Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hussein65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tertinggal nama isteri kedua sultan
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 10: Baris 10:
| raja muda = [[Sultan Idris Shah II|Raja Idris Shah]]
| raja muda = [[Sultan Idris Shah II|Raja Idris Shah]]
| pasangan = Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid
| pasangan = Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid
Norizan (isteri kedua)
| anak = Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Pok Saidatuliz
[[Raja Baharom Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah|Raja Dato' Seri Baharom Shah]]
[[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah|Raja Azlan Shah]] (Raja Kechil Bongsu Perak)
| anak = Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Pok Saidatuliz
[[Raja Baharom Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah|Raja Dato' Seri Baharom Shah]]
[[Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah|Raja Azlan Shah]] (Raja Kechil Bongsu Perak)
| nama penuh = Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu
| nama penuh = Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu

Semakan pada 07:48, 6 Mac 2020

Sultan Yussuff Izzuddin Shah
Sultan Perak ke-XXXII
Pemerintahan 29 Mac 1948 - 4 Januari 1963
Pendahulu Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah
Pengganti Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah
Raja Muda Raja Idris Shah
Pasangan Raja Taayah binti Almarhum Raja Abdul Hamid

Norizan (isteri kedua)

Anakanda
Raja Ekram
Raja Zairan
Raja Pok Saidatuliz
Raja Dato' Seri Baharom Shah
Raja Azlan Shah (Raja Kechil Bongsu Perak)
Nama penuh
Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu
Tempat persemayaman Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
Ayahanda Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah
Bonda Cik Yong Sofia binti Muhammad Yunus
Keputeraan (1890-01-15)15 Januari 1890
Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya
Kemangkatan 4 Januari 1963(1963-01-04) (umur 72)
Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya
Dimakamkan 5 Januari 1963
Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaya
Agama Islam

Sultan Yussuff Izzuddin Shah merupakan Sultan Perak Darul Ridzuan ke-32. Baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perak pada 29 Mac 1948, dan baginda bergelar Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu, dan bersemayam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Istiadat pertabalan baginda telah disempurnakan pada 16 April 1949, dan kelambatannya disebabkan baginda seperti Raja-Raja Pemerintah Negeri yang lain sedang sibuk dengan kerja-kerja penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

Riwayat Awal

Baginda telah diputerakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 15 Januari 1890, dan mendapat pendidikannya mulai dari Sekolah Melayu, kemudian dari Sekolah Inggeris Hogan sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar dan akhirnya dari Maktab Babud-Darjat atau Kolej Melayu di Kuala Kangsar.

Setelah tamat pendidikannya pada tahun 1911, baginda masuk berkhidmat sebagai Pelatih Pegawai Melayu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Taiping. Kemudiannya, bertukar menjadi Pemungut Cukai Tanah dan Hakim di Kuala Kangsar. Baginda juga pernah menjadi Pengawas Daerah Kecil Parit dan Beruas, dan sebagai seorang pegawai di Pejabat Perbendaharaan Negeri. Pada masa berkhidmat dalam jawatan-jawatan tersebut, baginda telah beroleh pengetahuan dan kemahiran dalam hal pentadbiran negeri.

Raja Di-Hilir dan Raja Bendahara

Pada tahun 1918, baginda dilantik menjadi Raja Di-Hilir Perak dan bersemayam di Ipoh. Pada tahun 1921, baginda dilantik menjadi Raja Bendahara dan bersemayam di Istana Bendahara yang terletak di Jalan Bendahara, Ipoh. Tiga tahun selepas menjadi Raja Di-Hilir, baginda masuk berkhidmat dalam Pasukan Malayan Volunteer Infantry, cawangan Negeri Perak, sehingga berpangkat Leftenan pada tahun 1953. Selepas itu, baginda keluar daripada pasukan ini dan menyertai Federated Malay States Volunteer Forces (cawangan Negeri Perak) sebagai Pegawai Simpanan.

Raja Muda Perak

Apabila Sultan Abdul Aziz ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-31 pada tahun 1938, Baginda pula dilantik menjadi Raja Muda dan bersemayam di Telok Intan (dahulunya dikenali Telok Anson). Selaku Raja Muda Perak, baginda dijadikan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Perak dan juga menjadi Naib Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Orang Besar-Besar Dan Ulama-Ulama Negeri Perak.

Darjat Kebesaran

Dalam tahun 1938, baginda telah dikurniakan Darjah Kebesaran 'Officer of the British Empire' atau singkatannya O.B.E., dan pada tahun 1949 dikurniakan Darjah Kebesaran 'Knight Commander of the Order of Saint Michael and Saint George, K.C.M.G.. oleh Raja Inggeris, King George V. Di samping itu, baginda juga menerima kurniaan Bintang Kebesaran daripada Raja Siam.

Naik Takhta

Pada tanggal 26 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah mangkat. Mengikut pewarisan takhta, raja muda merupakan waris yang layak untuk menaiki takhta. Pada 29 Mac 1948, Sultan Abdul Aziz selamat dimakamkan dan Raja Muda Yussuff telah ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan gelaran Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Karamatullah Nasiruddin Muhtaram Shah Radziallahu 'An-hu.

Pemansuhan Raja Bendahara

Mulai tahun 1958, gelaran Raja Bendahara telah pun dimansuhkan menurut peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, dan gelaran Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja dihidupkan kembali untuk dikurniakan kepada orang kebanyakan. Penyandang Raja Bendahara yang terakhir ialah Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Shah I. Sebaliknya, penyandang Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang pertama selepas wujudnya Perlembagaan Negeri ialah Che Mohamad Yusof bin Sheikh Abdul Rahman.

Mangkat

Beberapa tahun setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada Kerajaan Inggeris, pada 10 Ogos 1959, Baginda mangkat di Istana Iskandariah pada jam 4:12 petang pada 4 Januari 1963, sepuluh minggu selepas serangan strok yang melumpuhkan sebahagian dari badannya dan 11 hari sebelum hari keputeraannya. Baginda ketika itu berusia 72 tahun. Baginda dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan di Bukit Chandan dan diberi gelaran selepas kemangkatan Marhum Ghafarullah.

Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah
Tarikh keputeraan: 15 Januari 1890 Tarikh kemangkatan: 4 Januari 1963
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abdul Aziz al-Mu’tasim Billah Shah
Sultan Perak
1948-1963
Diikuti oleh:
Sultan Idris Iskandar al-Mutawakkil Alallahi Shah

Legasi

Sekolah Kebangsaan Sultan Yussuf dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf di Batu Gajah mengambil sempena nama baginda.

Lihat juga

Nota kaki