Bulla paus: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Asas rencana
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 09:19, 14 September 2018

Bulla paus (papal bull) merupakan suatu jenis paten surat tertentu (letters patent) atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang Paus Gereja Katolik Rom. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu cop mohor berbahan timah hitam (bulla) yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.

Sejarah

Bulla kepausan telah digunakan setidaknya sejak abad ke-6, tetapi istilah ini belum digunakan sehingga sekitar akhir abad ke-13, dan kemudian baru digunakan secara dalaman untuk keperluan administratif yang tidak resmi. Pada abad ke-15, ia digunakan secara rasminya dalam salah satu perkhidmatan dari Pejabat Kepausan dinamakan "pencatatan bulla-bulla" (registrum bullarum).[1]