mumbai pada tahun 1991.[11] Beliau berkahwin dengan Gauri Chibber, yang beragama Hindu, dalam sebuah majlis perkahwinan tradisional Hindu pada 25 Oktober 1991.[12] Mereka mempunyai dua orang anak, seorang anak lelaki yang bernama Aryan, yang dilahirkan pada tahun 1997, dan seorang anak perempuan yang bernama Suhana, yang dilahirkan pada tahun 2000. Menurut Khan, ketika beliau percaya dalam Islam, beliau juga menghargai agama isterinya. Di rumah, anak-anaknya mengikuti kedua-dua agama, dengan Al-Quran diletakkan bersebelahan dengan dewa-dewa Hindu.[13]
Kerjaya lakonan
Khan melancarkan kerjayanya pada tahun 1988 apabila beliau muncul dalam siri televisyen Fauji, memegang watak Komando Abhimanyu Rai.[14] Kemudian beliau memainkan peranan kecil dalam siri Circus pada 1989.[15] yang memaparkan kehidupan ahli serkas. pada tahun yang sama beliau memegang peranan kecil lagi dalam filem televisten In Which Annie Gives it Those Ones. Setelah meninggalnya ibu bapa mereka Khan berpindah dari New Delhi ke Mumbai untuk melancarkan semula kerjayanya pada 1991.[16] Kemunculan Bollywood pertamanya dalam filem Deewana (1992) yang disambut hangat terus melancarkan kerjayanya di Bollywood.
Khan menerima ulasan positif untuk persembahan beliau dalam filem Baazigar dan Darr (1993), di mana beliau masing-masing memainkan watak anti-hero dan pencinta obsesif. Pada tahun 1995 beliau membintangi Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mencapai kejayaan dari segi ulasan dan komersial[17] lalu mencapai tahun kedua belasnya dalam panggung wayang di Mumbai, mengutip lebih satu bilion rupee secara keseluruhannya.[18]
Setelah kejayaan Dilwale Dulhania Le Jayenge Khan dikenali dengan pempasangannya dalam skrin bersama pelakon wanita Kajol yang sama masyhurnya. Kajol mula bekerja dengan Khan dalam Baazigar di mana bermulanya persahabatan mereka. Kini Khan, bersama Kajol dan Karan Johar mempunyai hubungan istimewa.
Khan meneruskan kolaborasi dengan pengarah-pengarah Yash Chopra dan Karan Johar dengan membintangi beberapa filem romantis arahan mereka yang menjadi kejayaan komersial termasuk Dil to Pagal Hai (1997), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Mohabbatein (2000), Kabhi Khushi Kabhie Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003) dan Veer-Zaara (2004).[19] Khan juga meraih ulasan positif bagi persembahannya di Anjaam (1994), Dil Se (1998), Hey Ram (2000), Swades (2004), dan Paheli (2005) yang tidak disambut sebaik judul-judul filem tadi.
Pada 2006 beliau kembali bekerjasama dengan Karan Johar bagi filem ramai bintang berjudul Kabhi Alvida Na Kehna yang berjaya dalam panggung di dalam dan luar negara India. Pada tahun yang sama beliau memegang watak tajuk dalam Don, iaitu pembikinan semula filem 1978 Don yang juga pernah sukses dalam industri.
Khan juga menerbit filem dan memiliki Dreamz Unl, sebuah syarikat penerbitan filem, bersama Juhi Chawla dan pengarah bernama Aziz Mirza. Dua filem pertama yang diterbit oleh beliau dan juga dibintangi beliau, Phir Bhi Dil Hai Hindustani (2000) dan Asoka (2001) tidak berjaya meraih kutipan lumayan.[20][21]
Filem ketiganya sebagai penerbit dan pelakon utama, Chalte Chalte (2003), merupakan hit pertamanya dari syarikat penerbitan beliau. [22]. Pada 2004 Main Hoon Na yang dihasilkan oleh sebuah lagi syarikat penerbitan beliau, Red Chillies Entertainment, [23] juga berjaya dalam panggung wayang. Pada tahun 2005 beliau menerbit dan membintangi Paheli yang pernah menjadi pilihan India bagi Kategori Filem Asing Terbaik Anugerah Academy namun tidak berjaya memenangi anugerah tersebut. Paheli juga tidak lumayan dalam pawagam.[24] Pada tahun yang sama beliau juga menerbit filem Kaal bersama Karan Johar dan menyanyikan sebuah lagu bagi filem tersebut bersama Malaika Arora Khan.
