Koir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi makna lain, lihat Korus.
Kumpulan Koral Melbourne

Paduan suara, koir[nota 1] atau juga kor[nota 2] merujuk kepada suatu penghimpunan penyanyi vokal mahupun muzik membentuk suatu ensembel yang menyanyi dengan suara yang seiring dan harmoni; pemaduan sebegini lazim terdiri daripada beberapa bahagian nyanyian (Bahasa Inggeris: part, Bahasa Jerman: Stimme).

Dalam pengertian ini, paduan suara juga mencakup kelompok vokal (vocal group), walaupun kadang kedua-du istilah ini saling dibedakan.

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa ungkapan yang lazim dalam pembincangan teliti mengenai gaya nyanyian sebegini yang kadangkalanya sering bertindih makna:

  • Choir ("Koir") adalah sebuah himpunan para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai tanpa melibatkan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain. "Koir" sering dirujukkan kepada kumpulan yang terlibat dalam kegiatan di gereja atau sekolah.
  • Chorus ("Korus") - kerap digunakan dalam konteks seni pementasan termasuk opera atau teater muzikal yakni merujuk kepada kumpulan penyanyi-penyanyi (dan juga penari-penari) yang menjadi penyanyi latar sesuatu persembahan.
  • Chorale (dengan pelat pada suku kata kedua): merujuk kepada lagu atau irama yang ditujukan untuk kegiatan keagamaan (misalnya dalam gita puja) terutamanya dalam kalangan mazhab gereja Protestan, serta gaya dan karya nyanyian yang menyerupai benda sedemikian - misalnya karya "koral" yang digubah Johann Sebastian Bach".[3]

Susunan atau struktur nyanyian[sunting | sunting sumber]

Posisi penyanyi koir di atas pentas

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih dikenali sebagai konduktor muzik (sama seperti orkestra).

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan lapan.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. Nyanyikan tanpa iringan alat-alat muzik dipanggil sebagai a cappella yang diambil dari bahasa Itali yang bermaksud "Nyanyian cara gereja".

Kategori mengikut lingkungan suara[sunting | sunting sumber]

Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

  • Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagai SATB. Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan ialah SSAATTBB, manakala SATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suara bariton digunakan, istilah pendek yang digunakan adalah SATBarB.
  • Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran namun “S” merujuk kepada soprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir katedral British.
  • Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan singkatan SSAA atau SSA
  • Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Kategori mengikut fungsi[sunting | sunting sumber]

Nyanyian sebegini juga dapat dikategorikan menurut jenis atau genre karya yang dibawakannya, misalnya: jmpl|Wiener Sängerknaben,

  • Paduan suara simfonik
  • Paduan suara opera
  • Paduan suara lagu keagamaan (musica sacra)
  • Paduan suara lagu popular
  • Paduan suara jazz
  • Paduan suara lagu rakyat
  • Paduan suara pertunjukan (show choir), yang anggota-anggotanya menyanyi dan menari dalam penampilan yang seringkali menyerupai pertunjukan musical.

Selain itu, paduan suara dapat dikategorikan menurut lembaga tempat paduan suara tersebut berada, misalnya:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Portal:Koir Portal Muzik klasikal
Portal:Koir Portal Opera

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ padanan lazim di Malaysia[1] pinjaman Bahasa Inggeris: choir
  2. ^ padanan lazim di Indonesia[2] pinjaman Bahasa Belanda: koor

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'koir' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 16 November 2019. 
  2. ^ "Ati kata 'kor'". Kamus Besar Bahasa Indonesia Dalam Jaringan. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai 16 November 2019. 
  3. ^ Perbezaan Choral (Koral) dan Chorale

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wiktionary-logo-en.png
Rujuk chorus, chorale, choir dalam Wiktionary, untuk maklumat kamus percuma.