King's Field (siri)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
King's Field
Genre Permainan video berperanan konsol
Pemaju From Software
Penerbit From Software
ASCII Entertainment
Agetec
SCEE
Metro 3D
Platfom PlayStation, PlayStation 2, PlayStation Portable, Windows, Telefon bimbit
Keluaran pertama King's Field / 16 Disember, 1994
Keluaran terkini King's Field IV / 4 Oktober, 2001

King's Field (キングスフィールド) merupakan sebuah siri permainan video berperanan konsol ciptaan From Software yang telah diterjemah ke bahasa bahasa Inggeris oleh ASCII Entertainment (kini dikenali sebagai Agetec). Siri ini terkenal dengan suasananya yang menyeramkan dan bermisteri di samping kawasan-kawasan sempit dan seakan-akan kurungan bawah tanah.[1] Judul-judul di bawah siri ini telahpun dikeluarkan untuk PlayStation, PlayStation 2, PlayStation Portable, Microsoft Windows dan beberapa pelantar telefon bimbit.[2]

King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation di Jepun pada 16 Disember, 1994, iaitu 13 hari selepas konsol PlayStation itu sendiri dijual di pasaran.[perlu rujukan] Rekaan judul ini dalam gaya 3D penuh dan perspektif orang pertama pada waktu itu dipuji dan selaras dengan itu telah menerima kritikan positif.[perlu rujukan] Dua buah judul King's Field kemudiannya telah dikeluarkan dalam jangka masa yang singkat: King's Field II dikeluarkan pada 21 Julai, 1995, dan King's Field III pada 21 Jun, 1996. King's Field IV dikeluarkan beberapa tahun kemudiannya untuk PlayStation 2 pada 4 Oktober, 2001. [3] Sebuah judul yang berkait rapat dengan siri King's Field telah dikeluarkan untuk PlayStation 3 iaitu Demon's Souls pada 5 Februari, 2009 di Jepun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kasavin, Greg (1995-12-31). "Berita Game Spot". Gamespot.com. Dicapai 2009-04-28. 
  2. ^ "Notis-notis Keluaran From Software". Fromsoftware.jp. Dicapai 2009-04-28. 
  3. ^ "Tarikh keluaran di GameFAQs". Gamefaqs.com. Dicapai 2009-04-28. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.