Samsung Lions

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samsung Lions
삼성 라이온즈
Fail:Samsung Lions.svg
Logo pasukan Lencana topi
Maklumat
LigaKBO League (1982–kini)
LokasiDaegu
Stadium
1982; 42 tahun yang lalu (1982)
Kejuaraan liga2001, 2002, 2005, 2006, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015
Kejuaraan Korean Series1985, 2002, 2005, 2006, 2011, 2012, 2013, 2014
Stadium lamaStadium Besbol Daegu (1982–2015)
WarnaBiru, putih dan kelabu
              
Nombor tidak digunakan10, 22, 36
PemilikanCheil Worldwide
(subsidiari Samsung)
PengurusPark Jin-man
Laman sesawangwww.samsunglions.com
Seragam

Samsung Lions (Hangul삼성 라이온즈)[1] merupakan pasukan besbol profesional Korea Selatan yang berpusat di Daegu. Pasukan ini merupakan anggota KBO League dan telah ditubuhkan pada tahun 1982. Gelanggang pasukan ini ialah di Daegu Samsung Lions Park. Pasukan ini juga berjaya menjuarai Korean Series sebanyak lapan kali dan memperoleh naib juara sebanyak sepuluh kali. Pasukan Samsung Lions merupakan pasukan pertama yang meraih empat gelaran Korean Series berturut-turut (2011-2014) dan menjadi pasukan sulung yang meraih gelaran liga buat aksi musim selama lima tahun berturut-turut (2011–2015).

Nombor tidak digunakan[sunting | sunting sumber]

Nombor pertama yang tidak digunakan oleh pasukan Samsung Lions ialah nombor 22 sebagai tanda mengenang pemain Lee Man-soo, yang beraksi bersama pasukan dari tahun 1982 sehingga 1997 sebelum menjadi jurulatih di Chicago White Sox di MLB dan pasukan SK Wyverns. Lee merupakan pemenang Anugerah Sarung Tangan Emas KBO League sebanyak lima kali bersama Lions di samping meraih MVP KBO League pada 1983[2] dan memukul Triple Crown pada 1984. Nombor seterusnya yang tidak digunakan ialah nombor 10 sebagai mengenang pemain kidal Yang Joon-hyuk, yang beraksi bersama pasukan dari 1993 sehingga 1998 dan dari 2002 sehingga tahun 2010.[3] Yang telah mendahului liga dari statistik pukulan sebanyak empat kali dan memegang enam rekod pukulan karier (termasuk pada satu masa memegang rekod home run iaitu 351 pukulan dan kini ia dipintas oleh Lee Seung-yeop).[2] Nombor selanjutnya pula ialah nombor 36 untuk menghargai Lee Seung-yeop, yang menghabiskan 15 musim bersama kelab dan menjadi pemain memiliki home run terbanyak KBO League buat sepanjang zaman iaitu dengan 467 pukulan.[4] Lee turut memegang rekod KBO buat jumlah larian diperoleh, RBI, jumlah tapak, peratus slugging dan OPS.


Yang Joon-hyuk
RF, DH

Lee Man-soo
C

Lee Seung-yuop
IF

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 삼성라이온즈 (dalam bahasa Korea). Samsung Lions official website. Dicapai pada 23 March 2012.
  2. ^ a b 레전드 [History -> Legends] (dalam bahasa Korea). Samsung Lions. Dicapai pada 13 November 2016.
  3. ^ name="retirednumber"
  4. ^ "Legendary slugger homers twice in final game". Yonhap News Agency. 3 October 2017. Dicapai pada 3 October 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]