Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11: Baris 11:
|GPK KOKO = Puan Dayang Rosimah Ag.Tengah
|GPK KOKO = Puan Dayang Rosimah Ag.Tengah
|Ketua Pelajar = Zulhilmi Jakaria (Ketua Umum 2015-2016)
|Ketua Pelajar = Zulhilmi Jakaria (Ketua Umum 2015-2016)
|Kod sekolah = XRA4201<ref>[https://www.moe.gov.my/index.php/my/statistik-kpm/bilangan-sekolah-mengikut-kumpulan-jenis-dan-negeri Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri]</ref>
|Kod sekolah = XRA4201
|Bandar = {{MAS}} Wdt 15,
|Bandar = {{MAS}} Wdt 15,
|Daerah = 89609, Papar
|Daerah = 89609, Papar

Semakan pada 08:19, 27 Ogos 2018

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
Lokasi
 Malaysia Wdt 15,, 89609, Papar, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoTekun, Dedikasi, Maju Jaya
Ditubuhkan6 Januari 2003
Nombor sekolah6088752955
Kod sekolahXRA4201[1]
PengetuaUstaz Saifulzaman bin Sangul
GPK Pentadbiran dan AkademikUstazah Shamiza binti Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Shukor Bin Bahari
Penolong Kanan KokurikulumPuan Dayang Rosimah Ag.Tengah
Faks6088752954
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha atau nama ringkasnya SMKA Tun Datu Mustapha, merupakan sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Limau-Limauan berhampiran dengan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pekan Kinarut, Papar, Sabah.

Pada 2009, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 160 orang pelajar lelaki dan 194 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 354 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2009

Pada 2013, SMKA Tun Datu Mustapha memiliki 525 orang pelajar dan mempunyai seramai lebih 54 orang guru serta 12 orang anggota kakitangan sekolah.

Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar (SMKATDM) telah dimulakan operasinya pada 6 Januari 2003 dengan menggunakan tapak SMKA Limauan Kota Kinabalu. Tapak dan bangunan asalnya ialah Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah sejak tahun 1973 yang di bawah pengawasan Yayasan Sabah. Kemudian pihak Yayasan Sabah membuat penyerahan rasmi pada tahun 1997 kepada Jabatan Pendidikan Sabah melalui Datuk Dr. Hasbullah Mohd. Taha, Pengarah Pendidikan Sabah ketika itu. Maka, rasmilah tapak dan bangunan asal ini di bawah kawalan dan penjagaan Jabatan Pendidikan Sabah.

Pada Disember 2002, SMKA Limauan berpindah ke bangunan baru di Kimanis. SMKA Tun Datu Mustapha mengambil alih bangunan ini bermula pada 6 Januari 2003. Pada 7 Januari 2003, sekolah ini menerima pendaftaran pelajar seramai 120 orang dengan membuka 4 kelas tingkatan satu dan 1 kelas tingkatan dua. Pada 12 Januari 2003, Majlis Penyerahan Kunci dan Inventori SMKA Tun Datu Mustapha diadakan dengan rasminya dengan disaksikan oleh Pemangku Ketua Sektor SPPIM, Ustaz Mohd. Kassim Tusin.

Sejak sekolah ini dibuka sehingga sekarang, SMKA Tun Datu Mustapha diterajui oleh Ustazah Fatmawati Mohd. Sahari sebagai Pemangku Pengetua yang juga Penolong Kanan 1, dibantu oleh Ustaz Ismail Haji Anam sebagai Penolong Kanan HEM dan Puan Raimah Samari sebagai Penyelia Kanan KOKUM bersama 17 orang guru dan 6 orang staf sokongan. Bermula 16 September 2003, Ustaz Haidon Hadi Sapiri memulakan tugas sebagai Pengetua Pertama SMKA Tun Datu Mustapha di bantu oleh Ustazah Fatmawati Mohd. Sahari sebagai Penolong Kanan 1 (Pentadbiran), Ustaz Ismail Haji Anam sebagai penolong Kanan HEM dan Ustaz Melih Bin Bedin sebagai Penolong Kanan KOKUM bersama 36 orang guru dan 10 orang KTBM.

Bermula pada pertengahan tahun 2012, SMKA Tun Datu Mustapha mula berpindah ke bangunan baru yang terletak berhampiran dengan lokasi asal. Hampir semua staf dan pelajar berpindah dan memulakan sesi persekolahan di bangunan yang baru.

Pada awal tahun 2013, SMKA Tun Datu Mustapha menyambut kedatangan pengetua baharu iaitu Ustaz Saifulzaman bin Sangul yang menggantikan Ustaz Haidon Hadi Sapiri yang berpindah ke SMKA Keningau. Beliau dibantu oleh Ustazah Sharmiza Ahamad sebagai Penolong Kanan 1, Ustaz Agus Salim b. Abdul Ghafur sebagai Penolong kanan HEM, Pn Dayang Rosimah Ag. Tengah sebagai Penolong kanan KOKUM.

