S. Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
S. Shamsuddin
S.Shamsuddin.jpg
S. Shamsuddin ketika berusia 50an.
Kelahiran
Shamsuddin bin Dali

(1929-01-01)1 Januari 1929
Meninggal dunia4 Jun 2013(2013-06-04) (umur 84)
Jurong, Singapura
Sebab kematianpenyakit jantung, sesak nafas, Parkinson, sakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Sudin
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1948–2013
Terkenal keranaBujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok, Panggilan Pulau dan Antara Dua Darjat
PasanganPuteh binti Esmoon (k. 1954; m. 2013)
Anak7 (termasuk Ariff Shamsuddin)
Ibu bapa
  • Dali bin Kechik (bapa)
  • Khatijah binti Haji Ahmad (ibu)

Shamsudin Dali (Jawi: شمس الدين بن دالي) atau lebih dikenali sebagai S. Shamsuddin (1 Januari 1929 – 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal pada era 1950-an pada 1960-an.[1] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem, dan telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Harris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Sepanjang kerjayanya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin berlakon dalam beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada Tahun Baru 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini Singapura). Bapanya, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin memegang trofi Festival Filem Malaysia ke-22.

Suatu hari, pada 1948, beliau melawat Studio Malay Film Productions Ltd (MFP) milik Shaw Brothers di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan. Lawatannya ternyata bertuah kerana beliau diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam Chempaka yang di arah oleh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu dia turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, dia diberi peranan dalam filem Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Pak Sudin berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam Baharum, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan. Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka mendapat 7 orang anak. Salah seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga merupakan pelakon pelawak TV Singapura.

Pada 26 Jun 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Mustapha Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim melawat S Shamsuddin. Sumbangan RM10,000 dari dana Finas turut diberikan.[2]

Manakala dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November 2010, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Puteh Esmoon turut menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.[petikan diperlukan]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin meninggal dunia pada jam 10.56 pagi Selasa, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Avenue 6, Bukit Batok, Jurong, Singapura.[3]

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi di Lim Chu Kang pada 5 Jun 2013 jam 11 pagi.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1948 Chempaka Filem pertama
1950 Aloha
1952 Aladdin
Sedarah
Jiwa Lara
1953 Istana Impian
1954 Panggilan Pulau Ombak
1955 Empat Isteri Sulong
Abu Hassan Penchuri Tengku Mahkota Basyrah
1956 Hang Tuah Hang Lekir
Pancha Delima
Pencuri
Keluarga Tolol Sudin
1957 Bujang Lapok Sudin
Mogok
1958 Kaki Kuda Sudin
Sarjan Hassan Derus
Sri Menanti
1959 Pendekar Bujang Lapok Sudin
Nujum Pa' Blalang Nyawa
Saudagar Minyak Urat Bomoh Jampok
1960 Antara Dua Darjat Sudin
1961 Ali Baba Bujang Lapok Kassim Baba
Si Tanggang Lembik
Seniman Bujang Lapok Sudin
1962 Siti Muslihat Jumaat
Batu Durhaka
Neracha Doktor
1963 Nasib Si Labu Labi Referee Boksing
1964 Bidasari Selaba
Mambang Moden Sulaiman
Tiga Abdul Pencerita
Siapa Besar Pak Khatib JP
1965 Dayang Senandong Ngah
1966 Dahaga
Anak Buloh Betong Tunggal
Aksi Kuching Azmi
1968 Ibulah Syurga
1970 Aku Mahu Hidup
Puaka
1975 Keluarga Si Comat Pak Sudin
1979 Tuan Badul Sudin
1981 Dia Ibuku Sohor
Setinggan Pak Sudin
Penyamun Tarbus Wak Sudin
Jejak Bertapak Sudin
1985 Sepi Itu Indah
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Sudin
1989 Kolej 56 Bapa Rosli
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Bapa Sitam Penampilan khas
2007 Budak Lapok Sudin (suara)
TBA Eee...Hantu!!!!! Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Stok Lama Astro Ria
3 Menantu Astro Prima

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1981 Festival Filem Malaysia ke-2 Pelawak Terbaik Dirinya sendiri Menang
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteran Lelaki Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New Straits Times 08-10-2001". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 2010-11-25.
  2. ^ Rais Kunjung Seniman Bujang Lapok S.Shamsudin Di Singapura Bernama
  3. ^ Sinar Harian. (2013). S. Shamsuddin meninggal dunia. [online] Retrieved from: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/s-shamsuddin-meninggal-dunia-1.167218 [Dicapai pada: 4 Jun 2013].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]