Tun Mutahir: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Polar (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 115.164.177.171 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 175.143.241.212
Teg: Undur
Baris 14: Baris 14:
penyandang terdahulu=[[Tun Perpatih Putih]] <br>|
penyandang terdahulu=[[Tun Perpatih Putih]] <br>|
Jawatan=[[Bendahara Melaka]] <br>ke-7|
Jawatan=[[Bendahara Melaka]] <br>ke-7|
penyandang kemudian=Bendahara Seri Paduka YamTuan Muda Mohamad Rosmawe Mohamad}}
penyandang kemudian=Bendahara Seri Paduka Tuan}}


[[Kategori:Bendahara Melaka|Mutahir]]
[[Kategori:Bendahara Melaka|Mutahir]]

Semakan pada 01:10, 1 Ogos 2019

Bendahara Tun Mutahir bin Tun Ali, atau terkenal dengan gelaran Temenggung Seri Maharaja, merupakan Bendahara Melaka ke-7. Beliau dilantik menjadi bendahara selepas kematian bapa saudaranya Tun Perpatih Putih. Bapanya ialah Tun Ali manakala ibunya Tun Kudu. Datuknya sebelah bapa, Baginda Mani Purindan ialah seorang keturunan Tamil daripada India.

Sebelum menjadi bendahara, Tun Mutahir merupakan Temenggung Melaka. Beliau kemudian dilantik menjadi Bendahara oleh Sultan Mahmud Syah, manakala anaknya Tun Hasan menggantikannya sebagai temenggung [1].

Pada masa pemerintahannya, perkembangan ekonomi Melaka berada di kemuncaknya. Hatta, pengaruh baginda mengatasi Sultan kerana kelemahan keperibadian Sultan Mahmud. Baginda ialah seorang yang berpegang teguh pada agama dan tidak mempedulikan golongan saudagar yang cuba mengambil peluang atas kelemahan Sultan. Keadaan Melaka pada zamannya adalah sangat aman dan berada di kemuncaknya. Baginda juga menjalankan beberapa penaklukan termasuklah terhadap Kelantan dan meluaskan Empayar Melaka, Baginda bertanggungjawab menyelamatkan Melaka daripada tipu helah Portugis terutamanya Lopez de Squiera yang mana baginda serta putera-puteranya telah menyerang dan mengusir angkatan Portugis pada tahun 1509.[2]

Malangnya beliau sekeluarga dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud Syah kerana termakan fitnah golongan pembesar. Dalam keadaan demikianpun, baginda meminta keluarganya supaya bertenang dan menerima ketentuan Allah.

Rujukan

  1. ^ Sejarah Malaysia: Sultan Mahmud Syah
  2. ^ Sejarah Melayu, DBP, A Samad Ahmad


Penyandang Terdahulu Bendahara Melaka
ke-7
Penyandang Kemudian
Tun Perpatih Putih
Bendahara Seri Paduka Tuan