Pengetua dan barisan penolong kanan dibantu oleh 5 orang ketua bidang iaitu:

  • Pn. Baniah Sadeh sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik
  • Pn. Halimah Tollah sebagai Ketua Bidang Kemanusiaan
  • Ustazah Shukor sebagai Ketua Bidang Pen. Islam dan B. Arab
  • Pn. Misliah Johari sebagai Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
  • Pn. Elizah bt. Abd. Hamid sebagai Ketua Bidang Bahasa.

Visi dan misi

Visi

SMKA TUN DATU MUSTAPHA ke arah sekolah berprestasi tinggi (SBT) menjelang 2016

Misi

Melahirkan pelajar cemerlang akademik dan mencapai tahap keputusan kebangsaan berdasarkan prinsip berilmu dan berdisplin.
Mencapai kecemerlangan kokurikulum melalui penglibatan pelajar yang optimum berdasarkan prinsip cergas dan cerdas.
Menjana generasi berakhlak mulia, berdisplin, bersahsiah, berketerampilan dan bertanggungjawab berteraskan prinsip berlimu, beriman dan beramal
Melahirkan generasi bestari yang berfikiran yang berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Menyediakan prasarana yang berkualiti dan kondusif berteraskan prinsip sempurna, selamat dan selesa.
Memastikan bahawa pengurusan sumber sistematik dan berkesan berteraskan prinsip cukup,cekap dan campin.
Menzahirkan msayarakat penyayang melalui muafakat dan kerjasama dengan ibu bapa serta masyarakat setempat berteraskan prinsip adil, mesra dan efisien.

Logo/lencana sekolah

Right

Warna

Hijau - Suasana dan persekitaran yang selamat.
Kuning - Kesetiaan kepada raja dan negara.
Biru - Bersatu padu.
Putih - Ketulusan.[2]

Bentuk

Bulatan - Melambangkan kesejagatan.
Bulan Sabit - Melambangkan agama Islam.
Piala - Kecemerlangan dalam semua aspek.
Pen Hijau - Menuntut ilmu untuk akhirat.
Pen Kuning - Menuntut ilmu untuk dunia.
Buku - Penerapan budaya membaca.
Gunung - Negeri Sabah.
3 Bucu Di atas - Melambangkan ilmu, iman, taqwa.

Ikrar pelajar

Bahawasanya kami, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha,
berikrar dan berjanji akan,
Menunaikan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhi segala laranganNya,
Mentaati dan menghormati para guru,
Berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran,
Menjaga dan menyayangi sekolah,
Mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah,
Demi mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
Dengan ini, Kami juga berikrar,
sekiranya kami melanggar peraturan dan undang-undang sekolah,
Kami bersedia dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak sekolah.

Lagu sekolah

Pencipta lirik: Ustaz Haidon Hadi Sapiri, Ustaz Melih Bedin, Hj. Zakaria, Pn. Hjh. Rusana

SMK Agama Tun Datu Mustapha
Pembentuk warisan bangsa
Penegak Agama makmurkan bumi bertuah
Malaysia yang tercinta
Tekun dedikasi maju jaya
Itulah cogan kita
Sahsiah terpuji mengikut syiar ilahi
Terserlah jati diri
Pegang teguh ikhlas setia
Iltizam tinggi junjung amanah
Kasih sayang sesama insan
Quran dan hadis jadi panduan
Junjung kecemerlangan
Wawasan kita jayakan
Bergerak maju memburu seribu harapan
TDM di puncak jaya
TDM di puncak jaya (3X)
[1]Lagu SMKA Tun Datu Mustapha (youtube)

Kelas

Perpindahan ke bangunan yang baru yang lebih besar dan luas pada pertengahan 2012 menambahkan bilangan pelajar. Bilangan kelas pada awal tahun 2016 adalah seperti berikut:

Kelas tingkatan 1 - 4 kelas (1 Khadijah, 1 Fatimah, 1 Ibnu Sina, 1 Ibnu Rushdy)
Kelas tingkatan 2 - 5 kelas (2 Khadijah, 2 Fatimah, 2 Aisyah, 2 Ibnu Sina, 2 Ibnu Rushdy)
Kelas tingkatan 3 - 5 kelas (3 khadijah, 3 Fatimah, 3 Aisyah, 3 Ibnu Sina, 3 Ibnu Rushdy)
Kelas tingkatan 4 - 4 kelas (4 Ibnu Rushdy&4 Ibnu Sina (IRIS), 4 Ibnu Khaldun, 4 Al-Khawarizmi)
Kelas tingkatan 5 - 5 Kelas (5 Ibnu Rushdy& 5 Ibnu Sina (IRIS), 5 Ibnu Khaldun, 5 Ibnu Batutta, 5 Al-Khawarizmi)
  • Bermula pada tahun 2013, pelajar lelaki (putera) dan perempuan (puteri) dimasukkan ke dalam kelas yang sama. Hal ini bermakna tidak ada lagi pengasingan kelas pelajar mengikut jantina. Sebagai contoh, dahulunya kelas Khadijah, Fatimah dan Aisyah merupakan kelas khas untuk puteri, tetapi sekarang pelajar putera juga boleh memasuki kelas berkenaan.

Alamat

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha
Wdt 15,
89609, Papar
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088752955
Faks = 6088752954

Rujukan


Pautan luar