Bahasa Maori

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Māori
Te Reo Māori
asli ke New Zealand
wilayah Polinesia
asli penutur 157,110 [1]  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
status rasmi
Bahasa rasmi di New Zealand
Dikawal oleh Māori Language Commission
kod bahasa
ISO 639-1 mi
ISO 639-2 mao (B)
mri (T)
ISO 639-3 mri

Bahasa Māori atau Te Reo Māori, juga biasanya diringkaskan kepada Te Reo (bermaksud bahasa) berfungsi sebagai bahasa rasmi New Zealand. Bahasa Maori ini merupakan bahasa yang digunakan oleh bangsa Maori, suku asli di New Zealand (dalam bahasa Māori sering disebut sebagai Aotearoa). Ia merupakan sebuah bahasa Polynesia Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Cook Islands Māori, Tuamotuan dan Tahitian. Namun begitu, bahasa ini kurang sama dengan Bahasa Hawaii dan Marquesan serta lebih jauh ke bahasa-bahasa Polynesia Barat termasuk Bahasa Samoa, Tokelau, Niuean dan Tongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejak kedatangan bangsa Māori ke New Zealand sebelum dijajah oleh Bangsa Inggeris, bahasa Māori adalah bahasa rasmi di wilayah tersebut. Bermula pada tahun 1860-an, bahasa Māori mula tergugat dengan adanya bahasa Inggeris yang dibawa oleh para pelayar dari Inggeris iaitu mubaligh, pelombong dan pedagang. Pada akhir abad ke-19, sistem pendidikan Inggeris mula diperkenalkan bagi seluruh penduduk New Zealand, dan pada tahun 1880-an penggunaan bahasa Māori di sekolah adalah dilarang. Oleh sebab demikian, semakin ramai orang Māori belajar bahasa Inggeris kerana telah menjadi kewajipan serta peluang yang diberikan untuk berbahasa Inggeris. Namun demikian, sehingga Perang Dunia II, masih ramai orang Māori masih menggunakan bahasa Māori sebagai bahasa ibunda mereka. Pada waktu itu, Bahasa Māori digunakan untuk kegiatan keagamaan di gereja, di rumah, untuk pertemuan-pertemuan politik serta akhbar yang menggunakan bahasa tersebut.

Pada tahun 1930an, anggota parlimen daripada kalangan bangsa Māori dipinggirkan kerana pada zaman itu semua pertemuan parlimen New Zealand hanya menggunakan bahasa Inggeris. Dalam linkungan ini, jumlah penutur bahasa Māori mula menurun secara drastik hingga pada tahun 1980an, kurang dari 20% daripada orang Māori boleh berbahasa Māori dengan fasih. Bahkan daripada jumlah tersebut, banyak yang tidak menggunakan bahasa Māori di rumah mereka lagi.

Bermula pada tahun 1980an, para pemimpin bangsa Māori mulai menyedari kehilangan bahasa mereka yang akan menjejaskan identiti kebudayaan bangsa Māori. Kebudayaan bangsa Māori yang mula pupus itu dipulihara dengan pelbagai jenis program, salah satu daripadanya ialah program “Menghidupkan Kembali bahasa Māori” . Selain itu, terdapat juga gerakan Kōhanga Reo yang mengajarkan bahasa Māori sejak kecil hingga ke alam persekolahan. Program ini kemudian ditambahakan dengan program Kura Kaupapa, iaitu sekolah rendah yang menggunakan bahasa perantaraan dalam bahasa Māori.

Klasifikasi[sunting | sunting sumber]

The major subgroups of East Polynesian

Bahasa Māori termasuk rumpun bahasa Polinesia. Ahli bahasa mengklasifikasikan bahasa ini ke dalam golongan bahasa Polinesia Timur, kumpulan kecil daripada bahasa-bahasa Tahiti, yang mencakupi bahasa Rarotonga yang digunakan di Kepulauan Cook dan bahasa Tahiti yang digunakan di Tahiti. Bahasa ini juga berkait rapat dengan bahasa Hawaii dan bahasa Rapa Nui yang digunakan di Pulau Paskah.

Walaupun bahasa-bahasa Polinesia ini berkait rapat, namun bahasa-bahasa ini bukan merupakan dialek dari satu bahasa yang sama tetapi merupakan bahasa yang berbeza. Bahasa-bahasa tersebut sudah terpisah dan berkembang sendiri-sendiri selama berabad-abad, mungkin terdapat sebilangan kecil kemungkinan penutur satu bahasa Polinesia dapat memahami bahasa Polinesia yang lain. Namun demikian, sejarah mencatatkan bahawa dalam perjalanannya ke New Zealand pada akhir abad ke-18, Kapten James Cook dapat berkomunikasi secara efektif dengan bangsa Māori menggunakan jurubahasa orang Tahiti.

