Alkohol
Dalam kimia, satu alkohol adalah mana-mana sebatian organik dengan satu hidroksil kumpulan (-OH) terikat kepada atom karbon, yang mana sebaliknya juga terikat kepada hidrogen dan/atau atom karbon lain. Formula am untuk alkohol asiklik adalah CnH2n+1OH.
Penamaan[sunting | sunting sumber]
Asal perkataan "alkohol"[sunting | sunting sumber]
Perkataan "alkohol" berasal daripada kata Arab: الكُحْل, rumi: al-kuḥl "celak"[1] (ditambahkan sekali pemula alif lam), yakni sejenis serbuk yang digunakan untuk tujuan sedemikian.[2] Perkataan alkohol mula-mula ditakrifkan sebagai serbuk yang terhasil melalui pemejalwapan galian stibnit untuk membentuk antimoni trisulfida, Sb2S3, yang disifatkan sebagai "pati" (spirit) galian itu. Bahan ini digunakan sebagai antiseptik, celak mata dan kosmetik. Makna perkataan alkohol diluaskan kepada hasil-hasil penyulingan secara am, dan disempitkan kepada etanol apabila perkataan spirit menjadi sinonim dengan minuman keras.[3]
Tatanama sebatian[sunting | sunting sumber]
Berdasarkan tatanama piawai IUPAC, dalam penamaan sebatian alkohol ringkas, akhiran -a (-e dalam bahasa Inggeris) bagi nama suatu alkana digantikan dengan akhiran -ol, misalnya, etanol daripada nama alkana, etana. Apabila perlu, kedudukan kumpulan hidroksil dijelaskan dengan nombor di antara nama alkana dengan akhiran -ol, seperti propan-1-ol bagi CH3CH2CH2OH dan propan-2-ol bagi CH3CH(OH)CH.[4]
Sekiranya terdapat kumpulan berfungsi yang lebih utama, awalan hidroksi- (hydroxy- dalam bahasa Inggeris) digunakan, sebagai contoh, 1-hidroksi-2-propanon, CH3C(O)CH2OH.[5]
Sifat fizikal[sunting | sunting sumber]
Kumpulan hidroksil menjadikan alkohol bersifat kutub dengan membentuk ikatan hidrogen antara satu sama lain mahpun dengan sebatian lain. Ikatan sebegini juga menjadikan takat didih alkohol lebih tinggi daripada hidrokarbon dan eter lain yang setara: etanol misalnya mempunyai takat didih sebanyak 78.29 °C jika dibandingkan dengan 69°C daripada heksana dan 34.6 °C untuk dietil eter.
Tindak balas[sunting | sunting sumber]
Pengestaran[sunting | sunting sumber]
Alkohol dan asid karboksilik bertindak balas dalam suatu reaksi iaitu pengesteran Fischer (Fischer esterification). Tindak balas ini biasanya memerlukan bahan pemangkin seperti asid sulfurik pekat, seperti dalam persaman kimia di bawah:
- R-OH + R'-CO2H → R'-CO2R + H2O
Pengoksidaan[sunting | sunting sumber]
Alkohol primer (R-CH2OH) boleh dioksidakan kepada aldehid (R-CHO) atau asid karboksilik (R-CO2H). Alkohol sekunder (R1R2CH-OH) melalui proses yang sama dan terhasil menjadi keton (R1R2C=O) sebagai produk akhir. Alkohol tertier (R1R2R3C-OH) pula kuat menangkis proses ini lalu tidak terjejas sekalipun.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 311. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ Harper, Douglas. "Alcohol". Etymonline. MaoningTech. Dicapai pada 17 May 2018.
- ^ Lohninger, H. (21 Disember 2004). "Etymology of the Word "Alcohol"". Dicapai pada 17 Mei 2018. Unknown parameter
|encyclopedia=
ignored (bantuan) - ^ William Reusch. "Alcohols". VirtualText of Organic Chemistry. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 September 2007. Dicapai pada 14 September 2007.
- ^ Organic chemistry IUPAC nomenclature. Alcohols Rule C-201.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Kategori berkenaan Alkohol di Wikimedia Commons