Ali Baba Bujang Lapok: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zaharudeen80 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12: Baris 12:
| cinematography = [[Abu Bakar Ali]]<br>Mustafa Yassin
| cinematography = [[Abu Bakar Ali]]<br>Mustafa Yassin
| editing = H. R. Narayanan
| editing = H. R. Narayanan
| distributor =
| distributor = [[Malay Film Productions Ltd]]
| released = 31 Januari 1961
| released = 31 Januari 1961
| runtime =
| runtime =

Semakan pada 15:21, 25 Februari 2016

Ali Baba Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisP. Ramlee
DibintangiP. Ramlee
Aziz Sattar
S. Shamsuddin
SinematografiAbu Bakar Ali
Mustafa Yassin
Disunting olehH. R. Narayanan
Muzik olehKassim Masdor
P. Ramlee
Diedarkan olehMalay Film Productions Ltd
Tarikh tayangan
31 Januari 1961
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Filem Ali Baba Bujang Lapok merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 31 Januari 1961. Filem Ali Baba Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Ali Baba Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 31 Januari 1961. Ia berasaskan kisah Ali Baba dan 40 Penyamun dari Hikayat 1001 Malam tetapi ditokok-tambah dengan unsur komedi. Seperti filem Bujang Lapok yang lain, filem ini dibintangi P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin. Filem ini merupakan penampilan sulung Sarimah, serta dikenali sebagai salah satu daripada sebilangan kecil filem di mana P. Ramlee memegang watak jahat.

Ringkasan

Templat:Spoiler Ali Baba (Aziz Sattar) adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya ke rumah Kassim Baba, abangnya, untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba yang kedekut (S. Shamsuddin) kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang pemalas. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun (P. Ramlee) berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.

Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut.

Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua sementara dia masih ada. Setelah beberapa cubaan untuk melengahkan mereka, kumpulan penyamun tersebut membunuhnya. Memandangkan Kassim Baba masih belum pulang, Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan.

Ketua penyamun tersebut menyedari kekayaan Ali Baba dan menjadikannya sasaran untuk rompakan seterusnya. Setelah anak buahnya dua kali gagal, si ketua itu sendiri pergi ke rumah Ali Baba dan menyamar sebagai saudagar minyak, sementara anak-anak buahnya bersembunyi di dalam tong minyak yang disimpan di halaman rumah. Hamba Ali Baba, Marjina, menemui rancangan untuk menewaskan para penyamun itu, di mana minyak sebenar yang mendidih dicurahkan ke dalam setiap tong minyak. Setelah kesemua penyamun ditewaskan, dia sendiri menyerang dan membunuh ketua penyamun itu. Ali Baba yang terhutang budi kepada Merjina seterusnya membebaskannya.

Pelakon

  • P. Ramlee sebagai Abu Hassan (Chief Penyamun)
  • Aziz Sattar sebagai Ali Baba
  • S. Shamsuddin sebagai Kassim Baba
  • Normadiah sebagai Aloyah
  • Sarimah sebagai Marjina
  • K. Fatimah sebagai Norsiah
  • Ibrahim Pendek sebagai Sarjan (Penyamun)
  • Leng Hussain sebagai Apek Tukang Kasut
  • Shariff Dol sebagai Orang Kaya Muflis
  • M. Rafee sebagai Bin Dahar (Penyamun)
  • Ali Fiji sebagai Bin Fiji (Penyamun)
  • Pretam Singh sebagai Bin Singh (Penyamun)
  • A. Rahim sebagai Momotaro San (Penyamun)
  • H.M. Busra sebagai Doktor (Penyamun)
  • Ahmad C sebagai Penyamun
  • Nyong Ismail sebagai Tuan Tabib
  • Zaiton sebagai Penghibur Gundik
  • S. Kadarisman sebagai Tukang Mandi Jenazah
  • Mustarjo sebagai Hamba Kedi
  • Kemat Hassan sebagai Orang Kaya
  • M. Zain sebagai Tukang Lelong Hamba Abdi

Runut Bunyi

  • Alhamdulillah Syukur Nikmat - Normadiah
  • Beginilah Nasib - Aziz Sattar
  • Hoi! Hoi! Ya Hoi! - P. Ramlee & MFP Chorus
  • Apek Dan Marjina - Ahmad C & Normadiah
  • Ya Habibi Ali Baba - P. Ramlee
  • Indahnya Di Waktu Pagi - Rahmah Rahmat

Pautan luar