Penjaga Dua Masjid Suci: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:


[[Kategori:Arab Saudi]]
[[Kategori:Arab Saudi]]
[[Kategori:Gelaran hormat Islam]]

Semakan pada 04:15, 8 Jun 2021

Saladin

Penjaga Dua Kota Suci (bahasa Arab: خادم الحرمين الشريفين Khadim al-Haramain asy-Syarifain), merupakan sebuah istilah bersejarah yang diberikan kepada para sultan Ayyubiyah, para sultan Mamluk Mesir, dan para sultan Uthmaniyyah. Istilah ini digunakan kembali oleh para raja Arab Saudi.[1]

Kerajaan Saudi

Sudah diketahui umum bahawa gelaran tersebut digunakan oleh Raja Arab Saudi untuk menggambarkan peranannya sebagai pelindung Tanah Suci umat Islam, iaitu Mekah dan Madinah, di mana di dalamnya terdapat dua masjid paling suci bagi umat Islam, iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.[1][2]

Raja Saudi pertama yang mengambil gelaran ini adalah Fahd ibn Abdul Aziz Al-Saud pada tahun 1986.[1] Raja Fahd menukar istilah "Paduka Yang Mulia" (صاحب الجلالة Shahib al-Jalalah) dengan "Penjaga Dua Kota Suci". Raja selanjutnya, Abdullah bin Abdul Aziz, juga mengambil gelaran yang sama selepas kematian Raja Fahd, abang tiri beliau pada tahun 2005.[2]

Rujukan

  1. ^ a b c Wood, Paul (August 1, 2005). "Life and legacy of King Fahd". BBC News. Dicapai pada April 6, 2011.
  2. ^ a b "Custodian of the Two Holy Mosques King Abdullah bin Abdulaziz". Dicapai pada April 6, 2011.

Pautan luar