Wikipedia:Kedai Kopi (lain-lain): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
alih dari perbualan
Zaidpjd (bincang | sumb.)
Status bahasa Wikipedia ini
Baris 342: Baris 342:


[[Pengguna:Move74]]
[[Pengguna:Move74]]

== Status bahasa Wikipedia ini ==

Saya ingin tahu apakah status bahasa wikipedia ini? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? [[Pengguna:Zaidpjd|Zaidpjd]] 16:08, 21 November 2005 (UTC)

Semakan pada 16:08, 21 November 2005

SELAMAT DATANG PENGGUNA BARU DAN PENGGUNA LAMA YANG TERKELIRU,
ke laman web maklumat komuniti ini!

Laman ini adalah untuk rakyat Wikipedia berbincang tentang soalan-soalan mengenai Wikipedia. Walaubagaimanapun:

  • Untuk komen-komen tentang sebuah halaman, gunalah pautan "Perbincangan" pada halaman tersebut.
  • Wikipedia bukan tempat untuk mengiklan (iklan akan dipindahkan atau dibuang).
  • Wikipedia bukan sebuah syarikat. Rakyat Wikipedia tidak bekerja untuk Wikipedia. Wikipedia tidak akan membayar gaji anda, tetapi sumbangan anda bagi penubuhan tabung amat dihargai.

Untuk memudahkan pembacaan dan jawapan, tolong:

  • Tulis soalan anda pada bawah halaman ini. (Jika anda tidak/tidak boleh guna pautan itu, tolong letak soalan anda di bawah halaman ini dan jangan lupa letakkan tajuk dengan menaip " == tajuk == ".
  • Menandatangani soalan anda dengan menaip " ~~~~ ".

Arkib


  1. Ogos 2005


5000 rencana

Tahniah kerana telah mencecah lebih dari 5,000 rencana! Hayabusa future 06:20, 30 Jun 2005 (UTC)[balas]

Mari mencapai 10,000 pula :) Aurora 02:33, 1 Jul 2005 (UTC)
Tahniah juga! Meursault2004 07:46, 1 Jul 2005 (UTC)

Berikan 10 contoh jurnal andragogi?

Tak puas hati

Assalamualaikum

Saya adalah ribuan peminat rancangan tv3. Disini saya ingin memberi candangan kepada pihak tuan iaitu: disebabkan saya bersekolah asrama, saya amat tidak berpuas hati kerana saya tidak dapat menonton rancangan"MIRMO ZIBANG 1" jadi saya berharap pihak tuan dapat menunda atau mengadakan siaran ulangan pada hari Ahad jam 10.30. kerjasama pihak tuan amat saya hargai.... sekian wassalam...

Sekadar memberitahu, saya baru terjumpa laman ini. Nampaknya isinya diambil dari sini. Kelihatannya mereka mempunyai salinan Wikipedia bahasa lain juga. Walau bagaimanapun, laman ini agak lama sudah tidak dikemaskini. Aurora 11:41, 30 Julai 2005 (UTC)[balas]

Dadah

saya nak tahu cara dadah dimasukkan kedalam sistem badan manusia

Jawapan: Lihat dadah. Aurora 09:54, 17 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Pemetaan Google

Saya baru sahaja memindah ulasan lama keluar agar laman ini lebih pendek. Selain itu saya ingin mengumumkan khidmat pemetaan Google yang amat changgih. Sesiapa berminal boleh melawat seperti di bawah: Pemetaan Malaysia oleh Google.

Saya sebenarnya berharap untuk meghalusi sehingga ke mukim, tetapi agak sukar menentukan posisi, tanpa maklumat GPS. Sesiapa yang berminat boleh meletakkan data pemetaan kepada maklumat mukim/daerah.Yosri 11:55, 5 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Minta pertolongon

Hai, saya ingin minta pertolongan bagi perkara-perkara berikut :

  1. Bagaimana meletakkan gambar dalam artikel?
  2. Bagaimana membuat redirection?
  3. Bagaimana membuat pautan ke wikipedia bahasa lain?

