Bahasa Jawa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Jawa
Basa Jawa, Basa Jawi
wilayah Jawa (Indonesia), Suriname, New Caledonia
penutur asli 80–100 juta jumlah (termasuk penutur bahasa kedua)  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
kod bahasa
ISO 639-1 jv
ISO 639-2 jav
ISO 639-3 Pelbagai:
jav — Jawa
jvn — Jawa Caribbean
jas — Jawa New Caledonian
osi — Osing
tes — Tengger

Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi dua, iaitu Ngoko dan Kromo. Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi menjadi ngoko kasar dan ngoko halus (campuran ngoko dan kromo).

Selanjutnya, Krama itu terbahagi lagi menjadi Krama, Krama Madya, Krama Inggil (Krama Halus).

Krama Madya inipun agak berlainan antara Krama yang dituturkan di kota (Sala) dengan Krama yang dituturkan di pinggiran (desa). Justeru, Krama Haluspun berlainan antara Krama Halus/Inggil yang dituturkan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa.

Bahasa Jawa dianggarkan dituturkan sekitar dua pertiga penduduk pulau Jawa. Bahasa Jawa ini mempunyai aksaranya sendiri yang dikembangkan daripada huruf Pallava dan juga huruf Pegon yang diubah suai daripada huruf Arab.

Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa dan kebudayaan Jawa ke Malaysia sehinggakan terdapat kawasan penempatan mereka dikenali sebagai kampung Jawa dan padang Jawa.

Loghat[sunting | sunting sumber]

Loghat dalam bahasa Jawa terbahagi menjadi dua kategori:

  1. Loghat Sosial
  2. Loghat Daerah

Loghat dalam bahasa Jawa menurut kelas sosial:

  1. Ngoko
  2. Ngoko Andhap
  3. Madhya
  4. Madhyantara
  5. Kromo
  6. Kromo Inggil
  7. Bagongan
  8. Kedhaton

Kedua-dua loghat terakhir digunakan di kalangan keluarga Kraton dan sukar difahami oleh orang Jawa kebanyakan.

Kelainan perkataan menurut loghat sosial dalam bahasa Jawa boleh difahami melalui contoh berikut:

  • Bahasa Malaysia: "Saya ingin bertanya, di manakah rumah Abang Budi?"
  • Bahasa Indonesia: “Maaf, saya mau tanya rumah kak Budi itu, di mana?”
  1. Ngoko kasar: “Eh, aku arep takon, omahé Budi kuwi, nèng*ndi?’
  2. Ngoko alus: “Aku nyuwun pirsa, dalemé mas Budi kuwi, nèng endi?”
  3. Ngoko meninggikan diri sendiri: “Aku kersa ndangu, omahé mas Budi kuwi, nèng ndi?”
  4. Madya: “Nuwun sèwu, kula ajeng tanglet, griyané mas Budi niku, teng pundi?”
  5. Madya alus: “Nuwun sèwu, kula ajeng tanglet, dalemé mas Budi niku, teng pundi?”
  6. Krama andhap: “Nuwun sèwu, dalem badhé nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika, wonten pundi?”
  7. Krama: “Nuwun sewu, kula badhé takèn, griyanipun mas Budi punika, wonten pundi?”
  8. Krama inggil: “Nuwun sewu, kula badhe nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika, wonten pundi?”

Berdasarkan daerah, loghat bahasa Jawa adalah seperti berikut:

Kelompok Bahasa Jawa Bahagian Barat:

  1. Loghat Banten
  2. Loghat Indramayu-Cirebon
  3. Loghat Tegal
  4. Loghat Banyumasan
  5. Loghat Bumiayu (peralihan Tegal dan Banyumas)

Kelompok pertama di atas sering digelar bahasa Jawa ngapak-ngapak.

Kelompok Bahasa Jawa Bahagian Tengah:

  1. Loghat Pekalongan
  2. Loghat Kedu
  3. Loghat Bagelen
  4. Loghat Semarang
  5. Loghat Pantai Utara Timur (Jepara, Rembang, Demak, Kudus, Pati)
  6. Loghat Blora
  7. Loghat Surakarta
  8. Loghat Yogyakarta

Kelompok kedua di atas sering digelar Bahasa Jawa Standard, khususnya Loghat Surakarta dan Yogyakarta.

Kelompok Bahasa Jawa Bahagian Timur:

  1. Loghat Madiun
  2. Loghat Pantura Jawa Timur (Tuban, Bojonegoro)
  3. Loghat Surabaya
  4. Loghat Malang
  5. Loghat Tengger
  6. Loghat Banyuwangi (atau disebut Bahasa Osing)

Kelompok ketiga di atas sering digelar Bahasa Jawa Timuran.

Aksara Jawa[sunting | sunting sumber]

Hanacaraka atau Carakan ialah aksara yang digunakan untuk menulis bahasa Jawa pada masa dahulu. Aksara ini masih diajarkan di sekolah-sekolah di pulau Jawa. Seperti aksara Asia Tenggara lainnya, aksara ini juga mengambil model daripada Aksara Pallava/Vatteluttu.

Contoh tulisan Vatteluttu oleh Rajaraja Chola I.

Meskipun begitu, setiap aksara telah mempunyai bentuk yang berlainan sehingga setiap penutur tidak mampu membaca aksara lain meskipun berada dalam satu keluarga.

Huruf-huruf dasar dalam Hanacaraka/Carakan :

Hanacaraka gaya Jawa, aksara-aksara dasar

Apabila diucapkan, susunan aksara tersebut dapat membentuk kalimat: Hana Caraka (Terdapat Pengawal); Data Sawala (Berlainan Pendapat); Padha Jayanya (Sama kuat/hebatnya); Maga Bathanga (Kedua-duanya mati).

Ada pula tafsiran berlain-lainan yang diajarkan oleh Pakubuwono IX, Raja Kasunanan Surakarta. Tafsiran tersebut ialah:

  • Ha-Na-Ca-Ra-Ka bererti ada "utusan" iaitu utusan hidup, berupa nafas yang berkewajiban menyatukan jiwa dengan jasad manusia. Maksudnya, ada yang mempercayakan, ada yang dipercaya dan ada yang dipercaya untuk bekerja. Ketiga-tiga unsur itu ialah Tuhan, manusia dan kewajipan manusia (sebagai ciptaan).
  • Da-Ta-Sa-Wa-La bererti manusia setelah diciptakan sampai dengan data "saatnya (dipanggil)" tidak boleh sawala "mengelak" manusia (dengan segala atributnya) harus bersedia melaksanakan, menerima dan menjalankan kehendak Tuhan.
  • Pa-Dha-Ja-Ya-Nya bererti menyatunya zat pemberi hidup (Khalik) dengan yang diberi hidup (makhluk). Maksudnya padha "sama" atau sesuai, jumbuh, cocok "tunggal batin yang tercermin dalam perbuatan berdasarkan keluhuran dan keutamaan. Jaya itu "menang, unggul" sungguh-sungguh dan bukan menang-menangan "sekadar menang" atau menang tidak tertib.
  • Ma-Ga-Ba-Tha-Nga berarti menerima segala yang diperintahkan dan yang dilarang oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Maksudnya manusia harus pasrah, sumarah pada garis kudrat, meskipun manusia diberi hak untuk mewiradat, berusaha untuk menghalanginya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Jawa, ensiklopedia bebas