Pergi ke kandungan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau
MotoBuilding Talent, Generating Future
Lokasi, ,
5°19′53″N 100°13′03″E / 5.331443°N 100.217418°E / 5.331443; 100.217418
Laman sesawangbalikpulau.kktm.edu.my

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) merupakan Institut Pendidikan MARA yang ke-14 dibuka di Malaysia. Kolej ini menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Pembuatan. KKTMBP memulakan operasinya pada bulan Oktober 2004 dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama sebagai perintis, seramai 118 orang pada  bulan Januari 2005. Pada awalnya, KKTMBP beroperasi di kampus sementara yang terletak di Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang sebelum berpindah ke kampus tetap yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang pada bulan Januari 2006. Kini, KKTMBP beroperasi dengan kapasiti 58 tenaga pengajar teknikal dan bukan teknikal, serta 30 orang staf sokongan (sehingga Oktober 2018). Melalui pembangunan kurikulum pendidikan yang komprehensif dan relevan dengan teknologi semasa, KKTMBP sentiasa komited dalam memenuhi agenda MARA dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan dan keusahawanan dalam memenuhi pasaran tenaga kerja secara global.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) adalah merupakan Institusi Pengajian MARA (IPMa) milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Lokasi KKTMBP terletak 35 km dari pusat bandar Georgetown dan dihubungkan oleh sistem pengangkutan yang baik. Lokasi KKTMBP yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian Bayan Lepas menjadikannya sebagai pemangkin kepada pendidikan kemahiran Bumiputera di Pulau Pinang menerusi lima program teras dalam bidang teknologi kejuruteraan pembuatan. Kewujudan KKTM Balik Pulau di dalam segitiga Pendidikan di Zon Barat Daya daerah Balik Pulau yang melibatkan MRSM Balik Pulau, Giat MARA Balik Pulau dan Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau. Majlis pecah tanah dan perletakan batu asas KKTM Balik Pulau telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu) pada 15 Julai 2000. Fasa pertama pembinaan KKTMBP bermula pada 28 September 2000 sehingga 19 Jun 2002.. Manakala fasa kedua pembinaan bermula pada 29 November 2004 hingga 19 Mei 2005. Dengan keluasan 15,400 meter persegi, meliputi bangunan pentadbiran yang menempatkan dewan kuliah, bilik pameran, perpustakaan, pejabat pentadbiran, pusat maklumat dan cafeteria. Kolej ini turut dilengkapi dengan dewan serbaguna, bangunan akademik yang menempatkan bilik pengajar, bilik kuliah dan makmal. Bengkel, pusat pelajar, asrama pelajar siswa dan siswi, dan rumah kakitangan dan surau turut dibina dengan kemudahan asas yang sempurna. KKTMBP telah dirasmikan pada 12 Ogos 2007 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi.

"Menjadi organisasi amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat bangsa"

"Membentuk modal insan TVET yang holistik dan berteraskan nilai-nilai keusahawanan"

  • Menjadi Institusi Pendidikan Tinggi TVET MARA yang unggul berteraskan industry dan teknousahawanan.
  • Membentuk modal insan TVET yang holistik dan seimbang berteraskan R.I.S.E (Religious, Innovative, Skills and Entrepreneurship).
  • Pemangkin dalam revolusi teknologi industri bagi meningkatkan daya saing.
  • Membentuk tadbir urus korporat TVET MARA yang mampan dan dinamik.
  • Menjadi institusi pendidikan TVET yang di iktiraf di peringkat antarabangsa.

"BUILDING TALENT, GENERATING FUTURE"

Program Pengajian

[sunting | sunting sumber]

"Matlamat program adalah menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan teknikal dan skil praktik serta mempunyai keupayaan untuk mengaplikasikannya sesuai dengan industri tertentu di samping berpotensi menjadi usahawan dalam bidang teknikal"

Matlamat Program

[sunting | sunting sumber]

KKTM Balik Pulau menawarkan 5 program peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Teknologi Pembuatan secara sepenuh masa selama 3 tahun.

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Produk)
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
  • Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Acuan Tekan)

Pelaksanaan setiap program pengajian adalah berpandukan kepada kuliah, tutorial, praktikal dan latihan industri dengan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Semua program yang ditawarkan ini telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 9 September 2009 dan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 27 April 2005.

