Kolej Vokasional Balik Pulau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolej Vokasional Balik Pulau
Lokasi
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Jalan Balik Pulau, 11000, Balik Pulau, Pulau Pinang
 Malaysia
Koordinat5°20′17″N 100°13′05″E / 5.33813°N 100.218°E / 5.33813; 100.218Koordinat: 5°20′17″N 100°13′05″E / 5.33813°N 100.218°E / 5.33813; 100.218
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Teknik, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan (1992-11-05) 5 November 1992 (umur 31)
Nombor sekolah6048666229
Kod sekolahPHA3001
Faks6048666379

Kolej Vokasional Balik Pulau (atau Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau) ialah sebuah kolej vokasional yang bertapak di Jalan Balik Pulau, Balik Pulau dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Berdasarkan laporan Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2020, Kolej Vokasional Balik Pulau mempunyai jumlah pelajar seramai 574 orang. Ia juga mempunyai 128 orang guru.[1] Kod sekolah semasa ialah PHA3001. Ia dibawah Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kolej Vokasional Balik Pulau ini diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 November 1992 dan mula beroperasi pada 18 Januari 1993 dengan penerimaan kumpulan pertama pelajar-pelajar tingkatan 4 dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau. Sekolah ini menawarkan 4 pengkhususan aliran iaitu Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bagi kumpulan teknik dan Pengaturcaraan Komputer, Elektrik dan Elektronik bagi kumpulan vokasional.

Mulai 1997, sekolah ini dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau. segala kemudahan yang sedia ada akan sentiasa ditambah terutama bilik darjah, makmal sains dan blok asrama mengikut keperluan semasa. Pada 2009, Kementerian Kerajaan Malaysia telah mengubah dasar pendidikan teknik dan vokasional. Maka dengan itu, Sekolah Menengah Teknik Balik Pulau telah bertukar nama kembali kepada Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau.

Tanggal 1 Januari 2012, Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional telah memantapkan lagi arus dasar pendidikan teknik dan vokasional negara dengan tertubuhnya 15 sekolah perintis yang akan melaksanakan sistem pembelajaran bersemester yang menawarkan Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia. Transformasi pendidikan vokasional negara ini telah membawa kepada banyak perubahan yang positif. Justeru itu kepercayaan telah diberikan oleh pihak kementerian sepenuhnya kepada Sekolah Menengah Vokasional Balik Pulau untuk menjadi salah sebuah sekolah perintis di Malaysia yang menjalankan dasar sistem pembelajaran yang baru ini. Dengan itu, berdirilah megah sekolah ini dengan dikenali sebagai Kolej Vokasional Balik Pulau.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini dapat dicapai dengan laluan bas Rapid Penang 502 dan 401E (Ekspres) dengan mengambil perhentian di SMK Pondok Upeh.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. 10 Julai 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 2021-08-27.CS1 maint: date and year (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]