Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli Semenanjung Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Konvensyen Tanah dan Akta Orang Asli Semenanjung Malaysia telah diadakan pada 6 Mac 2010 di Kuala Lumpur. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah merasmikan konvesnyen penting ini.

Bilangan Orang Asli sekitar 150,000 dan bertaburan di seluruh Malaysia.

Nasib Orang Asli semakin terpinggir dalam arus pembangunan di Malaysia. Tanah milik Orang Asli semakin terhakis , berkurangan untuk pembinaan empangan jalan kuasa elektrik, empangan bekalan air, jalan raya, tapak rekreasi dan taman perumahanan. Contoh terbaik ialah perkampungan Orang Asli di Bukit Lanjan di Kota Damansara.[1]

Senator Mohammad Olian Abdullah dan Prof. Madya Dr. Juli Edo telah menyuarakan permasalahan Orang Asli di Malaysia. Mereka menjadi tetamu dalam “Hello Malaysia” kendalian Bernama TV. Sebenarnya masyarakat Orang tidak menolak pembangunan. Peneroka tanah FELDA dan FELCRA diberi 10 ekar tanah (2 hektar) untuk diteroka sedangkan masyarakat Orang Asli hanya diberi sekitar 6 ekar sahaja. Tanah Orang Alis biasanya dimajukan oleh RISDA dengan tanaman getah.

Bilangan Senator untuk Orang Asli patut ditambah kerana perkampungan mereka kecil-kecil dan bertaburan di pinggir hutan.

Pihak universiti hendaklah menerima kemasukan pelajar Orang Asli dengan kelayakan minimum.

Tarian Orang Asli hendaklah ditonjolkan dan dipersembahkan dalam setiap majlis rasmi . Contohnya dalam Tour de Langkawi 2010 di Putrajaya pada 6 Mac 2010.

Jabatan Peguam Negara dipertangungjawabkan untuk memperbaiki dan memperhalusi klausa undang-undang hak milik tanah Orang Asli. Sehingga kini tanah Orang Asli mudah diambil untuk dijadikan bandar baru dan taman perumahan. Pampasan yang diterima tidak memadai. Orang Asli tidak serasi dengan persekitaran baru seperti sumber pendapatan, pendidikan, pergaulan dengan masyarakat kota dan sebagainya.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli ditugaskan menjelaskan kepada komuniti Orang Asli di seluruh Malaysia mengenai dasar pemberimilikan tanah untuk ladang dan tapak rumah itu.

RM150 juta diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur perkampungan Orang Asli di seluruh negara bagi 2010-2013.Lima fokus utama ialah pendidikan, pembangunan ekonomi, kemudahan prasarana tempatan, pengetahuan tradisional dan warisan, dan kesihatan khusus untuk masyarakat Orang Asli.[2]

Hak milik tanah[sunting | sunting sumber]

19,990 keluarga Orang Asli akan diberi hak milik tanah kekal. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 'Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Kepada Orang Asli untuk Kegunaan Pertanian dan Kediaman' . Ia diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara ke-65. 50,563.51 hektar tanah di seluruh Semenanjung Malaysia telah dikenalpasti . Tanah itu akan dimajukan terlebih dahulu dengan kelapa sawit dan getah.

Tanah seluas 0.8 hingga 2.4 hektar untuk ladang dan 1,524 meter hingga 0.1 hektar bagi tapak rumah mengikut kemampuan kerajaan negeri. Tanah yang diberikan hak milik itu tidak boleh disewa, dipajak, digadai atau dilepaskan kecuali dengan kebenaran pihak berkuasa negeri selepas berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).Tanah yang diberi milik juga tidak boleh dipindah milik selama 15 tahun oleh pemilik pertama dan pindah milik tanah hanya kepada Orang Asli.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]