KOD PROGRAM NAMA PROGRAM NEC FIELD (National Education Code)
MQA/FA7920 Diploma in Industrial Mechatronic Engineering Technology 523 (Electronics and Automation)
MQA/FA7917 Diploma in Manufacturing Engineering Technology 521 (Mechanics and Metal Work)
MQA/FA7918 Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Plastic Injection Mould) 521 (Mechanics and Metal Work)
MQA/FA7919 Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Product Design) 521 (Mechanics and Metal Work)
MQA/FA7921 Diploma in Manufacturing Engineering Technology (Stamping Die) 521 (Mechanics and Metal Work)

Pada tahun 2016, KKTMBP turut menjalankan program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan kod program DGN, iaitu satu program kerjasama dengan Institut Kemahiran MARA (IKM) Tsya, Pekan, Pahang. KKTMBP turut menawarkan peluang kepada lepasan graduan IKM yang lain yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3 untuk menyambung pengajian ke SKM tahap 4 (Diploma) dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Pembuatan di KKTMBP dengan kod program DGG. Selain itu, setiap pelajar yang bergraduat daripada KKTMBP juga akan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 yang melalui pengiktirafan yang diperolehi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Malaysia.

KOD PROGRAM NAMA PROGRAM KOD PENTAULIAHAN TARIKH PENTAULIAHAN
DAN Operasi Pemesinan MC – 050 – 2 : 2012 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021
Pembuatan Acuan Suntikan Plastik MC – 030 – 3 : 2015
Pembuatan Acuan Suntikan Plastik MC – 030 – 4 : 2014
DRP Rekabentuk & Pembangunan Produk Industri MC – 040 – 3 : 2013 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021
Rekabentuk & Pembangunan Produk Industri MC – 040 – 4 : 2013
DPT Operasi Permesinan MC – 050 – 2 : 2012 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021
Pembuatan Logam Penekanan Dai MC – 031 – 2 : 2015
Teknologi Pembuatan Logam Penekanan Dai MC – 031 – 4 : 2013
DPN & DGN Operasi Pemesinan MC – 050 – 2 : 2012 1 Julai 2018 – 30 Jun 2021
Operasi Pemesinan MC – 050 – 3 : 2015
Koordinasi Pembuatan (CAD/CAM) MC – 050 – 4 : 2012
DMK Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri MC – 091 – 2 : 2016 1 Januari 2019 – 31 Disember 2021
Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Insdustri MC – 091 – 3 : 2016
Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri MC – 091 – 4 : 2016

Syarat Kemasukan

[sunting | sunting sumber]

Untuk mengikuti program di KKTM Balik Pulau, setiap calon perlu mempunyai syarat minimum kemasukan seperti berikut:

Kelayakan umum

[sunting | sunting sumber]
  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur 18 – 40 tahun

Lulusan SPM / SPMV atau setara

  • Kepujian Bahasa Melayu
  • Kepujian Matematik
  • Kepujian 1 subjek Sains atau Teknikal
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus Sejarah (Bagi SPM 2013 dan seterusnya)

atau Lulusan Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM

  • Kepujian Bahasa Melayu diperingkat SPM
  • CGPA ≥ 2.00

atau Lulusan Institusi Kemahiran Lain

  • Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3

Cara memohon

[sunting | sunting sumber]

Pengambilan pelajar ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau (KKTMBP) dilakukan sebanyak dua kali setahun, iaitu pada sesi Januari dan Julai setiap tahun. Permohonan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  1. SPUPIM Online (Percuma) : http://apponline.mara.gov.my/spupim/
  2. UPU Online(Lepasan SPM dan IKM/ILKA). **perlu membeli no. pin unik id UPU http://upu.mohe.gov.my/web/ Diarkibkan 2020-11-08 di Wayback Machine
  3. Laman Web e-Kemahiran (Percuma) www.ekemahiran.edu.my atau
  4. Hadir sendiri ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau, Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang. https://goo.gl/maps/bhW4r6twwy32

Piagam Pelanggan

[sunting | sunting sumber]

