Abdullah Gül

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Abdullah Gül
Abdullah Gül (Brasília, 19.1.2005).jpeg
Presiden Turki ke-11
Memegang jawatan
28 Ogos 2007
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan
Didahului oleh Ahmet Necdet Sezer
Digantikan oleh Recep Tayyip Erdoğan
Perdana Menteri Turki ke-25
Dalam jawatan
18 November 2002 – 14 Mac 2003
President Ahmet Necdet Sezer
Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan
Didahului oleh Bülent Ecevit
Digantikan oleh Recep Tayyip Erdoğan
Butiran peribadi
Lahir (1950-10-29) 29 Oktober 1950 (umur 67)
Kayseri, Turki
Parti politik Parti Kebajikan (sebelum 1997)
Parti Kebaikan (1997–2001)
Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP)(2001–2007)
Bebas (2007–kini)
Pasangan Hayrünnisa Özyurt (1980–kini)
Anak-anak Ahmet Münir
Kübra
Mehmet Emre
Alma mater Universiti Istanbul
Universiti Exeter

Abdullah Gül merupakan Presiden Republik Turki ke-11.

Sebelum ini beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri bagi Republik Turki. Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan telah memilih Gül sebagai calon presiden yang paling sesuai bagi Republik Turki bagi era milinium ini. Gül pernah dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat bagi mereka yang pro Kemalist. Beliau begitu rapat dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang sering dikritik oleh puak nasionalis.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abdullah Gül lahir di Kayseri. Ayahnya Ahmet Hamdi, seorang imam berdarah kacukan Turki dan Arab. Ibunya, Adviye, berasal dari keluarga Islam konservatif. Moyangnya seorang Arab yang berhijrah dari Siirt ke Develi sekitar tahun 1915. Gül dipanggil juga dengan nama Cumhur, oleh keluarganya.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abdullah Gül belajar di Universiti Istanbul, Turki dalam jurusan ekonomi. Dia kemudian belajar di London dan Exeter. Kemudian bekerja di Adapazan, dalam bidang ekonomi di Universiti Sakarya. Dari 1983 hingga 1991, dia bekerja dengan Bank Pembangunan Islam / Islamic Development Bank . Kemudian pada tahun 1991, Gül menjadi pensyarah di pengurusan antarabangsa. Semasa di universiti, beliau terlibat dalam gerakan Islamiah-nasionalis - 'Milli Turk'.

Calon Presiden Turki 2007[sunting | sunting sumber]

Parti Keadilan dan Pembangunan yang berkuasa di Turki selepas pilihan raya Turki 2007, telah mencalonkan kembali Menteri Luar Turki, Abdullah Gül untuk jawatan Presiden Turki.

Tindakan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdoğan ini akan menimbulkan kembali tentangan dari puak sekular dan tentera Turki yang begitu taksub dengan idea nasionalis Mustafa Kamal Ataturk. Puak sekular tidak mahu Abdullah Gül menjadi Presiden Turki kerana beliau dilihat Islamik, pendirian yang bertentangan dengan sekular dan akan memundurkan semula Turki. Isterinya memakai jilbab - pakaian Islam yang jelas dilarang di Turki.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]