Kiwi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini ialah mengenai keluarga burung. Untuk buah-buahan, sila lihat buah kiwi. Untuk kegunaan lain, sila lihat Kiwi (nyahkekaburan).
Kiwi
Kiwi Perang Pulau Utara (Apteryx mantelli)
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Struthioniformes
Famili: Apterygidae
G.R. Gray, 1840
Genus: Apteryx
Shaw, 1813
Spesies

Apteryx haastii Kiwi Berbintik Besar
Apteryx owenii Kiwi Berbintik Kecil
Apteryx rowi Kiwi Perang Okarito
Apteryx australis Kiwi Perang Selatan
Apteryx mantelli Kiwi Perang Pulau Utara

The distribution of each species of kiwi
Sinonim

Stictapteryx Iredale & Mathews, 1926
Kiwi Verheyen, 1960

Kiwi ialah mana-mana spesies burung tidak boleh terbang daripada genus Apteryx (genus yang tunggal dalam keluarga Apterygidae). Dengan saiznya sekitar saiz ayam, kiwi ialah ratit terkecil yang masih hidup. Semua spesies burung kiwi tergolong dalam spesies terancam. Burung kiwi ialah burung endemik di New Zealand dan merupakan simbol negara tersebut.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Istilah Kiwi {kē'wē Pr: kee-wee] berasal daripada bahasa Maori (1825-35)[1] yang turut meujuk kepada panggilan burung itu.[2]

Penemuan dan pendokumenan[sunting | sunting sumber]

Spesimen burung kiwi pertama yang dikaji oleh orang Eropah merupakan kulit burung yang diberikan kepada George Shaw oleh Kapten Andrew Barclay di dalam kapal Providence pada sekitar tahun 1811. Kulit itu dilaporkan diberikan oleh seorang pemburu anjing laut di Pelabuhan Sydney. George Shaw memberikan nama saintifik kepada burung kiwi serta juga membuat lakaran tentang rupa Burung Kiwi yang hidup, sebagaimana dibayangkannya. Lakarannya muncul dalam plat 1057 dan 1058 di dalam The Naturalist's Miscellany, Jilid 24, pada tahun 1813.

Hubungannya dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Maori di New Zealand menganggap haiwan tersebut berada di bawah perlindungan dewa hutan mereka, Tane Mahuta. Bulu-bulu dari burung ini terutamanya digunakan untuk membuat kain mantel istimewa yang bernama kahu kiwi[3]. Kain sebegini masih dihasilkan pada zaman kini, namun kaum tersebut memperolehi bulu-bulu yang dikehendaki melalui cara lain yang berperikemanusiaan seperti daripada kiwi dalam kurungan, mahupun bangkai burung yang mati akibat kemalangan atau aktiviti pemangsa.[4]

Status haiwan ini sebagai burung kebangsaan New Zealand bermula sejak lewat kurun ke-19 apabila ia tertera pada lencana yang dipakai askar-askar dari negara tersebut. Penggunaannya mencapai populariti yang tinggi semasa Perang Dunia Pertama, di mana 'kiwi' menjadi panggilan untuk bukan sahaja rakyat New Zealand yang merantau tetapi juga mereka yang tinggal di negara pulau itu.[5]

Gambar burung kiwi dipaparkan atas pesawat-pesawat milik Tentera Udara New Zealand sebagai logo angkatan tersebut, serta duit syiling satu dolar New Zealand (yang juga dikenali dengan gelaran 'kiwi'[6]).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Bizarre and Beautiful Noses. Sante Fe, New Mexico: John Muir Publications, 1993.
  • Burbidge M.L., Colbourne R.M., Robertson H.A., and Baker A.J. (2003). Bukti molekul dan bukti biologi yang lain menyokong pengecaman sekurang-kurangnya tiga spesies Burung Kiwi Perang. Conservation Genetics, 4(2):167-177
  • Cooper, Alan et al (2001). Jujukan genom mitokondrion yang lengkap untuk dua moa yang pupus memberikan keterangan tentang evolusi ratit. Nature, 409: 704-707.
  • News In Science
  • NHNZ memiliki filem Kiwi a Natural History, filem dokumentari televisyen 60-minit yang diterbitkan pada tahun 1991.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]