Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd
مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف
Pembentukan1985
TujuanPrinting of the Quran
Ibu pejabatMadinah
Lokasi
KoordinatKoordinat: 24°30′59″N 39°32′29″E / 24.51639°N 39.54139°E / 24.51639; 39.54139
Setiausaha agungDr. Bandar bin Fahd Al-Suwailem
Head
Saleh Al Sheikh
Laman sesawanghttp://qurancomplex.gov.sa/

Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd, juga dikenali sebagai Dewan Percetakan Al-Quran Raja Fahd (Bahasa Arab: مجمع الملك فهد لطباعة المصحف الشريف), ialah sebuah pusat percetakan terletak di Madinah, Arab Saudi yang menerbit al-Quran dalam bahasa Arab dan pelbagai yang lain. Ia merupakan kilang percetakan mushaf al-Quran terbesar di dunia[1].

Syarikat tersebut menghasilkan kira-kira 10 juta salinan al-Quran dalam setahun. Ia mempunyai 1700 pekerja. Ia juga telah menerbitkan 55 terjemahan al-Quran dalam 39 bahasa. Laman sesawang mereka menawarkan Quran Arab, bacaan, penggelintar teks, terjemahan, gambar-gambar manuskrip Quran lama[2] dan juga tafsir.[3] Sejak 1985, Dewa Percetakan telah mengeluarkan lebih daripada 128 juta naskhah al-Quran[4] yang digunakan oleh semua umat Islam. Salinan al-Quran yang asal ditulis dengan tangan oleh seorang jurukhat bernama Uthman Taha.[4]

Pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Bermula dari tahun 1985 sehingga 2007[5]

Jenis Jumlah
1 Quran 127,420,423
2 Pita audio 1,817,129
3 Terjemahan 24,624,813
4 Bahagian Al-Qur'an 47,592,277
5 Buku-buku riwayat nabi 210,000
6 Lain-lain 4,668,941
Jumlah 206,333,583

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mushaf sentuhan Malaysia". Diarkib daripada yang asal pada 2020-02-22. Dicapai pada 2020-02-22.
  2. ^ "Laman rasmi". Diarkib daripada yang asal pada 2007-10-12. Dicapai pada 2008-11-21.
  3. ^ "Laman rasmi". Diarkib daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2008-11-21.
  4. ^ a b "Salinan dalam arkib". Diarkib daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2014-10-01., dari qurancomplex.com
  5. ^ "Salinan dalam arkib". Diarkib daripada yang asal pada 2011-07-15. Dicapai pada 2014-10-01., dari laman sesawang rasmi qurancomplex.com

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman sesawang Dewan Percetakan Al-Quran Raja Fahd