Ahmet Necdet Sezer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmet Necdet Sezer
Presiden Turki ke-10
Dalam jawatan
16 Mei 2000 – 28 Ogos 2007
Perdana MenteriBülent Ecevit
Abdullah Gül
Recep Tayyip Erdoğan
Didahului olehSüleyman Demirel
Digantikan olehAbdullah Gül
Butiran peribadi
Lahir (1942-09-13) 13 September 1942 (umur 81)
Afyonkarahisar, Turki
KerakyatanTurki
Parti politikBebas
PasanganSemra Sezer

Ahmet Necdet Sezer (lahir 13 September 1942 di Afyon) adalah Presiden Republik Turki yang kesepuluh. Türkiye Büyük Millet Meclisi (Dewan Nasional Agung Turki) memilih Sezer pada tahun 2000 setelah tamat tempoh jawatan Süleyman Demirel yang disandang selama tujuh tahun.

Beliau ialah seorang lulusan dari SMU Afyon pada 1958. Lulusan dari Fakulti Perundangan Universiti Ankara pada tahun 1962 dan memulakan kariernya sebagai hakim di Ankara. Setelah dinas militernya di Akademi Ketenteraan, beliau mula-mula melayani sebagai hakim di Dicle dan Yerköy, dan belakangan sebagai hakim pengawas di Pengadilan Banding Tinggi di Ankara. Pada tahun 1978 beliau telah menerima gelaran Mejisterit Perundangan (LL.M.) dalam hukum sipil dari Fakulti Perundangan Universiti Ankara.

Pada 7 Mac 1983, beliau telah dipilih menjadi anggota Pengadilan Banding Tinggi. Kerana beliau adalah anggota dari Dewan undang-undang Kedua, Sezer direkomendasikan kepada Presiden oleh Dewan Pleno Pengadilan Banding Tinggi di antara tiga orang calon untuk diangkat menjadi anggota Pengadilan Konstitusional. Pada tanggal 27 September 1988, beliau telah diangkat oleh Presiden sebagai anggota dari Majlis Pengadilan Konstitusional. Pada 6 Januari 1998, beliau telah terpilih sebagai Ketua Hakim Mahkamah Konstitusional.

Beliau menikah dengan Semra Sezer dan mempunyai tiga orang anak.

Beliau telah menggangkat sumpah sebagai Presiden Republik Turki pada 16 Mei 2000. Beliau adalah seorang ahli sekularis yang kuat, dan kadang-kadang berbeza pendapat dengan Perdana Menterinya, Recep Tayyip Erdoğan.

Pranala/Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Yekta Güngör Özden
Presiden Mahkamah Konstitusional Turki
1998–2000
Diikuti oleh:
Mustafa Bumin
Didahului oleh
Süleyman Demirel
Presiden Turki
16 Mei 200028 Ogos 2007
Diikuti oleh:
Abdullah Gül