Merong Mahawangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Merong Mahawangsa ialah seorang pahlawan legenda dan pemerintah yang dikatakan menjadi raja pertama kepada Langkasuka, atau kini Kedah. Kisahnya disebut dalam Hikayat Merong Mahawangsa, di mana ada mengisahkan perihal beliau sebagai pahlawan yang menjadi raja pertama Langkasuka.

Legenda Merong Mahawangsa[sunting | sunting sumber]

Hikayat Merong Mahawangsa menyatakan bahawa Merong merupakan keturunan Zulqarnain.

Menurut hikayat tersebut, Merong ialah seorang pejuang dan pemerintah dari sebuah kerajaan. Beliau mengembara dari sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan, tetapi banyak menetap di Rom. Suatu hari, beliau meninggalkan Rom untuk berdagang di China. Namun, selepas merentasi Laut Arab, beliau tiba-tiba diserang oleh seekor cenderawasih gergasi legenda, Garuda, dan memusnahkan sebahagian besar armada Merong. Mereka lari ke tanah berdekatan, iaitu Lembah Bujang, di mana ia menjadi tempat mereka menetap dan mengasaskan kerajaan Langkasuka.

Merong merupakan pemerintah asal Langkasuka sebelum beliau menjadikan puteranya, Merong Mahapudisat, sebagai raja. Beliau pulang ke Rom, membiarkan anaknya memerintah. Nasibnya kemudian itu tidak diketahui, ada sebahagian mengatakan beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Rom. Puteranya memerintah Langkasuka, sehingga diwarisi oleh keturunannya, sehinggalah Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam dan menukarkan Kerajaan Langkasuka kepada Kesultanan Kedah. Baginda turut menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah.

Kemudian, penghormatan kepada raja Langkasuka diubah kepada Kesultanan Kedah. Nama 'Langkasuka' mempunyai dua bahagian; 'Langka' bermaksud 'tanah kebanggaan' dalam Sanskrit, manakala 'suka' bermaksud 'gembira' dan 'keriangan'.

Merong dan pewarisnya[sunting | sunting sumber]

Di bawah ini ialah senarai lapan orang pemerintah Langkasuka, Merong dan para pewarisnya, menurut Hikayat Merong Mahawangsa:

  • Raja Merong Mahawangsa: Pemerintah dari Rom yang kemudiannya menetap di Lembah Bujang dan mengasaskan Kerajaan Langkasuka. Baginda dikatakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Merong mempunyai tiga orang putera, Merong Mahapudisat, Ganjil Sarjuna, dan Seri Mahawangsa, dan seorang puteri, Raja Puteri, yang merupakan akan kedua bongsu dalam keluarga. Baginda kemudiannya digantikan oleh putera sulungnya, Merong Mahapudisat. Merong kemudiannya pulang ke Rom, meninggalkan puteranya memerintah Langkasuka.
  • Raja Merong Mahapudisat: Baginda menjadi pemerintah Langkasuka selepas ayahandanya, Merong Mahawangsa pulang ke Rom. Baginda ialah putera sulung. Legenda menyatakan bahawa beliau juga merupakan raja pertama Siam.
  • Raja Ganjil Sarjuna: Baginda menjadi raja selepas kemangkatan kakandanya. Baginda ialah putera kedua dalam keluarga. Baginda turut mengasaskan Kerajaan Gangga Negara.
  • Raja Puteri: Baginda menjadi pemerintah Langkasuka selepas kakandanya Ganjil Sarjuna mangkat. Baginda merupakan puteri bongsu dalam keluarga dan menjadi pemerintah pertama Pattani.
  • Raja Seri Mahawangsa: Baginda menjadi raja Langkasuka selepas kemangkatan kakandanya.
  • Seri Maha Inderawangsa: Baginda ialah putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Baginda juga digelar sebagai "Raja Bersiong" disebabkan tabiatnya suka minum darah manusia. Baginda adalah pengganti Seri Mahawangsa, tetapi disebabkan tabiatnya, para menteri tiada pilihan melainkan menentang baginda. Baginda lari ke Gunung Jerai, di mana baginda bersembunyi di sana dalam waktu yang lama dan kemudiannya mempunyai seorang putera bernama Phra Ong Mahapudisat. Puteranya, tanpa mengetahui susur galur keturunannya, tinggal di kampung bondanya sebelum dipanggil ke istana dan dibongkarkan identitinya.
  • King Phra Ong Mahapudisat: Selepas kemangkatan Seri Mahawangsa, Langkasuka memerlukan seorang pewaris dari darah raja. Phra Ong Mahapudist dimahkotakan selepas kemangkatan bapanya.
  • Sultan Mudzafar Shah, Phra Ong Mahawangsa: Baginda ialah satu-satunya putera Phra Ong Mahapudisat. Baginda asalnya beragama Hindu, tetapi apabila Islam datang ke Semenanjung Melayu, baginda memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Mudzafar Shah. Kerajaan Langkasuka juga ditukar nama kepada Kesultanan Kedah.

Dalam budaya masyhur[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]