Kiwoom Heroes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kiwoom Heroes
키움 히어로즈
Fail:Kiwoom Heroes.png
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaKBO League (2008–kini)
LokasiSeoul
StadiumGocheok Sky Dome (2016–kini)
2008; 16 tahun yang lalu (2008)
Nama lama
  • Woori Heroes (2008)
  • Seoul Heroes (2008–2009)
  • Nexen Heroes (2010–2018)
Stadium lamaMokdong Baseball Stadium (2008–2015)
WarnaMerah tua dan kelabu
         
PemilikanSeoul Heroes, Co., LTD.[Note 1]
PengurusHong Won-ki
Laman sesawangwww.heroesbaseball.co.kr

Kiwoom Heroes (Hangul키움 히어로즈) ialah pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Seoul. Pasukan Heroes merupakan anggota KBO League dan beraksi di gelanggang mereka di Gocheok Sky Dome di Gocheok-dong, Seoul. Maskot Heroes ialah Teokdori (턱돌이; Mr. Jaw).

Pada tauhn 2014, skuad bagi Futures League telah menukarkan namanya kepada Hwaseong Heroes (화성 히어로즈).[1][2] Pada 2019, Hwaseong Heroes telah dinamakan semula sebagai Goyang Heroes (고양 히어로즈).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pasukan ini pada asalnya dikenali sebagai Sammi SuperStars dan sempat menukarkan namanya seketika kepada Chungbo Pintos dan Pacific Dolphins. Pasukan ini dinamakan semula kepada Hyundai Unicorns setelah dijual kepada Hyundai pada 1996 selepas berpindah dari Incheon ke Suwon. Pasukan Unicorns telah menjuarai Korean Series sebanyak empat kali (1998, 2000, 2003 dan 2004).

Pada Januari 2008, pasukan ini telah dibubarkan. Kemudian, Centennial Investments menubuhkan sebuah pasukan baru yang disebut Woori Heroes. Berbanding pasukan KBO League lain yang mengguna pakai nama tajaan pemilik, Heroes dimiliki oleh kelompok individu yang diketuai oleh Lee Chang-suk (pengasas). Semasa musim 2008, Woori Tobacco Company menuntut rundingan penajaan nama dengan menyatakan bahawa Heroes tidak membayar sepenuhnya yuran kepada KBO sekali gus memaksa pasukan ini untuk menjual kebanyakan pemainnya. Buat saki baki musim 2008 dan 2009, pasukan ini hanya mengguna pakai nama "Heroes".

Pada 8 Februari 2010, hak penamaan telah diperoleh Nexen Tire.

Pada 6 November 2018, Kiwoom Securities memperoleh hak nama terhadap pasukan ini.[3] Pasukan Kiwoom Heroes melayakkan diri ke Korean Series pada tahun sulungnya tetapi berakhir dengan kekalahan kepada Doosan Bears.[4]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pemilik syarikat ialah Seoul Heroes (dahulunya, Centennial Investment). Seoul Heroes merupakan nama lama kelab ini.

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 베이스볼 브레이크 ‘화성 히어로즈’…넥센 2군 신선한 파격 from Sports Dong-a.
  2. ^ 화성시 연고 넥센 2군 '화성 히어로즈', KT위즈와 홈 개막 경기 펼쳐 from Asia Today
  3. ^ "Baseball club signs main sponsorship deal with securities firm". Yonhap News Agency. 6 November 2018. Dicapai pada 6 November 2018.
  4. ^ "'6할 승률 3위+KS 스윕패' 잘했기에 더 아쉬운 키움의 2019시즌 [KS 현장]".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]