Nasreen Munni Kabir, seorang pembikin filem British, menerbitkan satu rancangan dokumentari mengenai Khan, "The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan" (2005). Dokumentari ini, yang turut merangkumi jelajah konsert Temptations 2004 beliau, membandingkan dunia dalaman keluarga dan kehidupan seharian Khan dengan dunia luaran kerjayanya. Baru-baru ini buku "Still Reading Khan" yang diterbitkan pada tahun 2006, juga mengisahkan Khan yang bersuara mengenai hidup beliau sekeluarga.
Kini, Khan memegang peranan Kaun Banega Crorepati, versi India Who Wants To Be a Millionaire?[25] setelah mengambil alih peranan itu daripada Amitabh Bachchan. Rancangan ini dianggap rancangan paling popular dalam sejarah televisyen India. Pada 22 Januari 2007, rancangan kuiz tersebut kembali setelah lama menyepi. Ulasan gaya penyampaian Khan kebanyakannya positif kerana kemesraan dan unsur humor beliau. [26]
Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka di Malaysia mengumumkan bahawa Khan bakal dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.[27] Perkara ini menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk SENIMAN mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara[28], selain menggambarkan filem One 2 Ka 4 di Melaka pada tahun 2001.[29] Beliau hadir di Melaka untuk menerima anugerah tersebut pada 6 Disember.[30]
Pada Jun 2011, filem My Name is Khan menangi kategori filem terbaik, lirik terbaik, pengarahan terbaik yang dibolot oleh Karan Johar. Pelakon Datuk Shahrukh Khan juga memenangi kategori pelakon lelaki terbaik menerusi filem My Name is Khan dalam Majlis Anugerah Oscar Bollywood di Toronto, Kanada.
Senarai lakonan filem
Tahun | Filem | Peranan | Nota | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1992 | Deewana | Raja Sahai | Pemenang, Filmfare Best Male Debut Award | ||||
Idiot | Pawan Raghujan | ||||||
Chamatkar | Sunder Srivastava | ||||||
Raju Ban Gaya Gentleman | Raju (Raj Mathur) | ||||||
Dil Aashna Hai | Karan | ||||||
1993 | Maya Memsaab | Lalit Kumar | |||||
King Uncle | Anil Bhansal | ||||||
Baazigar | Ajay Sharma/Vicky Malhotra | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
Darr | Rahul Mehra | Tercalon, Filmfare Best Villain Award | |||||
Kabhi Haan Kabhi Naa | Sunil | Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Pehla Nasha | Dirinya Sendiri | Cameo | |||||
1994 | Anjaam | Vijay Agnihotri | Pemenang, Filmfare Best Villain Award | ||||
1995 | Karan Arjun | Arjun Singh/Vijay | |||||
Zamana Deewana | Rahul Malhotra | ||||||
Guddu | Guddu Bahadur | ||||||
Oh Darling! Yeh Hai India! | Hero | ||||||
Dilwale Dulhania Le Jayenge | Raj Malhotra | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
Ram Jaane | Ram Jaane | ||||||
Trimurti | Romi Singh | ||||||
1996 | English Babu Desi Mem | Vikram/Hari/Gopal Mayur | |||||
Chaahat | Roop Rathore | ||||||
Army | Arjun | Cameo | |||||
Dushman Duniya Ka | Badru | Kemunculan Istimewa | |||||
1997 | Gudgudee | Kemunculan istimewa | |||||
Koyla | Shankar | ||||||
Yes Boss | Rahul Joshi | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Pardes | Arjun Saagar | ||||||
Dil To Pagal Hai | Rahul | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
1998 | Duplicate | Bablu Chaudhry/Manu Dada | Tercalon, Filmfare Best Villain Award | ||||
Achanak | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa | |||||
Dil Se | Amarkant Varma | ||||||
Kuch Kuch Hota Hai | Rahul Khanna | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
Harikrishnans | Kemunculan Istimewa, Filem Tamil | ||||||
1999 | Baadshah | Raj Heera/Baadshah | Tercalon, Filmfare Best Comedian Award | ||||
2000 | Phir Bhi Dil Hai Hindustani | Ajay Bakshi | |||||
Hey Ram | Amjad Ali Khan | ||||||
