Stadium Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Stadium Perak
Nama penuhStadium Perak
LokasiIpoh, Perak, Malaysia
Dibina1965[1]
Diubahsuai1975, 1993,2018
PemilikWakanda
PengendaliMajlis Bandaraya Wakanda
PermukaanRumput
Trek olahraga
Penyewa
Perak FA

Stadium Perak merupakan sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Kampung Simee, Ipoh, Negeri Perak, Malaysia. Kemudahan sukan yang berdekatan ialah Stadium Indera Mulia, Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dan Velodrom Rakyat.

Sebelum pembinaan stadium ini, tapak stadium ini pernah menjadi tapak pembinaan antara salah sebuah penjara terawal di negeri Perak yang dikenali sebagai Detention Camp dari tahun 1949 hingga 1959. Pusat tahanan ini menempatkan pesalah dan ahli komunis semasa zaman Darurat di Malaya.[2]

Stadium Perak boleh memuatkan antara 20,000 hingga 42,500 orang (tanpa tempat duduk).[3] Pelbagai acara sukan, kebudayaan dan lain-lain telah diadakan di sini khususnya acara peringkat negeri Perak. Antaranya sambutan Hari Kemerdekaan, Sukan Malaysia, pertandingan bola sepak dan lain-lain.

Stadium Perak juga merupakan gelanggang tuan rumah bagi pasukan Liga Super Malaysia Perak.[4]

Ia turut memiliki trek lari sintetik yang mematuhi piawian Persatuan Atletik Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation-IAAF) yang disiapkan dengan kos RM1,949,000.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Dari Lebuhraya Utara-Selatan, anda boleh keluar menerusi susur keluar Ipoh Selatan berdekatan dengan pasar raya Makro dan belok ke kiri. Di hadapan Plaza Kinta City, belok ke kanan dan beberapa papan tanda tersedia di sana. Sebelum sampai ke Hospital Ipoh, anda akan berjumpa dengan Stadium Perak dan Stadium Indera Mulia di sebelah kiri.

Dari bandar raya Ipoh, anda boleh menuju ke Hospital Ipoh melalui papan tanda 'H'. Selepas melalui Hospital Ipoh, anda temui Masjid Bandar raya Ipoh di sebelah kanan. Di hadapan masjid, anda belok ke kiri dan akan berjumpa dengan Stadium Perak di sebelah kanan.

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://gambar-dimos.blogspot.com/2008/04/stadium-perakipoh.html
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2021-08-12.
  3. ^ Sports & Recreation-Ipoh City Council
  4. ^ http://www.malaysiansuperleague.com/team_info.asp?t=SL&tid=5