Pergi ke kandungan

Richard Olaf Winstedt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 - 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan seorang orientalis berbangsa Inggeris dan pentadbir koloni dengan kepakaran tinggi tentang perihal-perihal Tanah Melayu British.

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana beliau menerima MA. Abangnya, Eric Otto Winstedt, adalah seorang ahli sosiologi dan pengkaji bahasa Latin.

Pada tahun 1902, Winstedt menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana beliau mempelajari bahasa, sejarah, adat istiadat dan kebudayaan Melayu, yang mana beliau menunjukkan minat yang sangat mendalam. Pada tahun 1913, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dan menyertai jabatan pendidikan pada 1916. Pada tahun 1920, Winstedt menerima ijazah Doktor Kesusasteraan (DLitt) daripada Universiti Oxford.

Kerjaya kemudiannya[sunting | sunting sumber]

Winstedt pada mulanya berkhidmat sebagai Presiden pertama Kolej Raffles, Singapura pada 1921-1931. Semasa menjawat sebagai Presiden, dia turut bertindak sebagai Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi (1923); Pengarah Pendidikan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), dan ahli kepada Majlis Legislatif, Negeri-negeri Selat (1924-1931); ahli kepada Majlis Kebangsaan NNMB (1927-1931).

Selepas sepenggal sebagai Penasihat Umum kepada kerajaan Johor (1931-1935), Winstedt bersara dari Perkhidmatan Awam Kerajaan Tanah Melayu dan dilantik sebagai pensyarah, dan kemudiannya felo kehormat, dalam bidang Melayu di School of Oriental and African Studies, di mana dia turut berkhidmat sebagai ahli Badan Penyelia, 1939-1959. Semasa Perang Dunia Kedua, dia membuat siaran dalam bahasa Melayu ke Tanah Melayu yang diperintah Jepun. Dia bersara dari pendidikan aktif pada 1946.

Winstedt telah berkhidmat dalam pelbagai lembaga penasihat, antara yang terkenal adalah Persatuan Asiatik Diraja (Royal Asiatic Society) dimana beliau berulangkali diangkat menjadi Presiden Persatuan dan memenangi Pingat Emas pada tahun 1947; Persatuan British Malaya Association of British Malaya, menduduki kerusi Presiden pada tahun 1938; Ahli Lembaga Penasihat Kolonial British untuk Pendidikan, 1936-1939; Persatuan India Diraja Royal India Society. Beliau juga merupakan felo di British Academy, dan Ahli Kehormat Institut Asia Tenggara, Persatuan Betawi Diraja Royal Batavian Society, dan Kon Instituut voor Taal­Land­en Volkenkunde.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau diketahui telah memelihara banyak hasil tulisan kesusasteraan Melayu termasuklah Sejarah Melayu dan menulis pelbagai karya penting yang melibatkan Melayu dan bahasanya di dalam A History of Malaya dan A Dictionary of Malay Language.

Hasil kerjanya[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah hasil karya beliau dan buku berkaitan dengannya

  1. Cherita jenaka : ya-itu Pa Kadok, Pa Pandir, Lebai Malang, Pa Belalang, Si Lunchai, Singapore : Methodist Publishing House, 1908.
  2. The Circumstances of Malay Life. The kampong. The house. Furniture. Dress. Food, 1909.
  3. Fishing, Hunting and Trapping, 1911.
  4. Hikayat Anggun Che Tunggal, Singapore : Methodist Publishing House, 1914.
  5. An English-Malay Dictionary, Kelly & Walsh: Singapore, 1914-17.
  6. Malayan memories, Singapore : Kelly and Walsh, 1916.
  7. A Malay Reader, Clarendon Press: Oxford, 1917.
  8. Misa Melayu, Singapore : Methodist Publishing House, 1919.
  9. Dictionary of Colloquial Malay. Malay-English & English-Malay, Singapore : Kelly & Walsh, 1920.
  10. Malaya : the Straits Settlements and the Federated and Unfederated Malay States, London : Constable, 1923.
  11. Shaman, Saiva and Sufi. A study of the evolution of Malay magic, London : Constable, 1925.
  12. A Malay History of Riau and Johore, etc. (Malay text of the Tuḣfat al-nafīs), Singapore, 1932.
  13. A History of Johore, Singapore, 1932.
  14. Right Thinking and Right Living. A primer on moral & social topics, etc., Singapore : Malaya Publishing House, 1933.
  15. A History of Perak, Singapore, 1934.
  16. A History of Malaya, Singapore, 1935.
  17. A Simple Malay Reader, London : Kegan Paul & Co., 1944.
  18. Britain and Malaya, 1786-1941, London, 1944.
  19. The Malays: a cultural history, Singapore : Kelly & Walsh, 1947.
  20. The Malay magician : being shaman, saiva and sufi  : Oxford University Press, 1993.
  21. A History of Malaya : Marican & Sons (Malaysia), 1982.
  22. A history of Johore, 1365-1895 : Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society by Art Printing Works, 1979
  23. Sejarah Melayu = The Malay Annals / disusun oleh Cheah Boon Kheng, dirumikan oleh Abdul Rahman Haji Ismail : The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 1998.
  24. A history of classical Malay literature  : Council of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1996.
  25. An unabridged English-Malay dictionary : Marican & Sons, 1963.
  26. Malaya : the Straits settlements and the federated and unfederated Malay states : Constable & Co., 1923.
  27. The Malays : a cultural history : Routledge & Kegan Paul, 1950
  28. Hikayat Anggun Cik Tunggal / oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ; naskhah oleh Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock: Fajar Bakti, 1985.
  29. Hikayat Bayan Budiman / diusahakan oleh R. O. Winstedt. : Penerbit Fajar Bakti, 1985.
  30. Hikayat Awang Sulung Merah Muda / oleh Pawang Ana dan Raja Haji Yahya ; naskhah, Sir R.O. Winstedt dan A.J. Sturrock : Fajar Bakti, 1985.
  31. Malay proverbs  : Graham Brash, 1981.
  32. The Malays : a cultural history: Graham Brash (Pte) Ltd., 1981.
  33. The Malay : a cultural history.
  34. A History of Malaya : Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd. , 1982.
  35. A history of classical Malay literature : Oxford University Press , 1969.
  36. Malayan and Indonesian studies, essays presented to Sir Richard Winstedt on his eighty fifth birthday / edited by John Bastin and R. Roovink : Clarendon Press, 1964.

Rujukan[sunting | sunting sumber]