Sekian sahaja, terima kasih

Jawapan:

  1. Untuk meletakkan gambar letakkan format ini, '[[kapal.jpg|thumb|Ini gambar kapal.]]
  2. Untuk redirection letakkan format ini, #REDIRECT[[MUKABARU]]
  3. Untuk membuat pautan ke wikipedia lain letakkan format ini pada bahagian paling bawah, [[en:ship]] Yosri 10:56, 12 Ogos 2005 (UTC)[balas]

"Perang dingin"

akum.. saya nak tahu maklumat lanjut tentang perang dingin dan kedua-dua sistemnya iaitu sistem bipolar dan unipolar

"202.161.142.34 06:18, 18 Ogos 2005 (UTC)"[balas]

Lihat Perang Dingin. Yosri 10:15, 18 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Pengumuman

Saya amat menghargai para penyumbang wiki yang begitu aktif sejak kebelakangan ini. Sekiranya berterusan, saya yakin kita mampu mencapai 10,000 rencana sebelum akhir tahun ini. Jika ini tercapai, Wikipedia Melayu, secara automatik akan dinaik taraf dalam senarai Wikipedia menurut saiz.

Selain itu, penyumbang yang menunjukkan kesungguhan dan telah menyumbang lebih 100 rencana dan aktif melebihi 3 bulan boleh memohon ditingkatkan kepada taraf SYSOP, sebagai penyunting.

Bersama kita majukan Wikipedia ini.

Selamat menyambut hari Merdeka.Yosri 06:59, 19 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Fungsi dan ciri badan eksekutif

Tajuk:tentang fungsi badan perundangan,kehakiman,eksekutif

soalan saya ialah 'mengapa pembahagian kuasa antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman tidak jelas?'

walaupun telah melayari laman wed...saya tidak mendapat jawapan untuk soalan ini!!!

Lihat pembahagian kuasa. Aurora

Sejarah kesatuan Eropah

tolonglah...saya nak tau tentang kesatuan eropah dengan lebih mendalam...utk assignment

Kami tidak menyediakan kertas kerja assignment, bagaimanapun anda boleh merujuk kepada kesatuan Eropah dalam bahasa Inggeris.Yosri 13:07, 24 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Masa Depan Malaysia Wikipedia

Saya rasa ensiklopedia ini sunyi sekali. Jauh daripada sebagai sebuah sumber rujukan yang boleh harap. Adakah ia akan terus dilupai oleh rakyat malaysia?? Harap-haraplah lebih ramai yang akan datang membina ensiklopedia ini. --Ychmatematik 16:04, 25 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Masalahnya ialah Wikipedia ini tidak pernah disebut di mana-mana media termasuklah Internet, media cetak serta radio dan tv. Jadi ramai yang tidak tahu. Saya cuma pernah jumpa satu blog yang menulis tentang Wikipedia ini. Aurora 01:14, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Apa kata kita orang mengiklan wikipedia malaysia melalui email?, buatlah satu surat iklan yang standarn dan kita agih memlalui ahli.Ychmatematik 06:28, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Mungkin lebih elok dihebahkan melalui forum yang menggalak penyebaran ilmu, bagi mengelakkan dituduh spam, yang bakal mengundang vandal.Yosri 09:25, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Kadang-kadang hebahan mulut juga berkesan. Jika anda mempunyai peluang mengiklankan Wikipedia di tempat kerja/belajar anda, silalah. Aurora 09:40, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Nama pengguna

Bolehkah nama pengguna dari versi Wikipedia yang lain (contohnya Inggeris) digunakan di MS-Wiki? Saya tidak ingin untuk mendaftar semula di MS-Wiki dan saya juga ingin membawa bersama identiti yang digunakan di EN-Wiki --Matthew A. Lockhart 17:43, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Jawapan:

Sehingga versi 1.5, anda harus mendaftar semula di setiap projek Wikimedia yg anda ingin menyumbang. Apa yang boleh anda buat untuk 'membawa' identiti anda ialah dengan membuat interwiki antara akaun anda di sini dan juga di en-wiki. Aurora 23:58, 26 Ogos 2005 (UTC)[balas]
Baiklah, terima kasih. --Matthew A. Lockhart 06:43, 27 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Template: Kotak Jawatan

