Taufik Hidayat: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
Loveless (bincang | sumb.)
k bot Menambah: ca:Taufik Hidayat
Baris 55: Baris 55:


[[id:Taufik Hidayat]]
[[id:Taufik Hidayat]]
[[ca:Taufik Hidayat]]
[[de:Taufik Hidayat]]
[[de:Taufik Hidayat]]
[[en:Taufik Hidayat]]
[[en:Taufik Hidayat]]

Semakan pada 14:59, 4 Mei 2008

Rekod pingat Olimpik
Badminton
Pingat emas – tempat pertama 2004 Athens Perseorangan
Taufik Hidayat
Fail:2313068323.jpg
Taufik Hidayat
Maklumat peribadi
Negara Indonesia
Tinggi1.76 m (5 ka ​9 516 in)
Berat64
Cakat tanganKanan
JurulatihMulyo Handoyo
Perseorangan lelaki
Ranking tertinggi1 (1998)
Ranking semasa9 (28 Jun [2007]])
Profil BWF

Taufik Hidayat (lahir 10 Ogos, 1981, Bandung, Jawa Barat, Indonesia) merupakan pemain badminton perseorangan Indonesia dan memiliki ketinggian 176 cm. Beliau merupakan juara dunia 2005 dan juara Olimpik terkini bagi acara perseorangan lelaki. Beliau juga merangkul kejuaraan Terbuka Indonesia enam kali (1999, 2000, 2002, 2003, 2004 dan 2006). [1]

Ketika Taufik masih muda, beliau menyertai kelab badminton SGS di Bandung. Setelah sekian lama menjalani latihan bersama Iie Sumirat, Taufik mempelajari kekeliruan gerak geri badan dan karakter dan juga taktik permainan ketika berada di jaring.

Hidayat beraksi di Sukan Olimpik 2004, menewaskan Hidetaka Yamada dari Japan dan Wong Choong Hann dari Malaysia pada dua pusingan awal. Pada pusingan suku akhir, Hidayat menentang Peter Gade dari Denmark 15-12, 15-12. Hidayat layak ke separuh akhir, yang mana beliau menentang Boonsak Ponsana dari Thailand 15-9, 15-2. Bermain pada perlawanan penentuan pingat emas, beliau menumpaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 15-8, 15-7 untuk memenangi pingat emas. Pada Ogos 2005, beliau menumpaskan pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China, 15-3, 15-7 dalam pertemuan perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Dunia IBF 2005.

Kehidupan peribadi

Taufik mempunyai seorang isteri iaitu Ami Gumelar. Dia merupakan anak perempuan Agum Gumelar, Presiden KONI, Presiden PSSI, dan menteri kerajaan Indonesia. Mereka berkahwin pada 4 Februari 2006 dan mempunyai anak perempuan yang lahir pada Ogos 2007. Beliau mempunyai dua hobi; berenang dan menonton wayang. Nama ibu bapanya ialah Aris Haris (ayah) dan Enok (ibu). Pada kelazimannya, orang selesa memanggilnya Taufik.

Penyertaan bagi Pasukan Indonesia

Pencapaian

  • 6 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Indonesia (1999, 2000, 2002, 2003, 2004, dan 2006)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Sukan Asia (2002 dan 2006)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia (2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Badminton Sukan Olimpik (2004)
  • 2 gelaran Piala Thomas bersama Pasukan Kebangsaan Badminton Indonesia (2000 dan 2002)
  • 3 gelaran perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Asia (2000, 2004 and 2007)
  • 2 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Singapora (2001, 2005)
  • 1 gelaran perseorangan lelaki Terbuka Malaysia (2000)
  • Memenangi Terbuka Brunei Open ketika berusia 16 tahun

Rujukan