Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan
Jenis Sekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Kod sekolah XRA4001
Lokasi  Malaysia Jalan Pekan Kimanis89608, Papar,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia
Laman web SMKA Limauan
Telefon 6088911692
Faks 6088915616


Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan atau nama ringkasnya SMKA Limauan, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Jalan Pekan Kimanis.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan memiliki 256 pelajar lelaki dan 270 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 526 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009

Sejarah=[sunting | sunting sumber]

Apabila British menjajah Sabah, seorang Inggeris bernama Sir William telah menjadikan Kebun Kawang Batu 14, dan kawasan sekitarnya sebagai ladang getah pada tahun 1884. Ketika itu fungsi Kebun Kawang Batu 14 adalah sebagai sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan getah. Dengan adanya pusat perusahaan getah ini, maka terbinalah sebuah landasan keretapi yang mana ianya memudahkan pengangkutan getah pada masa itu. Pada ketika itu terdapat sebuah rumah pengurus besar, rumah-rumah pekerja dan kedai-kedai kecil di Kebun Kawang Batu 14.

Pada tahun 1942, iaitu di saat tentera Jepun mendarat di Sabah, Sir John sebagai Pengurus besar pada waktu itu telah menjualkan Kebun Kawang Batu 14 kepada seorang peladang cina. Peladang cina tersebut tidak sempat mengusahakan Kebun Kawang Batu 14 kerana tentera Jepun telah menjadikan Kebun Kawang Batu 14 dan kawasan sekitarnya sebagai markas tentera Jepun kerana memandangkan tempatnya yang strategik untuk perhubungan. Apabila Jepun menyerah kalah, Kebun Kawang Batu 14 telah diambil alih oleh Yayasan Sabah. Pengambilan ini dipersetujui oleh pemiliknya iaitu peladang cina tadi.

Kemudian pada tahun 1974, dengan ihsan daripada Syed Kechik sebagai Pengarah Yayasan Sabah dan atas arahan daripada Tun Datu Mustapha Datuk Harun yang ketika itu berjawatan sebagai Ketua Menteri Sabah, sebuah universiti yang pertama di Sabah telah dibangunkan di Kebun Kawang Batu 14. Nama Kebun Kawang itu telah ditukar kepada nama LIMAUAN, iaitu sempena nama tempat lahir Tun Mustapha di Limau-limauan, Kudat. Universiti itu mengambil masa selama enam bulan untuk dibangunkan. Setelah selesai pembinaannya, ia dinamakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kampus UKM ini kemudiannya dijadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sabah

SMK Agama Limauan adalah merupakan sebuah sekolah SMKA daripada 8 buah SMK Agama yang terdapat di Sabah dan daripada 56 buah yang terdapat di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 20 hb Jun 1977 bersamaan 03hb Rejab 1337H oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Islam yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Sekolah ini dibina untuk mewujudkan Sistem Pendidikan Islam secara formal dan berkesan di negeri Sabah, memandangkan permintaan dan kehendak masyarakat yang memerlukan sekolah agama.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini dikenali dengan nama SMK Agama Sabah dan menumpang dibangunan SMK Menggatal hinggalah akhir penggal pertama tahun 1980. Pada 28hb April 1980 SMK agama Limauan telah berpindah ke bangunan baru iaitu bekas bangunan UKM, Sabah yang terletak di kilometer 24 jalan Papar lama. Kampus ini telah ditinggalkan oleh mahasiswa-mahasisiwi UKM yang berpindah ke Bukit Padang.Apabila berpindah ke tapak baru beberapa tahun SMK Agama Sabah ditukarkan nama kepada SMK Agama Limauan Sabah, mengambil sempena dengan nama kampung Limau-limauan, Kudat, Sabah tempat kelahiran Ketua Menteri Sabah iaitu Tun Datu Mustapha.

Memandangkan SMK Agama Limauan tidak dapat menampung keperluan semasa, projek sekolah gantian telah dipohon yang terletak di Kimanis, Papar. Akhirnya projek tersebut telah siap dan tapak SMK Agama Limauan yang baru telah diserahkan pada 11hb Oktober 2002. Pada 12hb Disember 2002, SMK Agama Limauan mula beroperasi di tapak dan bangunan baru. Pada 06 Januari 2003 Sekolah yang serba baru dan indah ini mula beroperasi dengan rasminya. Bangunan lamanya yang terletak di Kinarut telah diambilalih oleh sebuah lagi sekolah baru yang dikenali sebagai SMK Agama Tun Mustapha. SMK Agama Limauan Kimanis di bawah kategori sekolah berasrama, dimana pelajarnya wajib tinggal di asrama sekolah. Pemilihan pelajar masuk ke sekolah ini berdasarkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), berunsurkan dakwah dan meningkatkan syiar Islam.

