Khentakawess III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Khentakawess III
Isteri raja, Bonda raja
Pemerintahancirca 2450 SM
PemakamanAbusir
PasanganNeferefre?
AnakandaMenkauhor Kaiu?
Nama Mesir
xnt
t
kA kA
kA
s

Ḫnt kȝw=s
DinastiDinasti Kelima
AgamaAgama Mesir Purba

Khentakawess III atau Khentkaus III ialah permaisuri Mesir purba yang hidup ketika zaman Dinasti Kelima. Baginda mungkin merupakan isteri kepada Firaun Neferefre dan bonda kepada Firaun Menkauhor Kaiu.[1][2]

Pada 5 Januari 2015, penemuan makam Khentakawess III oleh ahli arkeologi Czech telah diumumkan oleh phak berkuasa Mesir.[1] Sebelum ini, menurut Menteri Kepurbaan Mesir, Mamdouh Eldamaty, kewujudan Khentakawess III adalah tidak diketahui. Dua permaisuri Mesir yang lebih awal dengan nama yang sama telah dikenal pasti.[1][3]

Makam[sunting | sunting sumber]

Makam Khentakawess III telah digali di Abusir, di mana beberapa piramid dibina untuk para firaun Dinasti Kelima, termasuklah Neferefre.[3] Makam tersebut dijumpai berhampiran kompleks pengkebumian Neferefre oleh pasukan kaji purba Czech yang diketuai oleh Miroslav Bárta dari Universiti Charles, Prague dengan kerjasama pihak Mesir. Nama dan kedudukan Khentakawess telah tertulis pada dinding dalam makam, yang mungkin dibuat oleh pembina.[3] Timbulan yang ditemui mengenal pasti baginda sebagai "isteri raja" dan "bonda raja" yang membayangkan anakandanya telah menaiki takhta.[2] Patung–patung dan dua puluh empat perkakas batu kapur bersama–sama dengan empat alatan tembaga yang merupakan sebahagian daripada objek pengkebumian juga telah dijumpai di dalam makam.[2] Makam tersebut ditarikhkan pada pertengahan Dinasti Kelima.[3]

Ahli kaji purba yang membongkar makam itu percaya bahawa ia milik isteri Neferefre berdasarkan lokasinya yang berdekatan dengan kompleks pengkebumian Neferefre, dalam perkuburan kecil ke tenggara.[4][5]

Menteri Kepurbaan Mesir Mamdouh Eldamaty menyatakan:[6]

"Penemuan ini akan membantu kita memberi penerangan mengenai beberapa aspek–aspek Dinasti Kelima yang tidak diketahui, bersama–sama dengan Dinasti Keempat, yang menyaksikan pembinaan piramid pertama."

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Tomb of previously unknown pharaonic queen found in Egypt". The Express Tribune. 4 Januari 2015. Dicapai 4 Januari 2015. 
  2. ^ a b c "Tomb find reveals existence of new Egyptian queen". Fox News. 4 Januari 2015. Dicapai 4 Januari 2015. 
  3. ^ a b c d "Tomb of Fifth Dynasty queen found in Egypt" (dalam bahasa Inggeris). ABC Online. 4 Januari 2015. Dicapai 4 Januari 2015. 
  4. ^ "Tomb of ancient Egyptian queen uncovered by archaeologists". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 5 Januari 2015. 
  5. ^ "4500 years old tomb of unknown Ancient Egyptian Queen discovered". Luxor Times (dalam bahasa Inggeris). 4 Januari 2015. 
  6. ^ "BBC News - Queen Khentakawess III's tomb found in Egypt". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 5 Januari 2015.