Perang Salib Keenam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Baris 39: Baris 39:
==Perang Salib==
==Perang Salib==
Frederick tidak terus menuju ke [[Tanah Suci]], sebaliknya dia mula-mula sekali belayar ke [[Cyprus]] yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawannya oleh [[Richard the Lionheart]] dalam perjalanan ke [[Acre, Israel|Acre]] semasa [[Perang Salib Ketiga]]. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun dia dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, [[John of Ibelin, Pemerintah Lama Beirut|John of Ibelin]]. Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John di tanah besar, [[Beirut]] kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini dia telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan dia tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang salib tersebut apabila ia mengalihkan puak [[Ibelin]] yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka menentang maharaja tersebut.
Frederick tidak terus menuju ke [[Tanah Suci]], sebaliknya dia mula-mula sekali belayar ke [[Cyprus]] yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawannya oleh [[Richard the Lionheart]] dalam perjalanan ke [[Acre, Israel|Acre]] semasa [[Perang Salib Ketiga]]. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun dia dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, [[John of Ibelin, Pemerintah Lama Beirut|John of Ibelin]]. Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John di tanah besar, [[Beirut]] kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini dia telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan dia tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang salib tersebut apabila ia mengalihkan puak [[Ibelin]] yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka menentang maharaja tersebut.

Sebagai ibukota [[Kerajaan Jerusalem]] pada nama dan kerusi [[Patriarch Latin Jerusalem|Kepatriarchan Latin]], Acre berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan [[Kesatria Teutonik]] menyokongnya, namun Patriarch [[Gerald of Lausanne]] menyebelahi pihak Pope yang bermusuhan dengannya. Apabila berita pengucilan Frederic tersebar, sokongan umum terhadapnya merosot dengan mendadak. Kedudukan [[Kesatria Hospital]] dan [[Kesatria Kuil]] adalah lebih rumit; walaupun mereka enggan menyertai pasukan tentera maharaja tersebut secara langsung, mereka menyokong perang salib tersebut apabila Frederick bersetuju untuk membuang namanya daripada perintah-perintah rasmi. Pada mulanya para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut Frederick, tetapi mereka berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut dan keinginannya untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan Frederick terhadap John of Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata terhadap urusan perlembagaan para pembesar tersebut.


==Kesan==
==Kesan==

Semakan pada 15:31, 7 Februari 2009

Perang Salib Keenam
Sebahagian daripada Perang Salib

Frederick II (kiri) berjumpa al-Kamil.
Tarikh1228 - 1229
Lokasi
Keputusan Penyerahan secara aman Jerusalem kepada Frederick II. Bermulanya ketegangan di antara Empayar Rom Suci dan Negeri Salib.
Nota: Jerusalem kemudian dirampas oleh bangsa Turki Khwarezm.
Perubahan
wilayah
Jerusalem, Nazareth, Sidon, Jaffa, dan Bethlehem diberikan kepada Tentera Salib. Orang Islam mengekalkan Temple Mount.
Pihak yang terlibat

Empayar Rom Suci dan sekutu

Negeri Salib dan Sarasen

Komandan dan pemimpin
Frederick II
Hermann von Salza
Henry I
John dari Ibelin
Al-Kamil

Perang Salib Keenam bermula pada tahun 1228 sebagai cubaan untuk menawan kembali Baitulmaqdis. Perang ini berlaku selama tujuh tahun selepas kegagalan Perang Salib Kelima.

Frederick II dan pihak Pope

Frederick II, Maharaja Rom Suci, melibatkan diri secara umumnya dalam Perang Salib Kelima dengan menghantar pasukan tentera dari Jerman, namun dia gagal untuk menyertai pasukan tentera tersebut secara langsung meskipun telah diberi galakan oleh Honorius III dan kemudiannya Gregory IX, disebabkan dia perlu mengukuhkan kedudukannya di Jerman dan Itali sebelum bertolak untuk melancarkan perang salib. Walau bagaimanapun, Frederick sekali lagi berjanji untuk keluar berperang selepas dimahkotakan sebagai maharaja oleh Pope Honorius III pada tahun 1220.

