Mutiara Naga: Perbezaan antara semakan
Tiada ringkasan suntingan |
Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 1: | Baris 1: | ||
{{Infobox animanga/Header| |
{{Infobox animanga/Header| |
||
title_name= Mutiara Naga (''Dragon Ball'') |
title_name= Mutiara Naga (''Dragon Ball'') |
||
|image= [[imej:Manga Dragon Ball.jpg| |
|image= [[imej:Manga Dragon Ball.jpg|200px]] |
||
|caption=Watak Utama Awal Mutiara Naga |
|caption=Watak Utama Awal Mutiara Naga |
||
|ja_name=ドラゴンボール |
|ja_name=ドラゴンボール |
Semakan pada 03:51, 15 November 2009
Mutiara Naga | |
Fail:Manga Dragon Ball.jpg | |
Genre | Shōnen, Pengembaraan, Seni Mempertahankan Diri, Komedi |
---|---|
Diciptakan oleh | Toei Animation Akira Toriyama |
Anime | |
Pengarah | Daisuke Nishio Takao Koyama |
Studio | Toei Animation |
Penyiaran Asal | Fuji TV Cartoon Network GMA 7 , RPN 9, IBC 13 TF1 RTL II Italia 1 Canal 5 Cartoon Network/CNX/Toonami SIC RTM 2/TV 9 |
Dikeluarkan pada | 26 Februari 1986 (Jepun) – 12 April 1989 (Jepun) |
Manga | |
Mutiara Naga | |
Pengarang | Akira Toriyama |
Penerbit | Shueisha |
Penerbit Lain | Chuang Yi Conrad Editora Carlsen Comics Sangatsu Manga Glénat Carlsen Comics CitiComics, Culturecom Semic Interprint Elex Media Komputindo Star Comics Comics House Production Grupo Editorial Vid Glénat (Studio de Raaf) Japonica Polonica Fantastica Planeta deAgostini Bonnier Carlsen Tong Li Comics NED comics Gollancz Manga VIZ Media Seoul Munhwasa |
Dragon Ball atau Mutiara Naga (ドラゴンボール) (Doragon Bōru) adalah sebuah manga oleh Akira Toriyama sebanyak 42 jilid novel grafik. Sebelum itu ia diterbitkan dalam majalah mingguan Shūkan Shōnen Janpu atau Mingguan Shonen Jump di Jepun dari 1984 hingga 1995.
Komik ini mengikut kehidupan Son Goku, seorang budak berekor monyet dari kecil hinggalah dia dewasa dan mendapat anak serta cucu. Dia mendapat banyak rintangan namun akhirnya menjadi pendekar yang terkuat di seluruh angkasa. Di Malaysia, Dragon Ball @ Mutiara Naga diterbitkan di bawah syarikat Comics House.
Jalan cerita
Secara umumnya, Mutiara Naga mengisahkan pengembaraan Son Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencari Mutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah dia berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan.
Jalan cerita bagi episod-episod terawal Mutiara Naga adalah berasaskan karya tradisional Cina, Journey To The West.
Watak utama Mutiara Naga
- Son Goku - Watak utama Mutiara Naga. Berketurunan Saiya dan dilahirkan dengan nama Kakaroct, dia dihantar ke bumi dari planet asalnya, Planet Bezita, agar dia boleh membesar dan seterusnya "membersihkan" bumi supaya dapat dijual dengan harga tinggi oleh orang-orang Saiya. Namun demikian, hakikat tersebut tidak berlaku, sebaliknya dia menjadi adiwira yang telah banyak kali menyelamatkan bumi daripada ancaman musuh. Dia mempunyai 2 orang anak bernama Son Gohan dan Son Goten hasil perkahwinannya dengan Chichi.
- Son Gohan - Anak sulung Son Goku. Bakat berlawannya telah terserlah sejak kecil lagi, tetapi dia bercita-cita untuk menjadi seorang ilmuan. Setelah tamat Permainan Cell, dia dihantar belajar di Sekolah Menengah Orange Star, di mana dia mula mengenali anak perempuan Encik Satan, Videl, yang kemudiannya menjadi isterinya. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memperoleh seorang anak bernama Pan.
- Bezita - Seorang putera mahkota bagi Kaum Saiya dari Planet Bezita. Terkenal kerana memiliki kuasa berlawan yang tinggi sejak kecil lagi, tetapi maruahnya tercalar apabila dikalahkan oleh Son Goku semasa dia mula hendak menyerang bumi. Namun demikian, dia mula bekerjasama dengan Goku dan rakan-rakan bagi menewaskan musuh yang lebih kuat, bermula daripada babak Fliza. Malah dia mula tinggal di bumi dan berkahwin dengan Bulma serta mempunyai 2 orang anak iaitu Trunks dan Bula.
- Bulma - Watak perempuan utama yang pertama muncul di dalam Mutiara Naga. Dia memainkan peranan penting dalam babak-babak terawal Mutiara Naga kerana dialah yang bertanggungjawab mengajak Goku menyertai pengembaraan mencari Mutiara Naga dan dalam masa yang sama, dia mencipta Radar Mutiara Naga untuk memudahkan kerja mereka. Peranannya semakin berkurangan di dalam babak-babak kemudiannya yang lebih banyak menerapkan unsur pertarungan dan perlawanan.
Untuk senarai penuh, sila rujuk rencara Senarai watak Mutiara Naga.
Lihat juga
- Anime and manga articles using obsolete and incorrect infobox parameters
- Anime (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang hilang
- Rencana anime dan manga yang menggunakan parameter kotak info yang usang dan tidak betul
- Siri manga
- Manga (tahun keluaran hilang)
- Rencana anime dan manga dengan parameter kotak info yang usang hilang
- Dragon Ball
- Manga
- Shōnen