Taburan geografi[sunting | sunting sumber]

Pada dasarnya, Bahasa Māori hanya digunakan di New Zealand. Penggunanya mencapai 100 000 orang iaitu hampir kesemuanya keturunan Māori. Orang yang hanya boleh berbahasa Māori kemungkinan hanya sedikit sekali jumlahnya. Tetapi, cukup banyak orang yang belajar bahasa Māori terlebih dahulu daripada bahasa Inggeris kerana bahasa Māori bertahan sebagai bahasa komunikasi di beberapa pemukiman terpencil di daerah Northland, Uruwera dan East Cape. Bahasa Māori dapat dikatakan berhenti menjadi bahasa yang hidup di masyarakat sejak zaman pasca perang, ketika terjadi urbanisasi besar-besaran populasi Māori ke kota-kota.

Struktur[sunting | sunting sumber]

Bunyi[sunting | sunting sumber]

Vokal[sunting | sunting sumber]

Front Central Back
Close i
i ī
u
u ū
Close-Mid e
e ē
o
o ō
Open a
a ā

Bagi orang awam: bahasa Māori memiliki lima vokal pendek mirip bahasa Melayu (a, e, i, o, u) dengan "e" talling seperti pada kata "semak" (bukan "e" yang sama seperti pada "ketam"). Selain itu, bahasa Māori memiliki lima vokal panjang seperti pada bahasa Itali dan Jepun. Bunyi vokal panjang ini pada masa kini umumnya dilambangkan dengan macron di atas vokal yang dipanjangkan (contoh: "a" menjadi "ā"). Semua vokal dapat digunakan berpasangan kecuali "uo". Bunyi vokal bahasa Māori umumnya amat sukar disebut bagi penutur bahasa Inggeris namun bagi penutur bahasa Indonesia/Melayu, kesukaran dihadapi mungkin untuk membezakan antara vokal pendek dan panjang.

Konsonan[sunting | sunting sumber]

Bilabial Alveolar Velar Glottal
Plosif p
p
t
t
k
k
Frikatif ɸ
wh
h
h
Nasal m
m
n
n
ŋ
ng
Tap ɾ
r
Separavokal w
w

Umumnya, penyebutan konsonan dalam bahasa Māori mirip dengan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, termasuk dalam pelafalan konsonan <ng>. Konsonan <wh> diucapkan secara bervariasi, namun umumnya disebut seperti bunyi "f" atau "h" yang lemah, dengan posisi bibir atas dan bawah saling bertemu (bilabial). Pada masa kini, banyak juga yang mengucapkannya seperti seperti huruf "f" saja (labiodental).

Suku kata[sunting | sunting sumber]

Suku kata dalam bahasa Māori memiliki bentuk V, VV, KV atau KVV. Dua bunyi konsonan tidak didapati berturutan (ng dan wh adalah masing-masing satu bunyi konsonan), dan tidak ada suku kata yang berakhir dengan konsonan. (Aturan ini diterapkan pada transliterasi nama-nama dari bahasa asing, seperti Perehipeteriana "Presbiterian". Semua kombinasi KV digunakan kecuali who, wo, wu dan whu yang hanya muncul pada beberapa kata serapan dari bahasa Inggeris seperti wuru "wol" dan whutoporo "bola sepak" (daripada perkataan football).

Kosa kata bahasa Māori amat terbatas; hampir semua kata-kata pendek (1-4 huruf) yang mungkin dibuat sudah memiliki maksudnya, sehingga pengucapan yang jelas sangat penting.

Dialek[sunting | sunting sumber]

Dialek dalam bahasa Māori tidak menghalangi kemampuan untuk saling mengerti penuturan masing-masing berdasarkan dialek-dialek tertentu. Ada pelbagai variasi dalam system penyebutan dan loghat, namun pada dasarnya bahasa Māori adalah satu bahasa yang sama di seluruh negeri.

Perbezaan penyebutan yang utama adalah:

  • suku-suku (iwi) di Wanganui dan Taranaki tidak menggunakan huruf h atau menggantinya dengan bunyi glottal stop; mereka juga mengganti bunyi wh dengan w saja
  • suku Tuhoe dan sebahagian orang di daerah Eastern Bay of Plenty menyebut ng sebagai n
  • di sebahagian daerah hujung utara P. Utara, menyebut wh lebih jelas daripada daerah lain
  • di daerah selatan P. Selatan, mengunakan bahasa Māori dialek Kāi Tahu

Sistem Penulisan[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, bahasa Māori tidak mempunyai system penulisan. Para mubaligh yang pertama kali mencuba menulis dalam bahasa ini menggunakan abjab -abjab Latin bermula pada tahun 1814. Pada tahun 1820, Profesor Samual Lee dari Universiti Cambridge bekerjasama dengan seorang ketua suku bernama Hongi Hika dan saudaranya Waikato, membuat sistem penulisan Māori secara sistematik. Usaha mereka menggunakan ejaan fonetik berhasil dengan berjayanya dan system penulisan Bahasa Māori tidak banyak berubah sejak saat itu. Perubahan kecil yang dibuat kemudian hanyalah membezakan tulisan untuk bunyi w dan wh serta penambahan macron di akhir abad ke-19. Para mubaligh melaporkan bahawa pada tahun 1820-an, orang Māori di seluruh pelusuk negera ini saling mengajarkan baca dan tulis antara satu sama lain dengan menggunakan peralatan sediaada seperti daun dan arang, pahatan kayu, dan kulit binatang apabila tidak mempunyai kertas.