Pada tahun 1225, Frederick mengahwini Yolande dari Jerusalem (juga dikenali sebagai Isabella), puteri John dari Brienne, pemerintah Kerajaan Jerusalem pada nama, dan Maria dari Montferrat. Frederick kini menuntut kerajaan yang sudah kontot itu, dan mempunyai alasan bagi cubaan untuk memulihkannya kembali. Pada tahun 1227, setelah Gregory IX menjadi pope, Frederick dan pasukan tenteranya belayar dari Brindisi ke Acre, tetapi satu wabak telah memaksa Frederick kembali ke Itali. Gregory mengambil peluang ini untuk mengucilkan Frederick kerana melanggar sumpah perang salibnya, walaupun ini cuma satu alasan, disebabkan Frederick cuba mengukuhkan kuasa selama beberapa tahun di Itali sehingga menjejaskan pihak Pope.

Gregory menyatakan bahawa alasan bagi pengucilan tersebut ialah keengganan Frederick untuk keluar berperang dalam Perang Salib Kelima. Bagi Gregory, perang salib tersebut cuma satu alasan yang berguna untuk mengucilkan maharaja tersebut. Frederick cuba berunding dengan pope tersebut, namun akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak mengendahkannya, dan belayar ke Syria pada tahun 1228 di sebalik pengucilan tersebut lalu tiba di Acre dalam bulan September.

Perang Salib

Frederick tidak terus menuju ke Tanah Suci, sebaliknya dia mula-mula sekali belayar ke Cyprus yang merupakan jajahan empayarnya sejak penawannya oleh Richard the Lionheart dalam perjalanan ke Acre semasa Perang Salib Ketiga. Maharaja tersebut tiba dengan niat yang jelas untuk mengukuhkan kuasanya ke atas kerajaan tersebut, namun dia dilayan dengan mesra oleh pembesar-pembesar tempatan sehinggalah satu perbalahan tercetus antaranya dengan anggota keluarga Baili Cyprus, John of Ibelin. Frederick mendakwa bahawa keregenannya adalah tidak sah dan menuntut penyerahan jajahan John di tanah besar, Beirut kepada pemerintah empayar. Bagaimana pun, di sini dia telah membuat satu kesilapan, disebabkan John menegaskan bahawa kerajaan Cyprus dan Jerusalem menurut perlembagaan adalah berasingan dan dia tidak boleh dihukum atas kesalahannya di Cyprus dengan perampasan Beirut. Peristiwa ini mempunyai akibat yang penting terhadap perang salib tersebut apabila ia mengalihkan puak Ibelin yang berkuasa itu lalu menyebabkan mereka menentang maharaja tersebut.

Sebagai ibukota Kerajaan Jerusalem pada nama dan kerusi Kepatriarchan Latin, Acre berpecah dalam sokongan terhadap Frederick. Tentera Frederick dan Kesatria Teutonik menyokongnya, namun Patriarch Gerald of Lausanne menyebelahi pihak Pope yang bermusuhan dengannya. Apabila berita pengucilan Frederic tersebar, sokongan umum terhadapnya merosot dengan mendadak. Kedudukan Kesatria Hospital dan Kesatria Kuil adalah lebih rumit; walaupun mereka enggan menyertai pasukan tentera maharaja tersebut secara langsung, mereka menyokong perang salib tersebut apabila Frederick bersetuju untuk membuang namanya daripada perintah-perintah rasmi. Pada mulanya para pembesar tempatan dengan ghairah menyambut Frederick, tetapi mereka berwaspada terhadap sejarah pemusatan maharaja tersebut dan keinginannya untuk berkuasa. Ini disebabkan sebahagian besar oleh layanan Frederick terhadap John of Ibelin di Cyprus, dan penghinaannya yang nyata terhadap urusan perlembagaan para pembesar tersebut.

Kesan