Saya telah membuat Template:Kotak_Jawatan yang disalin dari Template:Succession (versi en). Minta komen/pembetulan. Matthew A. Lockhart 06:43, 27 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Jawapan: Saya rasa tiada masalah, boleh dipakai. Aurora 00:47, 29 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Mencapai 6,000 laman

Tahniah dan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan wikipedia Melayu mencecah 6,000 laman. Semoga kita dapat mencapai 10,000 sebelum akhir tahun ini.Yosri 09:13, 27 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Hoax: The Flowers Of Romance, please delete

Sorry, i don't speak the language of this Wikipedia. However i would like to inform you that the Article The Flowers Of Romance is an hoax, see [1] and commons:Commons:Village_pump#Hoax Article in 57 languages -- de:Benutzer:Kju 19:06, 29 Ogos 2005 (UTC)

Jawapan: Removed. ThanksYosri 00:53, 30 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Selamat menyambut Hari Merdeka

Kepada kesemua rakyat Malaysia, selamat menyambut Hari Merdeka. Semoga lebih ramai penyumbang sudi menyumbangkan ilmu mereka di Wikipedia bahasa Melayu ini. Kepada penyumbang lain, terima kasih di atas sumbangan anda semua. Yosri 15:26, 31 Ogos 2005 (UTC)[balas]

Bintang

kenapa bintang-bintang yang mempunyai kandungan besi yang tinggi berkemungkinan besar untuk mempunyai sistem planet? (oleh 219.95.178.114)

Moto untuk ms.wikipedia

Moto dapat membangkitkan semangat.Maka saya mencadangkan "Berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit" sebagai moto untuk ms.wikipedia Semoga ms.wikipedia maju jaya! Ychmatematik 06:13, 7 September 2005 (UTC)[balas]

Mungkin lebih baik sekiranya kita ada rencana mengenai moto dahulu :) Aurora 04:34, 16 September 2005 (UTC)[balas]

Wikipedia untuk semua

Saya mendapat teguran agar Wikipedia Melayu tidak terlalu fokos kepada isu-isu kemelayuan agar tidak menguris hati bangsa-bangsa lain. Di sini saya memohon maaf sekiranya ada yang berasa hati, tetapi kesilapan itu mungkin didorong kurangnya sumbangan dari kaum lain dan pada masa yang sama saya kurang arif hendak menulis isu-isu yang menyentuh kaum/negara lain. Bagaimanapun, semua bangsa dan kaum dialu-alukan agar menyumbang agar kita sama-sama mempelajari kebudayaan sesama kita. Selain itu, Wikipedia mengamalkan sudut pandangan berkecuali, di mana sebarang pandangan yang berat sebelah akan cuba diimbangi agar adil dan saksama dan berasaskan fakta. Disebabkan kekurangan penyunting, mungkin masih ada rencana yang tidak berkecuali dan akan diimbangi apabila dijumpai kelak. Dengan itu, marilah sama-sama menyumbang agar Wikipedia ini lebih luas dan jelas memperjelaskan semua isu, bangsa dan kebudayaan di ASEAN. Salam mesra dari saya. Yosri 10:32, 8 September 2005 (UTC)[balas]

Jawapan:

Lho siapakah yang menegur? Itu kan hak setiap penulis masing2. Memang tiada baik untuk menutup diri tetapi masih untung ada yang menulis artikel. Meursault2004 00:02, 11 September 2005 (UTC)[balas]
Pada pandangan saya Wikipedia Melayu ialah untuk semua yang berbahasa Melayu. Sudah tentu kita akan menulis isu-isu kemelayuan kerana terdapat banyak sumber-sumber berkaitan. Namun begitu, saya masih berharap agar fakulti-fakulti Bahasa Melayu di luar negara turut menyumbang dalam Wiki ini. Matthew A. Lockhart 13:27, 12 September 2005 (UTC)[balas]

Bahasa wanita

Selamat sejahtera. Saya ingin mencari rencana atau teks umum yang berkaitan dengan bahasa wanita, bahasa berkaitan dengan jantina dan bahasa yang menunjukkan stereotaip. "Bolehkah tolong saya dalam mendapatkan atau mencari sumber-sumber bagi tajuk yang tersebut di atas?" Sekian, ribuan terima kasih.