Status Rasmi[sunting | sunting sumber]

Bahasa Māori memiliki status bahasa rasmi (bersama dengan bahasa Inggeris) di New Zealand. Kebanyakan struktur pemerintahan dan jabatan -jabatanya kini memiliki nama dalam bahasa Māori juga, seperti Te Tari Taiwhenua "Jabatan Dalam Negeri", Te Papa Atawhai "Jabatan Pemelihraan (Konservasi)". Pejabat pemerintah tempatan dan perpustakaan awam juga memasang tanda-tanda dalam dua bahasa. Pejabat Pos juga mengunakan nama tempat dalam bahasa Māori sebagai alamat surat. New Zealand juga mengeluarkan dana bagi memastikan pengajaran bahasa Māori dapat dipelajari sebagai mata pelajaran pilihan di semua sekolah negeri dan sejak bulan Mac 2004, sebuah program TV Māori diterbitkan. Pada masa kini, orang menganggap bahawa pelestarian bahasa adalah tanggungjawab pemerintah, sebagai sebahagian daripada interpretasi atas Perjanjian Waitangi. Usaha- usaha untuk menghidupkan bahasa Maori ini berhasil dengan perubahan yang dilakukan.

Bandar Bahasa Māori[sunting | sunting sumber]

Hari Bahasa Māori adalah sebuah program inisiatif dari kelompok aktivis Ngā Tamatoa di tahun 1970an. Gerakan ini kemudian berkembang menjadi Bandar Bahasa Māori yang kini diperingati setiap tahun pada minggu terakhir bulan Julai.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Banci New Zealand 2006

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Biggs, Bruce (1994). Does Maori have a closest relative? In Sutton (Ed.)(1994), pp. 96–-105.
  • Biggs, Bruce (1998). Let's Learn Maori. Auckland: Auckland University Press.
  • Clark, Ross (1994). Moriori and Maori: The Linguistic Evidence. In Sutton (Ed.)(1994), pp. 123–-135.
  • Harlow, Ray (1994). Maori Dialectology and the Settlement of New Zealand. In Sutton (Ed.)(1994), pp. 106–-122.
  • Sutton, Douglas G. (Ed.) (1994), The Origins of the First New Zealanders. Auckland: Auckland University Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Edisi Bahasa Maori dari Wikipedia, ensiklopedia bebas


Daftar_negara | Bahasa | Lagu kebangsaan

Afrikaans ~ العربيّة (Araby) ~ Armena ~ Aymara - Azeri - Bosanski ~ (Balgarski} ~ Bengali ~ Belarussian ~ Català ~ Česky ~ Corsu ~ Cymraeg ~ Dansk ~ Deutsch ~ Eesti ~ Ελληνικά (Ellinika) ~ English ~ Español ~ Esperanto ~ Euskara ~ Farsi ~ Français ~ Frysk ~ Gaeilge ~ Galego ~ Guaraní ~ Gujarati - हिन्दी (Hindi) ~ Hrvatski ~ עברית (Ivrit) ~ Indonesian (Bahasa Indonesia) ~ Interlingua ~ Italiano ~ (Kartuli ena) ~ Khmer - 한국어 (Hangukeo) ~ Ki'rgh'iz - Lao - Latinum ~ Latviešu ~ Lietuvių ~ Magyar ~ (Makedonska) ~ Malayalam ~ Maltin - Marathi - Mongolian - Nahuatl ~ Nederlands ~ 日本語 (Nihongo) ~ Norsk ~ Occitan ~ O'zbek - Punjabi - Plattdüütsch ~ (Poe-Skey) (Tibetan) - Polski ~ Português ~ Qazaq - Quechua - Româna ~ Русский (Russkij) ~ (Samskrta) Sanskrit - Shqiptare ~ Simple English ~ Slovenčina - Slovensko ~ Српски (Srpski) ~ Suomi ~ Svenska ~ Swahili ~ Tamil - Tajik - Tatarça - Thai ~ Türkçe ~ Turkmeni -(Ukrains'ka) ~ Urdu - Việt ~ Volapük ~ Xhosa - Zhuang - 中文 (Zhongwen) - Zulu