Chester Bennington

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chester Bennington
Chester Bennington LP.JPG
Bennington di MTV Asia Aid
Latar belakang
Nama lahir Chester Charles Bennington
Kelahiran (1976-03-20) 20 Mac 1976 (umur 41)
Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat
Meninggal dunia 20 Julai 2017(2017-07-20) (umur 41)
Genre Nu metal, rock alternatif, synth rock, alternative Metal
Pekerjaan Penyanyi, pemuzik, penulis lagu
Instrumen Vokal, gitar
Tahun aktif 1992 - 2017
Kegiatan berkait Grey Daze, Linkin Park, Dead By Sunrise

Chester Charles Bennington atau lebih dikenali sebagai Chester Bennington (20 Mac 1976 – 20 Julai 2017)[1] merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat terkenal sebagai vokalis kumpulan rock Linkin Park. Beliau juga merupakan vokalis kumpulan Dead by Sunrise dan mempelopori Stone Temple Pilots dari 2013 hingga 2015.

Bennington pertama kali meraih kemasyhuran sebagai vokalis kumpulan itu berikutan pelancaran album sulung Linkin Park, Hybrid Theory, pada 2000, yang menjadi kejayaan komersial. Album ini menerima pensijilan Berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika pada 2005, menjadikannya album paling laris sepanjang dekad, serta salah satu album yang menguasai kebanyakan jualan.[2] Album Linkin Park yang berikutnya ialah, Meteora (2003), Minutes to Midnight (2007), A Thousand Suns (2010), Living Things (2012), The Hunting Party (2014), dan One More Light (2017) meneruskan kejayaan kumpulan ini.

Bennington menubuhkan kumpulannya sendiri, Dead by Sunrise, sebagai projek sampingan pada 2005. Album sulung kumpulan itu, Out of Ashes, dikeluarkan pada 15 Oktober 2009. Beliau mempersiapkan bahan baru bersama Stone Temple Pilots pada 2013 untuk melancarkan EP High Rise pada 8 Oktober 2013 menerusi label rakaman mereka sendiri, Play Pen. Bennington telah dinaikkan pangkat sebagai Top 100 Heavy Metal Vocalists oleh Hit Parader (No. 46).

Pada 20 Julai 2017, Bennington ditemui mati di kediamannya di Palos Verdes Estates, California, dipercayai akibat membunuh diri.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Sebelum menyertai Linkin Park, Bennington merupakan penyanyi Grey Daze, kumpulan grunge kini pupus dari Phoenix, Arizona.[3] Dia meninggalkan Grey Daze pada 1998, tetapi sukar mendapatkan kumpulan lain untuk turut serta.[3] Ketika hampir berhenti terus, Jeff Blue, ketika itu timbalan presiden A&R at Zomba Music di Los Angeles, menawarkan Bennington ujibakat dangan Linkin Park.[3] Bennington berhenti kerja siangnya dan membawa keluarganya ke California, di mana dia berjaya dalam ujibakat dengan Linkin Park, yang ketika itu dikenali sebagai “Hybrid Theory”.[3] Bennington dan Mike Shinoda, membuat banyak kemajuan bersama, tetapi gagal mendapatkan tawaran rekod.[3] Selepas ditolak beberapa kali, Jeff Blue, kini timbalan presiden A&R di Warner Bros., campur tangan sekali lagi bagi membantu kumpulan ini menyertai Warner Bros. Records.[3]

Sungguhpun amat berjaya pada awal dekad 2000-an, Bennington menghadapi masaalah peribadi. Dia mengalami gigitan labah-labah menyebabkan lengannya bengkak semasa menyertai OzzFest pada 2001.[4] Bennington menghadapi masalah kesihatan semasa penghasilan Meteora, dan bergelut untuk menghadiri sesi rekod album tersebut.[5] Dia jatuh sakit semasa musim panas 2003, dan akhirnya menjalani pembedahan.[6] Hubungan Bennington dengan isteri pertamanya, Samantha, turut merosot semasa menyertai Linkin Park, mendorong penceraian mereka pada 2005.[7] Tidak lama kemudian, dia berkahwin dengan isteri barunya, Talinda.[8]

Lagu bebas[sunting | sunting sumber]

Solo[sunting | sunting sumber]

  1. "Let Down" - Ditulis sendiri olehnya untuk projek solonya (Dilancarkan pada 2007-2008)
  2. "Walking In Circles" - dalam album solonya/ditulis sendiri olehnya (Akan datang pada 2007-2008)
  3. "Morning After" - Ditulis sendiri olehnya (Dilancarkan pada 2003)

Penampilan[sunting | sunting sumber]

  1. "Slow Ya Roll" - Young Buck (Selingan daripada album barunya Buck the World dilancarkan pada March 27)
  2. "Home Sweet Home" - Persembahan Mötley Crüe di ReAct Now (Dilancarkan pada 2005)
  3. "State of the Art" - DJ Lethal dari kumpulan Limp Bizkit (Dilancarkan pada 2001)
  4. "Karma Killer" - Cyclefly (Dilancarkan pada 2002)
  5. "System" - Ditulis oleh Jonathan Davis dari kumpulan Korn (Dilancarkan pada 2000)
  6. "Walking Dead - DJ Z-Trip (Dilancarkan pada 2005)
  7. "Rock and Roll (Could Never Hip-Hop Like This) Part 2"-Handsome Boy Modeling School (Release in 2004)
  8. "Hardly Breathe" - Hydroponikz

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau disahkan meninggal dunia pada 20 Julai 2017 akibat bunuh diri. Beliau ditemui tidak sedarkan diri dan dipercayai mati dengan menggantung dirinya sendiri di kediamannya, Palos Verdes Estates, California, Amerika Syarikat.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ White, Caitlin (July 20, 2017). "Chester Bennington And Linkin Park Had Plans for a Band Photo Shoot Today". Uproxx. Dicapai pada July 20, 2017. His body was found around 9 am this morning by a housekeeper, which suggests that he hung himself in his bedroom either last night or early this morning. 
  2. ^ "Linkin Park – Hybrid Theory Review". sputnikmusic. September 2, 2006. Dicapai pada August 19, 2010. 
  3. ^ a b c d e f Rolling Stone Magazine, Linkin Park - Biography (14 March 2002), The Linkin Park Times, Retrieved on June 24, 2007.
  4. ^ USRN, Linkin Park's Bennington Suffering From Bite (13 Ogos 2001), Retrieved on June 24, 2007.
  5. ^ Warner Bros. Records, "The Making of Meteora" (2003) [DVD], Released on March 25, 2003.
  6. ^ USRN, Linkin Park's Chester Bennington Doing Fine (July, 11, 2003), Yahoo! Music, Retrieved on June 24, 2007.
  7. ^ Montgomery, James, Linkin Park's Minutes To Midnight Preview: Nu-Metallers Grow Up (May 7, 2007), MTV News, Retrieved on June 24, 2007.
  8. ^ Chester Bennington Profile celebritywonder.com, Retrieved on June 27, 2007
  9. ^ Grow, Cory. "Chester Bennington, Linkin Park Singer, Dead at 41". Rolling Stone. Dicapai pada 20 Julai 2017. 
  10. ^ "Linkin Park's Chester Bennington dies". BBC News. July 20, 2017. Dicapai pada 20 Julai 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]