Kompleks Nasyrul Quran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Kompleks Nasyrul Quran
کومڤليک‌‌س نشر القرآن
Maklumat am
Ditubuhkan2017
JenisPusat Percetakan Al-Quran
Maklumat pentadbiran
PemilikYayasan Restu
Maklumat geografi
NegaraMalaysia
Lokasi
Presint 14, Putrajaya
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Kompleks Nasyrul Quran (Jawi: کومڤليک‌‌س نشر القرآن) ialah sebuah pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia. Ia merupakan pusat percetakan al-Quran yang kedua terbesar[1] di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd.[2] Kompleks ini terletak di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam.

Jumlah kos pembinaan kompleks ini adalah sebanyak RM60 juta[3] untuk tujuan bangunan dan pembelian mesin cetak. Bangunan ini dibantu oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia[4] dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kompleks ini mula beroperasi pada 13 Jun 2017 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Muhammad, Anne (13 Jun 2017). "Pusat cetakan al-Quran Malaysia mula beroperasi". Malaysiakini. Dicapai pada 2020-02-22.
  2. ^ Hafiz Ithnin (19 Jun 2019). "Mushaf sentuhan Malaysia". myMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  3. ^ "Keputusan, tindakan kerajaan berlandaskan al-Quran - Najib". Berita Harian. 10 Julai 2015. Dicapai pada 2020-02-22.
  4. ^ Suhaila Shahrul Annuar; Noor Atiqah Sulaiman (28 Februari 2019). "Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM5 juta". BH Online. Foto oleh Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-08. Dicapai pada 9 Mac 2020.