Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar
Moto The Ship is More Than The Crew
Dirasmikan Disember 1897
Jenis Sekolah menengah kebangsaan, sekolah kerajaan, sekolah bestari perdana, sekolah premier, sekolah lelaki
Pengetua Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Abdul Murad
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik En. Wan Badli Shah bin Wan Zainal
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Wan Mohamed Esa Azwin bin Wan Abdul Jalil
Penolong Kanan Kokurikulum En. Rosli bin Abdul Wahab
Penolong Kanan Pra-Universiti Tn. Hj. Muhamad Ariffudin bin Mohamed Muhibbuddin
Pengerusi PIBG Tn. Hj. Nordin bin Mat Ali, PJK, PPGP.
Kod sekolah AEE4070
Lokasi Jalan Taiping, Off Jalan Bendahara Kuala Kangsar 33009, Perak Darul Ridzuan
Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 - 6
Nama singkatan SMKC / CSKK
Laman sesawang Portal Rasmi SMK Clifford
Telefon +60 5-773 1313
Faks +60 5-773 1314
Peta Google Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan lelaki yang terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan dan antara sekolah lelaki premier yang tertua di Malaysia khususnya dan tertua di Perak amnya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

SMK Clifford Kuala Kangsar ini berasal daripada sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897. Pada tahun 1897, muncul "Sekolah Inggeris Kerajaan" yang juga dikenali sebagai "Sekolah Hogan" sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan. Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah pendaftaran sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya dan menjadi 494 orang pada tahun 1928. Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak mempunyai pelajar perempuan. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan empat orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajar terdiri daripada bangsa Eropah, India, Cina dan Melayu. Hanya pada tahun 1924, sekolah ini mempunyai guru besar daripada keturunan Arab, iaitu Tuan Syed Shaidali.

Pada tahun 1928, sekolah ini mendapat namanya yang baru iaitu "Sekolah Clifford" sempena nama Gabenor Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Malaya ketika ini, Sir Hugh Clifford. Kemajuan sekolah ini sebelum perang banyak bergantung kepada usaha-usaha gigih pendidik-pendidik keturunan Eropah, Arab, Cina, India termasuklah juga guru-guru Melayu. Ketika Perang Dunia II, sekolah ini bertukar status menjadi markas tentera Jepun sehingga tahun 1946. Selepas tamat perang, pembangunan dan kemajuan Sekolah Clifford dibangunkan bersunguh-sungguh oleh pemangku guru besar ketika itu, Encik Arumukham bersama-sama dengan kakitangan guru. Dalam masa tersebut, sekolah menghadapi banyak masalah kekurangan perabot dan buku-buku.

Sekolah Lelaki Clifford mula menawarkan mata pelajaran sains pada tahun 1946 dan dalam tahun-tahun 1940-an, menunjukkan prestasi yang cukup baik dari aspek peperiksaan. Senior Cambridge juga menyaksikan ramai lepasannya berpeluang belajar di institusi pengajian tinggi seperti Kolej Perubatan Raffles Singapura, Kolej Pertanian Serdang dan universiti luar negeri khusus Britain. Keputusan peperiksaan Senior Cambridge juga menunjukkan prestasi yang paling membanggakan kerana tidak ada seorang anak Melayu pun yang gagal ketika itu.

Pada ketika usia meningkat 100 tahun, Sekolah Clifford dipilih menjadi salah sebuah sekolah perintis Sekolah Bestari.

Pada 31 Mac 2014, SMK Clifford Kuala Kangsar telah melaksanakan persekolahan dua sesi; iaitu sesi pagi dan sesi petang.

Berikutan Blok A (blok bersejarah) mengalami kerosakan tidak serius, pihak pengurusan sekolah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup sekaligus melarangkan Blok A untuk diduduki oleh para pelajar SMK Clifford.

Senarai Pengetua[sunting | sunting sumber]