Kepada Pelajar

[sunting | sunting sumber]
  • Tempoh pendaftaran pelajar tidak melebihi dua jam bagi setiap pelajar pada hari pendaftaran.
  • Setiap pelajar akan menerima semua kemudahan yang terdapat di KKTMBP sebaik sahaja diterima masuk menjalani latihan di KKTMBP.
  • Proses pembayaran elaun tidak melebihi 3 bulan dari tarikh pendaftaran.
  • Semua pelajar akan dilatih oleh pensyarah yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran tinggi.
  • Kandungan silibus dan alatan pembelajaran/latihan adaalh selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
  • Pembelajaran/penilaian akan dijalankan secara adil dan profesional.
  • Firma yang diiktiraf sahaja dipilih untuk tujuan Latihan Industri (On Job Training).
  • Keputusan peperiksaan akan diumumkan 1 bulan selepas tarikh akhir peperiksaan setiap semester.
  • Diploma akan dikeluarkan kepada pelajar yang berketrampilan setelah tamat 2 tahun pengajian.

Kepada Ibu/Bapa

[sunting | sunting sumber]
  • Laporan tindakan disiplin pelajar akan dimaklumkan 24 jam selepas hukuman dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tindakan Tatatertib KKTMBP.
  • Keselamatan pelajar akan dipastikan terjamin semasa berada di KKTMBP.

Kepada Pembekal

[sunting | sunting sumber]

Pesanan Kerajaan (LO) peringkat KKTMBP akan dikeluarkan:-

  • Dua minggu selepas sebutharga ditutup bagi pembelian kurang daripada RM20,000.00.
  • Tiga minggu selepas sebutharga ditutup bagi pembelian di antara RM20,000.00 dan RM49,000.00.
  • Dua bulan selepas sebutharga ditutup bagi pembelian melebihi daripada RM50,000.00.
  • Pembayaran akan dibuat dalam masa tiga minggu selepas barangan/perkhidmatan diterima/diselesaikan dengan sempurna.

Kepada Industri

[sunting | sunting sumber]
  • Akan menyumbangkan sumber tenaga separa profesional yang berkualiti, berdisiplin dan patriotik.
  • Akan menyediakan latihan yang relevan kepada keperluan industri.
  • Akan menyediakan tenaga kerja yang berilmu pengetahuan dan berketrampilan serta mempunyai budaya kerja yang baik setanding dengan diploma yang mereka pegang.

Pejabat Pengarah

[sunting | sunting sumber]

Pejabat Pengarah KKTM Balik Pulau diterajui oleh seorang Pengarah yang dilantik daripada Kumpulan Pengurusan dan Professional. Beliau dibantu oleh TP KP & HEP dan TP HEA dalam aspek pengurusan, dan juga seorang Setiausaha Pejabat.

Bahagian-Bahagian

[sunting | sunting sumber]

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar

[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini secara amnya berfungsi untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran kolej dan juga hal ehwal kebajikan pelajar.

Bahagian Hal Ehwal Akademik

[sunting | sunting sumber]

Bahagian ini menguruskan hal ehwal akademik pelajar yang dibahagikan mengikut program pengajian yang ditawarkan di kolej ini.

Majlis Perwakilan Pelajar

[sunting | sunting sumber]

Majlis perwakilan pelajar (MPP) berperanan dalam mewakili suara dan pandangan para pelajar kepada pihak pengurusan KKTM Balik Pulau. MPP juga berfungsi untuk membantu dalam menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang kemahiran, akademik, sukan dan sahsiah pelajar. Pemilihan ahli MPP adalah berdasarkan kepada undian melalui undian majoriti yang laksanakan oleh setiap pelajar di KKTM Balik Pulau selepas proses penamaan calon, samada melalui pencalonan sendiri atau wakil. Struktur MPP ini terdiri daripada seorang Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan dibantu oleh beberapa orang Exco yang dilantik.

  • Presiden
  • Timbalan Presiden
  • Setiausaha
  • Exco Program dan Protokol
  • Exco Kebajikan dan Sosial
  • Exco Sukan dan Rekreasi
  • Exco Kerohanian
  • Exco Penerbitan dan Multimedia
  • Exco Disiplin dan Keselamatan
  • Exco Keusahawanan

Hubungi Kami

[sunting | sunting sumber]

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Balik Pulau
Genting, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
No. Telefon : 04 – 866 5805 / 04 – 866 3670 (Hot Line)
No. Faks : 04 – 866 5741
Website : http://balikpulau.kktm.edu.my/ Diarkibkan 2018-03-26 di Wayback Machine
Facebook : https://www.facebook.com/kktmbp
Twitter : https://twitter.com/kktmbp
Instagram : https://www.instagram.com/kktmbp