Tiamina: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
k bot menambah: oc:Vitamina B1
Sz-iwbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: wa:Tiyamene
Baris 69: Baris 69:
[[tr:Tiyamin]]
[[tr:Tiyamin]]
[[uk:Тіамін]]
[[uk:Тіамін]]
[[wa:Tiyamene]]
[[zh:硫胺]]
[[zh:硫胺]]

Semakan pada 11:18, 11 September 2008

Nama saintifik Thiamin
Formula molekul C12H17N4OS
Jisim molekul 266.4 g/mol
Takat lebur 248-250°C (garam hidroklorida)

Vitamin B1 (Thiamine atau thiamin) ialah satu jenis vitamin B. Ia merupakan satu sebatian tidak berwarna dengan formula kimia C12H17N4OS. Ia boleh larut dalam air tetapi tidak larutan organik seperti alkohol. Thiamine boleh melerai jika dipanaskan. Struktur kimianya mengandungi cincin pyrimidine dan cincin thiazole.

Thiamine dijumpai pada 1910 oleh Umetaro Suzuki di Jepun apabila dia membuat kajian tentang cara nasi bran mengubati penyakit beri-beri. Beliau menamakannya asid aberik. Dia tidak mencari komposisi kimianya, juga tidak mengkaji jika ia merupakan amine. Komposisi kimianya dan sintesis dilaporkan oleh Robert R. Williams pada 1935. Dia menamakannya "thiamin".

Kini terdapat empat terbitan thiamin fosfat yang diketahui iaitu thiamin monofosfat (ThMP), thiamin difosfat (ThDP), thiamine trifosfat (ThTP) dan terbaru adenin thiamin trifosfat (AThTP).

Pada mamalia, thiamin difosfat (ThDP) atau thiamin purofosfat (TPP) merupakan koenzim untuk pyruvate dehidrogenas, a(alpha)-ketoglutarat dehidrogenas, cincin bercabang alpha-keto asid dehidrogenas dan transketolas. Dua enzim yang pertama berfungsi dalam metabolisme karbohidrat, manakala transketolas berfungsi di laluan pentos fosfat untuk sintesis NADPH dan gula pentos deoksiribos dan ribos. Secara umumnya, TPP berfungsi sebagai kofaktor untuk enzim yang memangkinkan asid dehidrogenasi alpha-keto. TPP disintesis oleh enzim thiamin pyrofosfokinas yang memerlukan thiamin bebas, magnesium (Mg) dan adenosin trifosfat (ATP).

ThTP telah lama dikenali sebagai bentuk aktif-neuro thiamin. Akan tetapi, ia ditunjukkan baru-baru ini bahawa ThTP juga ada pada bakteria, fungus, tanaman dan haiwan, yang menunjukkan peranan sel yang lebih umum. Terutamanya dalam E. coli ia kelihatan memainkan tindak balas terhadap kekurangan asid amino.