Josh | Max | ||||||
Har Dil Jo Pyar Karega | Rahul | Cameo | |||||
Mohabbatein | Raj Aryan Malhotra | Pemenang, Filmfare Critics Award for Best Performance Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Gaja Gamini | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa | |||||
2001 | One 2 Ka 4 | Arun Verma | |||||
Asoka | Asoka | ||||||
Kabhi Khushi Kabhie Gham... | Rahul Raichand | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
2002 | Hum Tumhare Hain Sanam | Gopal | |||||
Devdas | Devdas Mukherjee | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
Shakti: The Power | Jaisingh | Kemunculan istimewa | |||||
Saathiya | Yeshwant Rao | Cameo | |||||
2003 | Chalte Chalte | Raj Mathur | |||||
Kal Ho Naa Ho | Aman Mathur | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
2004 | Yeh Lamhe Judaai Ke | Dushant | |||||
Main Hoon Na | Maj. Ram Prasad Sharma | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Veer-Zaara | Veer Pratap Singh | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Swades | Mohan Bhargava | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
2005 | Kuch Meetha Ho Jaaye | Dirinya sendiri | Kemunculan istimewa | ||||
Kaal | Kemunculan istimewa dalam lagu Kaal Dhamaal | ||||||
Silsilay | Sutradhar | Cameo | |||||
Paheli | Kishenlal/The Ghost | ||||||
The Inner and Outer World of Shah Rukh Khan |
Dirinya sendiri (Biopic) | Documentary directed by British-based author and director Nasreen Munni Kabir | |||||
2006 | Alag | Kemunculan istimewa dalam lagu Sabse Alag | |||||
Kabhi Alvida Naa Kehna | Dev Saran | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Don - The Chase Begins Again | Vijay/Don | Tercalon, Filmfare Best Actor Award Tercalon, Asian Film Award for Best Actor | |||||
I See You | Kemunculan istimewa dalam lagu Subah Subah | ||||||
2007 | Chak De India | Kabir Khan | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | ||||
Heyy Babyy | Raj Malhotra | Kemunculan istimewa dalam lagu Mast Kalandar | |||||
Om Shanti Om | Om Prakash Makhija/ Om Kapoor |
Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
2008 | Krazzy 4 | Kemunculan istimewa dalam lagu Break Free | |||||
Bhoothnath | Aditya Sharma | Cameo | |||||
Rab Ne Bana Di Jodi | Surinder Sahni/Raj | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Kismat Konnection | Pencerita | ||||||
2009 | Luck by Chance | Dirinya sendiri | Guest appearance | ||||
Billu | Sahir Khan | Cameo | |||||
2010 | Dulha Mil Gaya | Pawan Raj Gandhi (PRG) | Extended appearance | ||||
My Name Is Khan | Rizwan Khan | Pemenang, Filmfare Best Actor Award | |||||
Shahrukh Bola Khoobsurat Hai Tu | Dirinya sendiri | Kameo | |||||
2011 | Koochie Koochie Hota Hain | Rocky (Voice-over) | Pascapenerbitan | ||||
Ra.One | G.One | Pascapenerbitan | |||||
Don 2 - The Chase Continues | Don | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | |||||
Always Kabhi Kabhi | Kemunculan Istimewa Dalam Lagu "Antenna" | ||||||
Love Breakups Zindagi | Dirinya Sendiri | Cameo | |||||
2012 | Jab Tak Hai Jaan | Samar Anand | Tercalon, Filmfare Best Actor Award | ||||
2013 | Bombay Talkies | Kemunculan Istimewa Dalam Lagu "Apna Bombay Talkies | |||||
Chennai Express | Rahul | ||||||
2014 | Happy New Year | Charlie/Chandramohan Manohar Sharma |
- |
Bhoothnath Returns | Aditya Sharma |
- |
Rujukan
- ^ "Bollywood Badshah bats for tech magic at 42nd film festival: Bollywood News – India Today". Indiatoday. intoday.in. 24 November 2011. Dicapai pada 26 Disember. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Indianexpress.com : Baadshah of Bollywood
- ^ "Acting, not romance, is my forte: Shah Rukh Khan". The Times of India. 7 November 2012. Dicapai pada 7 November 2012.
