Kolej Raffles (Singapura)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kolej Raffles
Raffles College
Logo Kolej Raffles Singapura 1928.jpg
JenisKolej Awam
Ditubuhkan pada22 Julai 1929
Pembiayaan$2,391,040
PengetuaRichard Olaf Winstedt (Pengetua Pertama), W.E. Dyer (Pengetua terakhir)
LokasiSingapura, Singapura, Singapura
PenggabunganBergabung dengan Kolej Perubatan King Edward VII dan membentuk Universiti Malaya pada tahun 1949.

Penubuhan Kolej Raffles Singapura adalah merupakan hasil cetusan idea gabenor Singapura Sir Stamford Raffles dan Dr Robert Morison. Kolej Raffles Singapura telah ditubuhkan antara tahun 1928 - 22 Julai 1929 , merupakan pusat pengajian tinggi tertiari, yang juga merupakan induk asal atau kolej perintis kepada penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Singapura di Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Evolusi penubuhan Universiti Malaya.

Sir Stamford, yang merupakan bapa penubuhan Singapura, mempunyai teras bahasa Melayu dan adat resam masyarakat Melayu yang memberangsangkan. Manakala Dr Morison terkenal sebagai aktivis misinori kependetaannya. Kedua-duanya berminat untuk menubuhkan pusat pendidikan khusus bagi menelaah ekstradisi pengajian Melayu dan kebudayaan Cina sehingga ke peringkat tertiari.[1]

Pada tanggal 5 Jun 1823, suatu tapak telah dirizabkan khusus untuk penubuhan institusi pendidikan dan batu asas pembinaan telah disempurnakan oleh Sir Stamford. Namun tidak lama kemudian, Raffles telah berpindah ke England dan Morrison berpindah ke China, maka pembinaan institusi itu tidak terjadi. Namun begitu, bangunan tersebut yang telah siap dibina ditukar menjadi Sekolah aliran Inggeris yang dinamakan Raffles Institution pada tahun 1868, dan ianya masih wujud sehingga ke hari ini di Singapura sebagai sebuah sekolah menengah aliran Inggeris berprestij tinggi.[2]

Pada tahun 1918, Sir William George Maxwell, Setiausaha Kolonial Negeri-Negeri Selat telah mempengerusikan Komiti Maxwell untuk menyemak kembali skim-skim khusus bagi memperingati penubuhan Singapura oleh Sir Stamford. Ahli komiti terbabit adalah Roland Braddell, A.W. Still, Seah Ling Seah, Dr Lim Boon Keng, Mohammed Yusoff bin Mohammed, N.V. Samy, dan Mannesseh Meyer. Komiti kerja yang diketuai oleh H.W. Firmstone mengesyorkan penubuhan kolej pendidikan tertiari sempenan memperingati sumbangan Sir Stamford.[3] Pada 12 Julai 1919, Kerajaan British di Singapura bersetuju untuk menanggung kos pembinaan bangunan yang tidak melebihi $1,000,000 dan menyumbang $50,000 kepada perbelanjaan tahunannya sebaik sahaja komiti berjaya mengutip $2,000,000 bagi Tabung Pendahuluan Kolej Raffles. Pada 31 Ogos 1920, komiti berjaya mencapai kutipan melebihi sasaran berjumlah $2,391,040.[4]

Pada 31 Mei 1920, Richard Olaf Winstedt telah dilantik sebagai Pemangku Pengetua Kolej Raffles. Antara pembaharuan yang dilaksanakan adalah kursus pengajian bertempoh 3 tahun. Penubuhan kolej ini dilihat lebih sistematik dan tersusun berbanding penubuhan Kolej Perubatan King Edward VII yang ditubuhkan lebih awal. Kolej Raffless terletak di tapak dikenali Taman Ekonomi atau Economic Gardens yang direka oleh Cyril A. Farey dan Graham Dawbarn. Buat pertama kali Kolej Raffles dibina pada tahun 1926.[5]

Pada 22 Julai 1929, Kolej Raffles berjaya tertubuh. Kolej ini berobjektif untuk memberi penekanan khusus kepada pendidikan seni dan sosial sains di tahap tertiari kepada penuntut Melayu. Terdapat dua aliran penting iaitu Seni dan Sains Sosial. Empat (4) tahun kemudian, Majlis Kolej telah menyarankan perubahan terhadap kurikulum akademiknya, dimana pemerkayaan kursus yang ditawarkan diberikan Ijazah Diploma supaya kemudian pelajar dapat melanjutkkan pelajaran keperinggkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Tinggi melalui suatu bentuk peperiksaan khusus dengan kerjasama universiti-universiti di England.

Pada tahun 1937, Sir Shenton Thomas mengesahkan bahawa kolej mempunyai Pengetua tetap sepenuh masa. Kolej Raffles mempunyai empat orang pengetua iaitu Alexander Keir, diikuti Frederick Joseph Morten. Pada tahun 1939, Perang Dunia Kedua telah tercetus di Eropah, maka kerja-kerja pembangunan Kolej Raffles terpaksa diberhentikan. Peperangan Dunia Kedua telah merebak ke Asia dan ke Singapura, Pada tahun 1942, pula berlaku Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Selepas perang tamat, Kolej Raffles dibuka semula dan pada masa itu W.E. Dyer dilantik sebagai Pengetua. Pembangunan Kolej Raffles menjadi kabur dan kurang jelas sehinggalah tahun 1948 apabila Dr George V. Allen (kemudian membawa gelaran Sir) yang dahulunya mantan Pengetua Kolej Perubatan King Edward VII diangkat menjadi Pengetua Kolej Raffles. Kemudian pada tahun 1949, Kolej Raffles telah disatukan dengan Kolej Perubatan King Edward VII dibawah satu pentadbiran dan terbentuklah Universiti Malaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Raffles College: Background". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 23. ISBN 983-100-323-3. 
  2. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Raffles College: Background". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 23. ISBN 983-100-323-3. 
  3. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Maxwell Committee". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 25. ISBN 983-100-323-3. 
  4. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Maxwell Committee". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 26. ISBN 983-100-323-3. 
  5. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "The Maxwell Committee". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 27. ISBN 983-100-323-3.