28 Jun
<< | Jun | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | ||||
4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 |
18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 |
25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | |
2023 |
28 Jun merupakan hari ke-179 (hari ke-180 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 185 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan Vidovdan di Serbia.
Peristiwa[sunting | sunting sumber]
- 1846 - Pemain klarinet Belgium Adolphe Sax mendapat paten bagi saksofon.
- 1880 - Perompak bank dan wira rakyat Australia Ned Kelly ditangkap di Glenrowan, Victoria.
- 1914 - Archduke Franz Ferdinand dari Austria dan isterinya Sophie, Duchess Hohenberg (gambar) dibunuh di Sarajevo oleh pejuang kebangsaan Serbia Gavrilo Princip dalam peristiwa yang memangkinkan Perang Dunia Pertama.
- 1919 - Persetiaan Versailles dimeterai dan menamatkan Perang Dunia Pertama.
- 1969 - Rusuhan Stonewall menentang Jabatan Polis Bandar Raya New York bermula, menjadi titik perubahan gerakan hak homoseksual moden.
- 1978 - Mahkamah Agung A.S. melarang sistem kuota dalam kemasukan ke kolej, tetapi mengesahkan bahawa rancangan tindakan afirmatif yang memberi kelebihan kepada kelompok minoriti adalah mengikut perlembagaan.
- 1990 - Mahkamah Amerika Syarikat mendapati syarikat Paperback Software bersalah melanggar hak cipta kerana meniru rupa dan sistem menu Lotus 1-2-3 dalam atur cara hamparan kerjanya.
- 2010 - Pengundi Kyrgyzstan menyetujui perlembagaan baharu yang mengurangkan kuasa presiden dan memperuntukkan pilihan raya secara berkala.