  1. J.P.C. Hogan (1897-1924)
  2. Kapt. Syed Shaidali (1924-1927)
  3. J.L. Nichol (1927-1930)
  4. Capt. Bernard Preedy (1930-1935, 1936-1937)
  5. D. Roper (1935)
  6. Left. Kol. C.A. Scott (1938)
  7. T.P.M. Lewis (1939-1941)
  8. V. Arumukham (1945-1946)
  9. K.D. Luke (1946-1948)
  10. F.H. Jones (1948-1950)
  11. M. Campbell (1950)
  12. D. Bennett (1950-1953)
  13. M.D.F. Potter (1953-1956)
  14. A.D. Bunford (1956)
  15. En. Karam Singh (1956-1968)
  16. En. Chee Hee Yin (1969)
  17. En. Goon Fatt Chee (1969-1971)
  18. En. Goh Kee Meng (1971-1979)
  19. Tn. Hj. Azidin bin Mahmud (1980-1989)
  20. En. Zainal Badri bin Ahmad Rafaei (1989-1992)
  21. Tn. Hj. Idris bin Abdul Majid (1992-1994)
  22. Tn. Hj. Mohamed Omar bin Mazar Ali (1994-1999)
  23. Tn. Hj. Mohd Hani bin Alang Ismail (1999-2002)
  24. Tn. Hj. Ngazizan bin Din (2002-2005)
  25. En. Ahmad Sanee bin Zainal Abidin (2005-2007)
  26. En. Zokronain bin Abdullah (2007-2009)
  27. Pn. Hjh. Norliah binti Haji Mohd Lazim, AMN (Pengetua Cemerlang) (2009-2013)
  28. Tn. Hj. Zaharuddin bin Ahmad Zayadi, PJK (2013-2014)
  29. Tn. Hj. Salim bin Suhaimi, AMP (2014-2016)
  30. Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Abdul Murad (2017-sekarang)

Cogankata[sunting | sunting sumber]

"The Ship Is More Than The Crew" ialah moto Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Dahulu moto ini diletakkan pada lencana sekolah tetapi sekarang ditiadakan.

"The Ship" ialah perkataan simbolik yang bermakna sekolah dan "The Crew" membawa makna pelajar.

Oleh itu, makna tersirat bagi moto sekolah "The Ship Is More Than The Crew" ialah sekolah atau alma mater (ibu kandung) lebih penting daripada para pelajarnya. Lebih jelas lagi bererti setiap pelajar lepasan sekolah ini akan atau telah menempa kejayaan setelah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Sekolah telah memberi segala bentuk kemudahan, bimbingan, dorongan, nasihat dan pengalaman sehingga para pelajar menjadi tokoh-tokoh dalam pelbagai bidang pekerjaan.

[sunting | sunting sumber]

SMK Clifford KK


Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar

  • Perisai - Sebagai pelindung pelajar daripada unsur yang mengangu pelajaran
  • Keris - Melambangkan masyarakat Melayu yang majoriti semuanya beragama Islam
  • Buku - Melambangkan ilmu yang diperolehi
  • Warna Hitam - Tanah Air iaitu Malaysia
  • Warna Kuning - Agama Islam sebagai agama rasmi
  • K.K. - Terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak

Lagu sekolah[sunting | sunting sumber]

Clifford sekolahku tercinta,

Berusaha berbakti cogan kita


Pupuk semangat waja

Berjuang demi ibu kandung


Majukan diri

Bina negara


Bersatu, Berpadu,

CLIFFORD


Pencipta: En. Tan Chin Nam, JSM
Lirik: Tn. Hj. Azidin bin Mahmud, PPT (Pengetua SMK Clifford KK ke-19)

Unit pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  1. Dewan Tun Hamdan
  2. Dewan Tun Suffian
  3. Bilik Inovasi
  4. Bilik Kreativiti
  5. Pusat Sumber Karam Singh
  6. Bilik Media Clifford
  7. Kantin Clifford
  8. Dewan Makan Asrama
  9. Koperasi Clifford
  10. Dewan Peperiksaan Blok D
  11. Surau Al-Islah
  12. Dataran Clifford
  13. Dataran Hamdan
  14. Dataran Surau
  15. Makmal Sains Rendah
  16. Makmal Sains Atas
  17. Bengkel Kemahiran Hidup
  18. Blok Kelas Rancangan Khas (KRK)
  19. Blok Pentadbiran
  20. Bilik F1
  21. Padang Clifford
  22. Bilik Sukan

Unit akademik[sunting | sunting sumber]

Tingkatan[sunting | sunting sumber]

  • Tingkatan Satu
  • Tingkatan Dua
  • Tingkatan Tiga
  • Tingkatan Empat
  • Tingkatan Lima
  • Tingkatan Enam Rendah
  • Tingkatan Enam Atas

Badan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

  • Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas Briged Bestari
  • Pengawas Asrama
  • Persatuan Tingkatan Enam (PERTINA)
  • Majlis Ketua-Ketua Tingkatan (MKT)

Mata pelajaran[sunting | sunting sumber]

