Kole

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kole ialah sebuah kerajaan Melayu purba terletak di Muar Johor yang telah lenyap. Kole mengikut sumber sejarah lisan dengan orang asal atau orang asli Muar (sakai laut/orang selat/seletar dan sakai darat/orang jakun) bererti kuala. Kuala ialah sebuah kerajaan besar Melayu di zaman orang asal terletak di Muar. Ia juga dikenali sebagai Kouli, Koli,Kole, Cole dan Kula atau Kule mengikut loghat atau dialek lidah orang asing yang mengenalinya. Kuala adalah sempena nama mulut atau hilir sungai yang besar. Setelah kerajaan Kole tumbang, Kole dikenali sebagai Teluk Dalam kerana kuala amat besar seperti teluk dan selamat kepada kapal-kapal yang berlindung daripada topan dan ribut yang sering berlaku di laut selat Melaka.

Teluk Dalam juga mempunyai kerajaan dan tercatat dalam Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Malim Buana. Mereka ialah putera-putera raja tiga beradik Kerajaan Teluk Dalam .Teluk Dalam kemudian bertukar menjadi Muar sebelum kemunculan zaman kerajaan Majapahit. Kemudian menjadi sebuah negara yang pernah dikalahkan dan dijajah oleh kerajaan Majapahit.Nama Muar kekal sehingga ke hari ini.

Dalam sastera rakyat orang selat atau Seletar ada menyebut jin panjang (orangnya tinggi-tingi) atau dewa mata biru datang dan tinggal di tempat yang dinamakan mereka Gemir, Gome atau Gemih. Mereka datang menyembah batu mas (emas) yang terdapat di Gunung Ledang. Perkataan Gemih dan Gome menjadi perkataan Melayu yang berasal daripada lidah orang asing menyebut kole atau kuala. Gemih atau Gemir akhirnya merujuk sebagai tempat tinggal orang asing atau jin laut yang tinggal di situ. 

Gome daripada Kole menjadi Gemih menunjukan tempat di timur jauh terletaknya sebuah gunung emas (gunung Ledang) menjadi perkataan orang mata biru itu. Orang sakai menyangka mereka itu adalah jin atau dewa yang datang atau keluar dari laut. Gemih di kaki Gunung Ledang pada hari adalah sebuah kampung yang masih kurang dengan kemudahan insfraktruktur kerana orang Melayu dan Orang Asal percaya tempat itu yang juga bekas kawasan perlombongan emas zaman dahulu adalah berpuaka.Kole dan Gemih terletak dalam daerah Muar pada hari ini. Baru-baru ini Gemih yang terletak di Gunung Ledang telah diletakkan dalam daerah Ledang apabila Ledang dijadikan sebagai sebuah daerah dalam negeri Johor.