NC Dinos

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
NC Dinos
NC 다이노스
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaKBO League (2013–kini)
LokasiChangwon
StadiumChangwon NC Park (2019–kini)
2011; 13 tahun yang lalu (2011)
Kejuaraan liga2020
Kejuaraan Korean Series2020
Stadium lamaStadium Besbol Masan (2012–2018)
WarnaBiru dan emas
         
PemilikanNCSoft
PengurusKang In-kwon
Laman sesawangwww.ncdinos.com

NC Dinos (Korea: NC 다이노스) ialah pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Changwon. Pasukan ini merupakan anggota KBO League dan beraksi di gelanggang mereka di Changwon NC Park sejak tahun 2015. NC Dinos dimiliki oleh pereka permainan video, NCSoft Corporation.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2010, bandar-bandar Changwon, Masan dan Jinhae telah digabungkan ke dalam sebuah bandar iaitu Changwon. Hasil penggabungan itu telah menjadikan Changwon sebagai bandar kesebelas terbesar di Korea Selatan. Kemudian, Changwon fokus kepada projek untuk menubuhkan sebuah pasukan besbol di bandar tersebut. Pada 22 Disember 2010, syarikat permainan video NC Soft telah mengusulkan rancangan mereka untuk mengasaskan sebuah pasukan besbol yang kemudian akan dijadikan sebagai pasukan anggota Korea Baseball Organization (KBO).

Padam usim 2012, NC Dinos mengambil bahagian dalam Freedom Division di Korea Baseball Futures League. Pada 8 Mei 2012, KBO secara rasminya meluluskan kemasukan NC Dions ke KBO League bagi musim 2013.[1]

Pada 11 April 2013, pasukan NC Dinos telah memenangi perlawanan sulungnya dalam sejarah kelab mengatasi LG Twins.[2]

Sebagai pasukan baru pada 2013, Dinos telah dibenarkan untuk mengambil tiga orang pemain asing dalam pasukannya (kebiasaannya dua orang pemain). Pada tahun 2014, had pemain asing dinaikkan kepada empat pemain (semua pasukan lama hanya dihadkan kepada tiga orang pemain)[3] Pasukan Dinos telah membawa masuk pitcher Charlie Shirek, Eric Hacker, Thad Weber dan outfielder Eric Thames.[3]

Pada November 2020, Dinos telah meraih kejuaraan Korean Series sulung mereka dengan menewaskan Doosan Bears menerusi empat perlawanan.[4] Kejayaan ini mengikuti pencapaian pasukan pada aksi musim yang menduduki tempat pertama liga buat kali pertama dalam sejarah pasukan.[5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NC Dinos to enter first division," Korea JoongAng Daily (8 May 2012).
  2. ^ "7전8기… NC 감격의 창단 첫승". hankooki.com. Dicapai pada 14 April 2013.
  3. ^ a b "KBO clubs snatch up new foreign players following rule change," Yonhap News Agency (16 December 2013).
  4. ^ "NC Dinos claim Korean Series title with 4–2 win over Doosan Bears". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 24 November 2020. Dicapai pada 8 March 2022.
  5. ^ "NC Dinos clinch first KBO regular season title". koreajoongangdaily.joins.com (dalam bahasa Inggeris). 25 October 2020. Dicapai pada 8 March 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:NCsoft