Subjek yang ditawarkan oleh Pihak Sekolah kepada para pelajar antaranya ialah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sejarah
  • Sains
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Jepun
  • Kemahiran Hidup
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kesusasteraan Melayu
  • Reka Cipta
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Geografi
  • Sains Sukan
  • Prinsip Perakaunan
  • Seni Visual Tingkatan 6
  • Kesusasteraan Melayu Komunikatif Tingkatan 6
  • Bahasa Melayu Tingkatan 6
  • Pengajian Am Tingkatan 6
  • Malaysia University English Test (MUET) Form Sixth
  • Biologi Tingkatan 6
  • Kimia Tingkatan 6
  • Fizik Tingkatan 6
  • Matematik M Tingkatan 6
  • Matematik S Tingkatan 6
  • Matematik T Tingkatan 6
  • Sejarah Tingkatan 6
  • Ekonomi Tingkatan 6

Unit kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Senarai kelab dan persatuan[sunting | sunting sumber]

  • Persatuan Bahasa Tamil
  • Persatua Bahasa Inggeris
  • Persatuan Pelajar Islam
  • Persatuan Bahasa Jepun
  • Persatuan Sejarah
  • Persatuan Geografi
  • Persatuan Sains
  • Persatuan Matematik
  • Persatuan Seni
  • Persatuan Kemahiran Hidup (Tingkatan 1-3)
  • Kelab 1Malaysia
  • Kelab Koperasi dan Pengguna
  • Kelab SPBT
  • Kelab Rukun Negara
  • Kelab Peace
  • Kelab Kembara & Rekreasi
  • Kelab Siber
  • Kelab CASA
  • Kelab Fotografi
  • Kelab CYA Robotik
  • Kelab Prostar
  • Kelab Reka Cipta dan F1
  • Persatuan Badan Bahasa, Sastera dan Budaya (Tingkatan 6)
  • Kelab ICT (Tingkatan 6)
  • Kelab Galeri (Tingkatan 6)

Rumah sukan[sunting | sunting sumber]

  • Chulan (Biru)
  • Hogan (Hijau)
  • Idris (Merah)
  • Iskandar (Kuning)
  • Jamil (Coklat)
  • Sabki (Ungu)

Sukan dan permainan[sunting | sunting sumber]

  • Sepak Takraw
  • Ragbi
  • Kelab Golf
  • Hoki
  • Badminton
  • Tenis
  • Kelab Ping Pong
  • Bowling
  • Kelab Petanque
  • Kelab Memanah
  • Kelab Catur
  • Olahraga
  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Kelab Futsal (Tingkatan 6)
  • Bola Jaring (Tingkatan 6)
  • Badminton (Tingkatan 6)

Badan unit beruniform[sunting | sunting sumber]

  • Pasukan Pancaragam
  • Kadet Remaja Sekolah (KRS)
  • Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat)
  • Pasukan Pengakap
  • Kadet Polis
  • Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM)
  • Taekwando
  • Siswazah Pertahanan Awam Malaysia (Tingkatan 6)
  • Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (Tingkatan 6)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Tempat Pertama (Johan) Bola Sepak Peringkat Daerah Kuala Kangsar 2016
  • Tempat Pertama (Johan) Nasyid Daerah Kuala Kangsar 2016
  • Tempat Pertama Karnival Sukan Pra-Universiti Daerah Kuala Kangsar 2015
  • Tempat Pertama (Kepujian) Kategori Sekolah Menengah Bandar 2012/2013
  • Tempat Ketiga Kategori Sekolah Menengah Bandar 2011/2012

Persatuan Lepasan Pelajar Clifford[sunting | sunting sumber]

Carta Organisasi Tertinggi[sunting | sunting sumber]

YANG DIPERTUA

Tan Sri Datuk Mustafa bin Mansur

TIMBALAN YANG DIPERTUA

Dato' Haji Alias bin Shamsuddin

NAIB YANG DIPERTUA I

Datuk Mohd Abdullah Mohaidin

NAIB YANG DIPERTUA II

Encik Mukanan Nair

SETIAUSAHA KEHORMAT

Tuan Haji Mohamed Arif bin Abdul Rashid

PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT

Encik Shukri bin Muslim

BENDAHARI KEHORMAT

Encik V. M. Thiagarajan

Para Alumni[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford
Jalan Bendahara, Off Jalan Taiping
Bandar Baru Kuala Kangsar,
Kuala Kangsar 33000,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Telefon = +60-5 7731 313
Faks = +60-5 7731 314

Laman web berkaitan[sunting | sunting sumber]