Wikipedia bahasa Indonesia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
JAnDbot (bincang | sumb.)
Muro Bot (bincang | sumb.)
Baris 56: Baris 56:
[[pt:Wikipédia em indonésio]]
[[pt:Wikipédia em indonésio]]
[[ru:Индонезийская Википедия]]
[[ru:Индонезийская Википедия]]
[[simple:Indonesian Wikipedia]]
[[sh:Indonežanska Wikipedija]]
[[sh:Indonežanska Wikipedija]]
[[fi:Wikipedia:Indonesiankielinen Wikipedia]]
[[fi:Wikipedia:Indonesiankielinen Wikipedia]]

Semakan pada 13:47, 18 September 2009

Wikipedia Bahasa Indonesia merupakan edisi Bahasa Indonesia ensiklopedia Wikipedia. Rencana pertamanya, Elektron, ditulis pada 30 Mei 2003, namun Laman Utama baru diisi kira-kira enam bulan kemudian, pada 29 November.

Wikipedia Bahasa Indonesia lazimnya mengikuti peraturan-peraturan dan dasar-dasar di Wikipedia Bahasa Inggeris, misalnya kewajiban menulis rencana melalui sudut pandangan yang berkecuali. Salah satu bidang di mana Wikipedia Bahasa Indonesia mempunyai lebih banyak rencana jika dibandingkan dengan edisi bahasa lain ialah rencana tentang wilayah pentadbiran di Indonesia, meskipun banyak yang masih merupakan rencana tunas.

Ciri-ciri

Bahagian "Peristiwa terkini" muncul pertama kalinya pada 14 November 2004 dengan judul "Berita Utama". Sebelum adanya bahagian tersebut, terdapat bahagian "aktualitas" dengan pautan-pautan ke rencana mengenai topik-topik yang sedang hangat dibincangkan. Bahagian "hari ini dalam sejarah" pertama kali ditulis pada 14 Disember 2004. Bahagian ini berisi peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah yang terjadi pada tanggal tersebut. Bahagian "hari ini dalam sejarah" secara automatik berganti setiap hari.

Bahagian "Artikel Pilihan" dalam format sekarang ini diperkenalkan pada 21 Disember 2004 melalui pemilihan rencana Arsenikum. Sebelumnya telah ada bahagian dengan "artikel pilihan", namun format yang digunakan hanyalah berupa pautan-pautan ke beberapa rencana pilihan tersebut. Penggantian rencana pilihan awalnya tidak teratur tetapi sejak 18 Jun 2006, rencana pilihan sudah diganti secara bergilir-gilir setiap 10 hari.

Ciri-ciri "Gambar pilihan" pertama kali muncul pada 19 Disember 2005, menampilkan sebuah gambar yang dianggap merupakan gambar pilihan dan diganti secara automatik setiap minggu. Ciri-ciri terakhir dari Wikipedia yang ditambahkan ialah ciri-ciri "Tahukah Anda?" yang mulai ditulis pada 9 Jun 2006. Ciri-ciri yang berisi trivia-trivia ini diganti secara automatik setiap hari.

Pengguna aktif

Pengguna aktif Wikipedia Bahasa Indonesia berasal dari seantero belahan bumi. Sebahagian besar pengguna memang menggunakan Wikipedia dari Jakarta, Indonesia, namun sebahagian yang agak besar juga berasal dari daerah-daerah lain di Indonesia. Para pengguna yang tidak bertempat di Indonesia juga agak besar jumlahnya. Hal ini menunjukkan bahawa Wikipedia Bahasa Indonesia boleh dikatakan aktif secara antarabangsa.

Perkembangan jumlah rencana

Projek lain

Projek Wiki yang lain dalam bahasa Indonesia antaranya ialah Wikiquote, Wiktionary, Wikibooks, dan Wikisource yang pada 13 September 2006 mempunyai jumlah laman masing-masing ialah 736, 12.133, 332, dan 143. Projek-projek ini tidaklah seaktif Wikipedia. Sedangkan Projek Wikimedia yang lain yang belum ada di dalam Bahasa Indonesia ialah Wikinews dan Wikiversity.

Rujukan

Pautan luar