Mike Shinoda: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: fa:مایک شینودا
Sz-iwbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: zh:麥克·篠田
Baris 63: Baris 63:
[[vi:Mike Shinoda]]
[[vi:Mike Shinoda]]
[[tr:Mike Shinoda]]
[[tr:Mike Shinoda]]
[[zh:麥克·信太]]
[[zh:麥克·篠田]]

Semakan pada 08:00, 17 September 2008

Fail:Mike shinoda as fort minor.png
Mike Shinoda, salah seorang vokalis Linkin Park

Michael Kenji Shinoda (lahir 11 Februari 1977) adalah seorang pemuzik berdarah kacukan Jepun-Amerika yang berasal dari Agoura Hills, California, Amerika Syarikat. Dia sangat dikenali sebagai penyanyi rap bagi kumpulan Linkin Park dan Fort Minor.

Biografi

Kehidupan awal

Kelahiran generasi keempat keturunan Jepun-Amerika (yonsei) ayahnya, Leslie Shinoda dan ibu Russia-Hunggary, Kim, Mike Shinoda dibesarkan di Los Angeles di pinggir bandar Agoura Hills.[1] Mike mempunyai adik lelaki (lahir 1979) bernama Jason.[1]

Shinoda mula didedahkan kepada muzik semasa awal persekolahan menengah apabila dia menghadiri konsert kumpulan Anthrax dan Public Enemy. Selepas itu, dia mula belajar bermain piano, dan kemudiannya mula meminati rap dan hip-hop. Minatnya dalam bidang muzik turut menarik perhatian rakan sekolahnya iaitu Brad Delson dan sejak itulah mereka mula bermain muzik bersama-sama. Mereka bersekolah di Sekolah Tinggi Agoura Hills bersama-sama dengan ahli-ahli kumpulan Hoobastank. Semasa mereka hampir tamat persekolahan tinggi, seorang lagi rakan mereka iaitu Rob Bourdon turut menyertai mereka dan mereka menubuhkan kumpulan Xero, yang kemudiannya berubah nama kepada Linkin Park. Semasa mencari syarikat rakaman sepanjang tahun 1998, dia terpaksa membahagikan masa antara persembahannya dengan pendidikan tingginya di Art Center College of Design. Dia lulus dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Ilustrasi di situ, walaupun pada masa itu kumpulannya masih gagal mencari syarikat rakaman sehinggalah diterima oleh Warner Bros. Records.

Di dalam kumpulan Linkin Park, dia memainkan peranan sebagai penyanyi rap, pemain gitar kedua dan juga pemain piano. Di dalam album terbaru Linkin Park iaitu Minutes to Midnight, peranan Shinoda sebagai penyanyi rap berkurangan dan sebaliknya lebih kepada pemain gitar, pemain piano serta sebagai penerbit album tersebut. Sungguhpun demikian, Shinoda buat pertama kalinya mengambil alih peranan Chester Bennington sebagai penyanyi utama di dalam lagu In Between.

Mike Shinoda sudah pun berkahwin pada tahun 2003 dengan seorang penulis buku kanak-kanak iaitu Anna Shinoda.

Fort Minor

Pada tahun 2005, dia membuat projek sampingan hip-hop dengan menubuhkan kumpulan Fort Minor kerana dia tidak dapat menunjukkan sepenuhnya bakat yang dimilikinya sebagai penyanyi rap sepanjang bersama dengan kumpulan Linkin Park. Hasilnya, dia mula menghasilkan album pertama Fort Minor iaitu The Rising Tied di bawah label rakaman Machine Shop Recordings yang dimiliki oleh Linkin Park.

Rujukan

  1. ^ a b Biography, allmusic.com

Pautan luar