Cadangan meniru kaedah Wikipedia Indonesia

Buat sekarang, memang payahnya bagi seseorang pengguna untuk memulakan sebuah rencana yang baru. Ketiga-tiga kaedah yang disediakan memerlukan seorang pengguna menekankan beberapa butang sebelum dia dapat membuat demikian. Bagi pengguna-pengguna yang baru, dia kemungkinan akan sesat, sekiranya dia masih belum membaca Panduan Bantuan. Pendek kata, kaedah-kaedah sekarang kurangnya "user friendly". Saya berpendapat bahawa ini adalah antara sebab-sebab mengapa Wikipedia Melayu tidak menerima sambutan yang memuaskan.

Diharap bahawa pihak yang berkenaan akan melihat Wikipedia Indonesia, supaya dia dapat memahami bagaimana Wikipedia tersebut (ataupun Wikipedia Bahasa Inggeris) mengatasi masalah ini. Laman Indonesia yang berkenaan ialah: http://id.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Search?search=aaaaa&go=Tuju+ke

Menurut cara mereka, sekiranya halaman yang dikehendaki tidak berwujud selepas pencarian dengan "search engine" dalaman, satu arahan seperti berikut akan dipamerkan:

Tidak ada halaman dengan judul persis seperti ini.
Anda dapat memulai artikel baru dengan judul ini atau meminta agar artikel ini ditulis.

-- PM Poon 07:05, 15 September 2005 (UTC)[balas]


Saya pernah terfikir juga akan hal ini, tetapi saya tidak melaksanakannya atas dua sebab:

  1. Untuk mengelakkan halaman yatim
  2. Belum melihat ditimbulkan orang lain

Tetapi jika ramai yang meminta akan saya buatkan. Lihat juga laman ini. Anda mungkin boleh mencuba cara yang kedua.
Aurora 04:49, 16 September 2005 (UTC)[balas]


Hai Aurora, saya berpendapat bahawa anda tidak perlu bimbang mengenai halaman yatim. Kan Wikipedia Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia dah berbuat demikian? Sebenarnya, saya bercakap dari segi pengalaman saya sendiri. Semasa saya hendak menyumbangkan rencana pertama, sesak saya mencari cara berbuat demikian, walaupun saya tidak menemui masalah yang sama dengan rencana pertama saya di Wikipedia Bahasa Inggeris. Diharap bahawa cuma saya sahaja yang mengalami masalah tersebut sekiranya sistem sekarang dikekalkan.
PM Poon 03:20, 18 September 2005 (UTC)[balas]


Hai Aurora, sebenarnya, konsep Wikipedia ialah sebuah portal masyarakat yang mana semua lapisan masyarakat dapat membuat sumbangan, biar taraf pendidikan mereka tinggi atau tidak. Di sini, semua pengguna bergotong-royong supaya kualiti rencana yang diharapkan dapat dicapai.

Wikipedia Bahasa Inggeris sentiasa menggalakkan segala sumbangan, termasuk "stubs", asalkan ianya bukan rencana yang sia-sia. Adanya proses-proses tertentu untuk mewikikan rencana yatim. Bagi pendapat saya, biar adanya rencana yatim, daripada tiada rencana langsung. Rencana-rencana yatim akan menjadi biji-biji di mana rencana yang berkualiti akan mewujud.

Dalam menggalakan lebih ramai orang lagi menulis, Wikipedia bukan sahaja boleh mendapatkan lebih rencana, tetapi ia juga akan mengembangkan lebih penulis-penulis yang dahulunya tiada keyakinan menulis. Akhirnya, mereka akan menjadi penulis-penulis yang berkualiti kerana terdapat banyak latihan (umpamanya, mulai daripada "stubs") dan seterusnya akan menjadi asset kepada Wikipedia dan negara.