- ^ "Bollywood Gets Political". Foreign Policy in Focus. 24 Oktober 2008.
- ^ "The Rediff Interview / Shah Rukh Khan". Rediff. Dicapai pada 5 Julai 2006.
- ^ 2009 interview with an Afghan movie director on Afghan TV channel, Shahrukh Khan menyatakan bahawa datuk belah bapanya berasal dari Afghanistan.
- ^ Kidwai, Rasheed (10 Mei 2013). "Badshah at durbar and dinner". The Telegraph. Kolkota, India. Dicapai pada 12 Mac 2007.
- ^ SRK to run for Delhi TNN, The Times of India, 30 September 2009. "I was born here, in Talwar Nursing Home. I lived here for more than two decades in Rajinder Nagar"
- ^ "Facts you never knew about SRK". indiaFM. 2 November 2006. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ "For an entire year I was sad". Rediff. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ "I feel like a 25-year-old: King Khan". The Hindu. Chennai, India. PTI. 3 November 2009. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ Siddiqui, Rana (17 November 2006). "Much ado about King Khan". The Hindu. Chennai, India. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ Zubair Ahmed (23 September 2005). "Who's the real Shah Rukh Khan?". BBC News. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ The camera chose Shah Rukh Khan
- ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/entertainment/2204900.stm Shahrukh goes global]
- ^ http://web.archive.org/web/20041011034132/http://www.time.com/time/asia/2004/heroes/hshah_rukh_khan.html
- ^ http://web.archive.org/20051222235822/www.boxofficeindia.com/alltime.htm
- ^ "´DDLJ´ Enters The Twelfth Year At The Theaters!". planetbollywood.com. Dicapai pada 14 January. Unknown parameter
|accessyear=
ignored (|access-date=
suggested) (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ http://web.archive.org/20061015173528/www.boxofficeindia.com/shahrukhkhan.htm
- ^ http://www.boxofficeindia.com/2001.htm.
- ^ http://web.archive.org/20060212104051/www.boxofficeindia.com/2001.htm
- ^ http://web.archive.org/20060212104056/www.boxofficeindia.com/2003.htm
- ^ http://web.archive.org/20041027004300/www.boxofficeindia.com/2004.htm
- ^ http://web.archive.org/20060212103931/www.boxofficeindia.com/2005.htm
- ^ http://web.archive.org/web/20070122152737/http://www.iht.com/articles/ap/2007/01/18/arts/AS-A-E-TV-India-Millionaire-Show.php
- ^ http://www.businessofcinema.com/2007/22jan/shahrukh_kbc.htm
- ^ Amirullah Andi Nur (2008-10-10). "Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk". Berita Harian. Dicapai pada 2008-10-21.
- ^ Seniman Terkilan Shah Rukh Khan Dikurnia Datuk
- ^ "Malaysia knights Bollywood heart-throb amid outcry". AFP. 2008-10-12. Dicapai pada 2008-10-21.
- ^ "SRK is now Datuk Shahrukh Khan". The Times of India. 2008-12-06. Dicapai pada 2008-12-06.
Pautan luar
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Shah Rukh Khan |
- Kategori berkenaan Shah Rukh Khan di Wikimedia Commons
- Shah Rukh Khan di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)