Sekolah SMK Agama Limauan yang baru ini terletak di pinggir pantai Kimanis di Daerah Papar menghadap ke laut Cina Selatan dalam negeri Sabah. Keluasan kawasan sekolah lebih kurang 22 ekar persegi terdiri daripada 2 blok bangunan asrama (putera dan puteri), 4 blok bangunan sekolah, 2 unit flat guru, sebuah rumah pengetua, 2 unit rumah guru kanan serta 6 unit rumah pekerja. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan sebuah masjid, kantin sekolah dan dewan serba guna.

Sekolah yang terletak 60KM dari pusat Bandar Kota Kinabalu boleh dihubungi dengan perjalanan darat. Perjalanan darat termasuklah kereta dan keretapi. Biasanya tempoh masa yang diambil dari Kota Kinabalu ke sekolah ini lebih kurang 40 minit jika menaiki kereta dan lebih kurang 1 jam 15 minit perjalanan menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi lazimnya digunakan oleh pelajar sekolah apabila mereka balik ke kampung atau ke pusat Bandar seperti Pekan Papar, Kimanis, Bongawan, Membakut dan Beaufort. Pekan Papar adalah pekan yang terdekat di Sekolah ini dengan hanya mengambil masa 15 minit perjalanan dengan kereta.

Dari segi organisasi pendidikan daerah, sekolah ini di bawah pentadbiran Pegawai Pelajaran Daerah kecil Membakut dan Pegawai Pelajaran Gabungan Beaufort. SMK Agama Limauan Kimanis kini sudah pun memasuki tahun ke empat perpindahannya ke tapak sekolah baru. Alhamdulillah, SMK Agama Limauan Kimanis dari sebuah tanah yang gersang tanpa sebarang pokok telah menjadi sebuah sekolah yang ceria, rimbun dengan pohon-pohon yang menghijau dan dihiasi dengan taman-taman ilmu, dan 2 taman air terjun. Berkat permuafakatan dan kerjasama antara pihak pentadbiran, guru dan Persatuan Ibubapa dan Guru, SMK Agama Limauan Kimanis berjaya menukar imejnya dalam waktu yang singkat kepada keadaan bersih dan ceria. Persekitaran sekolah yang semakin cantik banyak membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam.

Dalam aspek kurikulum, SMK Agama Limauan Kimanis telah menunjukkan pencapaian keputusan yang membanggakan dalam keputusan PMR, SPM dan STPM . Keputusan yang cemerlang ini telah meletakkan SMK Agama Limauan, Kimanis, sekolah yang terkemuka di Bahagian Beaufort dan dalam negeri Sabah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan ini dibantu dengan kemudahan-kemudahan yang lengkap yang terdapat di sekolah ini. SMK Agama Limauan kini mempunyai kemudahan-kemudahan seperti yang berikut:

• Mempunyai sebuah makmal komputer dengan kemudahan internet untuk guru dan pelajar

• Mempunyai sebuah pusat sumber yang lengkap

• Mempunyai sebuah bilik APD yang lengkap

• Mempunyai 4 buah Makmal sains yang mengandungi makmal fizik, kimia, biologi dan makmal sains am.

• Mempunyai sebuah bilik bahasa Melayu dan bilik self access learning untuk bahasa inggeris.

• Mempunyai sebuah bas dan sebuah van sumbangan PIBG.

Dengan perpindahan SMK Agama Limauan Kimanis ke dalam bahagian Beaufort,telah membuka lembaran baru dalam pencapaian cemerlang kokurikulum dalam Bahagian Beaufort. SMK Agama Limauan Kimanis telah banyak memenangi pertandingan-pertandingan kokurikulum seperti Syarahan Agama, Syarahan Bahasa Arab, Pidato Bahasa Melayu dan Inggeris, Drama Bahasa Inggeris, olahraga, sukan dan permainan dan lain-lain lagi. Ini telah menaikkan nama SMK Agama Limauan Kimanis di bahagian Beaufort khasnya dan di negeri Sabah amnya dalam bidang kokurikulum

SMK Agama Limauan Kimanis juga telah banyak menempa nama dan kami berharap sekolah ini akan mencapai visi yang telah ditetapkan dalam masa yang terdekat. Ramai dikalangan pelajarnya yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi IPTA dan IPTS dalam negara mahu pun diluar negara. Dengan motto sekolah “anak yang baik, anak yang mendengar kata” dan dengan mengamalkan 3S (senyum, salam dan sapa) akan meletakkan SMK Agama Limauan Kimanis sebagai sebuah sekolah terunggul di negeri Sabah.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limauan
Jalan Pekan Kimanis
89608, Papar
Sabah, Malaysia
Telefon = 6088911692
Fax = 6088915616

Pautan luar[sunting | sunting sumber]