Dengan menyusahkan pengguna dan mementingkan sangat tentang kualiti buat sementara, kami cuma mencekikkan diri sendiri, dan pencapaian objektif mendapatkan 10,000 rencana cuma akan dilambatkan. Walaupun begitu, bagi saya, pencapaian 10,000 rencana itu langsung tidak mustahak. — PM Poon 02:40, 19 September 2005 (UTC)[balas]


Terima kasih atas penjelasan anda yang panjang lebar. Anda kini boleh mencipta rencana baru dengan kaedah tersebut. Selamat menyumbang!
Aurora 01:13, 20 September 2005 (UTC)[balas]


Terima kasih, Aurora, kerana sudi menerima cadangan saya. Di sini juga, saya hendak meminta maaf kerana angin terlalu panjang ("long-winded"). PM Poon 18:10, 20 September 2005 (UTC)[balas]

penyakit

Apakah nama penyakit apabila berlaku tonjolan lebihan tisu badan ke permukaan kulit melalui rongga atau liang ?

Localized date formats need to be verified

Dear Wikipedians,

I need your help to look at date formats for your language. I created a large list of formats here. Please take a look and fix any mistakes or add any new formats. This will help interwiki bot to match en:April 1, fr:1 avril, ru:1 апреля, zh:4月1日, and all other sites together.

What's needed: Look here at every format for your language, fix any mistakes, note any exceptions (some languages have 1st, 2nd, 3rd, etc naming schemas, or year 1 is written as '1 (year)' unlike all other years).

Also, I would like to receive a bot status on your site for my bot User:YurikBot. It will be mostly involved in interwikies.

Thank you!!!

You can contact me at en:Yurik (--70.192.56.68 22:13, 24 September 2005 (UTC))[balas]


I'm fine as long as YurikBot sticks to interwikies. As for the date formats, they seem fine. Aurora 03:21, 27 September 2005 (UTC)[balas]

punca-punca berlakunya perang dunia pertama

Antara punca-punca berlakunya perang dunia pertama dikatakan disebabkan pembunuhan Archduke Francis oleh nasionalis Serbia. Boleh terangkan punca peperangan ini dari pandangan Realisme

Kaji [:en:Realism Realism].

kategori di laman utama

saya berharap admin dapat memaparkan senarai kategori dan sub-kategori di laman utama kerana sulit bagi saya mengkategorikan sesuatu artikel. Malahan, dari pemerhatian saya, kebanyakkan artikel yatim tidak dikategorikan. Kategori-kategori artikel juga berterabur, tidak kemas. Saya berharap admin dapat memberi garis panduan bagaimana mengkategorikan sesuatu artikel. Pengguna:Zaidpjd 21.42 17 Oktober 2005 (UTC)<--- Apa maksud UTC?

Buat masa ini, sebahagian kategori boleh didapati di Berdasarkan kategori di laman utama. untuk senarai penuh, sila rujuk senarai di sini. UTC = GMT, ringkasnya waktu di London, lihat zon masa. Aurora 02:33, 18 Oktober 2005 (UTC)[balas]

oh.. saya ketinggalan zaman rupanya, masih menggunakan istilah GMT. Berbalik kepada isu, pranala ke berdasarkan kategori di laman utama itu selalunya pengguna terlepas pandang seperti saya dahulu. Dan selalunya jika pengguna hendak membuat rujukan, mereka akan cari kategori rujukan mereka, bukan artikel-kategori itu. Contohnya, bahasa Inggeris meletakkan pautan ke kategori-kategori UTAMA di kepala laman utama mereka, bukannya artikel kaegori. Bagaimana? Pengguna:Zaidpjd 22.38 18 Oktober 2005 (UTC)

Mungkin boleh diletakkan di bawah heading "Lihat pula" di bawah imej utama (sebelum 'Tutorial Wikipedia Melayu'). Hayabusa future (perbualan) 02:51, 19 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Saya letakkan di perubahan terkini kerana saya rasa di situ lebih sesuai. Saya juga telah mengubah suai teks perubahan terkini supaya nampak lebih cantik. Semoga Wikipedia ini terus berkembang maju. Aurora 06:42, 20 Oktober 2005 (UTC)[balas]

Bagaimana dapat tambah perkataan ke dalam wikditionary?

