Alto
Lingkungan Suara |
Suara Wanita
Suara Lelaki
Kaitan |
Di dalam definasi muzik, seorang alto atau kontralto ialah penyanyi dalam lingkungan suara di antara suara tenor dan mezzo-soprano. Istilah ini biasanya dirujukkan kepada suara wanita terendah dalam nada nyanyian atau suara nyanyian lelaki yang menggunakan teknik pemalsuan suara (falseto) yang juga dikenali sebagai penyanyi kauntertenor. Nota penyanyi alto kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Di dalam suara terendah dalam lingkungan suara mereka, suara penyanyi alto lelaki adalah hampir sama dengan suara penyanyi tenor.
Sesetengah penyanyi alto mempunyai lingkungan yang lebih besar iaitu dari C di bawah C tengah hingga ke C dua oktaf atas (C3-C6 jika C tengah ialah C4), tetapi seperti penyanyi-penyanyi lain, jenis suara alto dikenal pasti melalui "vokal tengah" dan bukan dari lingkungan mereka. Sebagai contoh, seorang soprano, boleh menyanyikan nada yang lebih rendah dari penyanyi alto tetapi tidak akan merasa selesa menyanyikan nada sebegitu. Dalam kumpulan 4 penyanyi koral harmoni (koir), suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”.
Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau instrumen muzik atau klef.
Walau bagaimanpun, di awal era nyanyian koir, penyanyi alto lelaki dewasa juga dipanggil sebagai kauntertenor. Jikalau penyanyi alto tersebut adalah lelaki yang juga seorang tenor semulajadi tetapi memilih untuk membuat falseto, mereka akan digelar sebagai seorang kauntertenor; manakala jikalau penyanyi lelaki itu adalah penyanyi bersuara “alto” sejati (menerusi berat suara yang berkemampuan dinamik), mereka adalah penyanyi bariton atau bes. Penyanyi kontralto adalah amat jarang dalam opera memandangkan tidak banyak kerja gubahan yang ditulis untuk suara ini.
Kategori suara (fächer) penyanyi alto/kontralto
[sunting | sunting sumber]Secara teknikalnya, "alto" ialah dari kategori yang berbeza dalam muzik koral (koir) di mana suara ini hanya merujuk sebagai salah satu dari lingkungan suara penyanyi.
Namun, dalam nyanyian opera, kategori "alto" yang biasanya merujuk kepada penyanyi wanita yang mempunyai tessitura (corak suara) yang amat rendah, dimasukkan dalam kategori mezzo-soprano. Ini adalah kerana kedua-dua jenis suara tersebut mampu mengimbangi suara bersama dalam nyanyian. Peranan ataupun penyanyi-penyanyi untuk fach ini adalah kecil dan "kontralto" sejati opera juga amatlah jarang didapati. Kebanyakan peranan ini dinyanyikan oleh penyanyi mezzo-soprano.
Peranan alto/kontralto dalam opera
[sunting | sunting sumber]Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard |
Berikut adalah senarai penyanyi alto/kontralto untuk peranan dalam repertoir piawaian opera:-
- Arsace, Semiramide (Rossini)
- Azucena, Il trovatore (Verdi)
- La Cieca, La Gioconda (Ponchielli)
- Erda, Das Rheingold, Siegfried (Wagner)
- Maddalena, Rigoletto (Verdi)
- Mary, Der fliegende Holländer (Wagner)
- Mrs. Quickly, Falstaff (Verdi)
- Olga, Eugene Onegin (Tchaikovsky)
- Orfeo, Orfeo ed Euridice (Gluck) – Perempuan berperanan lelaki (breeches role)
- Pauline, The Queen of Spades (Tchaichovsky)
- Ulrica, Un ballo in maschera (Verdi)
Peranan alto/kontralto dalam opereta dan teater muzikal
[sunting | sunting sumber]Kebanyakan opereta (opera berskala kecil) dan teater muzikal mempunyai peranan – peranan penting untuk penyanyi alto/kontralto. Dalam setiap gubahan penggubah Gilbert dan Sullivan, adalah menjadi seperti kemestian untuk mereka menulis satu peranan wanita alto/kontralto yang matang atau bersikap pendorong dari keluarga bangsawan. Penyanyi – penyanyi seperti Rosina Brandram dan Bertha Lewis adalah antara yang paling terkenal untuk peranan-peranan ini.
Peranan atau suara alto/kontralto terletak di bawah suara mezzo-soprano dan soubret. Di antara penyanyi-penyanyi yang tergolong dalam fächer ini adalah:-
- Abigail Adams (1776)
- Betty Blake (Follies)
- The Baker's Wife (Into the Woods) (Boleh juga dilakonkan oleh mezzo atau soprano)
- Dorothy Brock (42nd Street)
- Eulalie Shinn (The Music Man)
- Fraulein Schneider (Cabaret)
- Gary Coleman (Avenue Q)
- Gavroche (Les Miserables)
- Jenny Diver (The Threepenny Opera)
- Sonia -"Turn Back O' Man" (Godspell)
- Lola (Damn Yankees)
- Lucy the Slut (Avenue Q)
- Mama Rose (Gypsy: A Musical Fable)
- Madame Ernestine von Liebedich (Little Mary Sunshine)
- Matron "Mama" Morton (Chicago)
- Mother (Ragtime)
- Mrs. Lovett (Sweeney Todd)
- Reno Sweeney (Anything Goes)
- Ursula (The Little Mermaid (filem 1989))
Penyanyi alto/kontralto ternama
[sunting | sunting sumber]Muzik klasikal
[sunting | sunting sumber]
|
Muzik kontemporari dan salingan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan Wikipedia Bahasa Inggeris
[sunting | sunting sumber](Untuk pemahaman lanjut)
- (Inggeris) Senarai penyanyi kontralto dan alto
- (Inggeris) Sopranis
- (Inggeris) Soprano kanak-kanak lelaki
- (Inggeris) Soprano berperanan lelaki (Breeches role / trouser role)
- (Inggeris) Koloratura
- (Inggeris) Tessitura
- (Inggeris) Berat suara
- (Inggeris) Fach atau Facher
- (Inggeris) Muzik koral atau koir
- (Inggeris) Bel kanto
- (Inggeris) Spinto
- (Inggeris) Peranan Wira
- (Inggeris) Passaggio
- (Inggeris) Timbre
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ http://www.ticketmaster.com/artist/734496?brand=none
- ^ Martin, Bill (2002). Pro Secrets Of Heavy Rock Singing. Sanctuary Publishing. m/s. Page 9. ISBN 1-86074-437-0.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ http://query.nytimes.com/gst/fullpage.html?res=9B03EFDB143BF93BA3575BC0A967948260
- ^ [1]
- ^ Stevie
- ^ "Presley". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ [2]
- ^ [3]
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Koleksi skor domain awam university Indiana
- Projek perpustakaan skor muzik antarabangsa
- Koleksi skor muzik university Harvard Diarkibkan 2008-09-04 di Wayback Machine
- Koleksi libreto dan terjemahan Diarkibkan 2006-11-14 di Wayback Machine
- Koleksi libreto Karadar Diarkibkan 2008-12-27 di Wayback Machine
- Koleksi libreto university Stanford
- Libreto penggubah Verdi[pautan mati kekal]
- Libreto penggubah Wagner
- Pengkalan data Aria