Hello, Ada sesiapa boleh beritahu saya bagaimana saya boleh tambah perkataan baru ke dalam wikditionary? Terima kasih

Sama seperti membuat laman baru di Wikipedia, iaitu dengan membuat pautan kepadanya. Aurora 03:57, 2 November 2005 (UTC)[balas]

mStar Online

Nampaknya akhbar The Star kini mempunyai versi BM di http://mstar.com.my:80/cms/index.jsp
Aurora 03:57, 2 November 2005 (UTC)[balas]

perbincangan mengenai industri pembinaan

assalammualaikum saudara sekalian... bolehkah saudar/ri yang berada di luar sana merencanakan sesuatu mengenai industri pmbinaan secara amnya..tak kiralah ianya mengenai teknik-teknik pembinaan atau masalah-masalah yang sering dihadapi dalam industri ini..sekiranya saudara arif mengenainya diharap dapat membantu.

Pertanyaan mengenai artikel "anime"

Saya mendapati bahawa terdapat dua log penghapusan artikel oleh Pengguna:Yosri dan pengguna:Aurora di dalam halaman anime. Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menemui apa-apa mengenai artikel yang dihapuskan itu. Sebelum saya memulakan semula halaman tersebut, bolehkan sesiapa memberitahu saya akibat artikel itu dimusnahkan? Dan bolehkah saya memulakan halaman tersebut semula? Kristalyamaki 15:14, 11 November 2005 (UTC)[balas]

Halamannya dihapuskan kerana tiada isi yang relevan dengan judulnya. Tentu saja Anda boleh memulakan yang baru dengan isi yang sesuai :-). Hayabusa future (perbualan) 02:41, 12 November 2005 (UTC)[balas]
Okie, terima kasih Kristalyamaki 03:30, 12 November 2005 (UTC)[balas]

Istilah untuk "Browse"

Hai Saudara Yosni dan Saudari Aurora,

Selain daripada "Melihat-lihat" dan "Semak lewa", adakah istilah yang lebih tepat ataupun sedap untuk "browse"? Untuk terjemahan "Wikipedia:Browse", yang mana kah lebih sesuai? — PM Poon 15:04, 13 November 2005 (UTC)[balas]

Tinjau, jelajah, rambang, Yosri 16:02, 13 November 2005 (UTC)[balas]

Adakah anda tidak mahu menggunakan laman Berdasarkan kategori? Aurora 03:06, 14 November 2005 (UTC)[balas]

Hi Aurora, nampaknya en:Wikipedia dah tukar format untuk Wikipedia:Browse kerana yang saya memahami, format yang lama menimbulkan banyak masalah. Adakah Aurora mengikut format lama? Sila lihat Wikipedia:Melihat-lihat. Kalau anda bersetuju, kita gunakan format baru ini tetapi:

Asal perkataan prestasi

Dari bahasa apakah perkataan prestasi dipinjam/ berasal? Wizwiz 12:19, 15 November 2005 (UTC)[balas]

Openoffice

Sesiapa diantara rakan-rakan wikipedia yang memahami berkenaan OpenOffice?

Lihat OpenOffice. --Aurora 02:20, 18 November 2005 (UTC)[balas]

soalan teknologi maklumat

hai semua komuniti wikipedia.......

saya nak bantuan anda semua untuk membincangkan dua isu :

1. bagaimana sistem rangkaian broadband mampu mengatasi jurang digital di negara kita.

2. mampukah ipta dinegara kita melahirkan graduan k-worker(pekerja berpengetahuan) yang boleh bersaing di peringkat global jika ya apakah ciri2 graduan teknologi maklumat yang bersifat kompetitif.

Pengguna:Move74

Status bahasa Wikipedia ini

Saya ingin tahu apakah status bahasa wikipedia ini? Adakah Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Zaidpjd 16:08, 21 November 2005 (UTC)[balas]