Mohd Shafie Apdal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi Ketua Pengakap Negara, lihat Shafie Mohd Salleh.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima
Mohd. Shafie Haji Apdal
SPDK, SPMP (Per), PGDK, DSAP, DMSM, JP
YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Haji Apdal.jpg
Ketua Menteri Sabah
Memegang jawatan
12 Mei 2018
Didahului oleh Musa Aman
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Semporna, Sabah
Memegang jawatan
1995
Didahului oleh Sakaran Dandai
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Senallang
Memegang jawatan
2018
Didahului oleh Nasir Sakaran
Presiden Parti Warisan Sabah
Memegang jawatan
2016 - kini
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dalam jawatan
10 April 2009 – 29 Julai 2015
Didahului oleh Muhammad Hj.Muhammad Taib
Digantikan oleh Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim
(Budaya, Seni dan Warisan)
Digantikan oleh Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim (Budaya)
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
31 Mac 2004 – 17 Mac 2008
Didahului oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Digantikan oleh Shahrir bin Abdul Samad
Naib Presiden UMNO
Dalam jawatan
2009–2016
Didahului oleh Muhammad Haji Muhd Taib
Digantikan oleh Mohamed Khaled Nordin
Butiran peribadi
Lahir (1956-10-20) 20 Oktober 1956 (umur 62)
Semporna, Sabah
Parti politik BN-UMNO
(1995-2016)
WARISAN
(2016 - kini)
Pasangan Datin Seri Panglima Shuryani binti Datuk Shuaib
Hubungan Sakaran Dandai (bapa saudara)
Anak-anak 6
Ibu Bunga Suara Dandai[1]
Kediaman Sri Gaya (Kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah)
Pekerjaan Ahli Parlimen
Laman sesawang http://shafieapdal.com/

Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, SPDK., SPMP., PGDK., DSAP., DMSM., JP (lahir 20 Oktober 1956) ialah Ketua Menteri Sabah mulai 12 Mei 2018.[2] Beliau juga pernah menjawat Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada tahun 2009-2015.[3]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Semporna, Sabah dan beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.[4] Dato' Seri Mohd Shafie telah mendapat pelajaran menengah di Victoria Institution,Kuala Lumpur. memperoleh Diploma dalam Pengurusan dan dalam Perkapalan dari Kolej Perniagaan London, dan Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi dengan Kepujian daripada Politeknik Staffordshire Utara (sejak 1992, Universiti Staffordshire) di England.[5]

Kerjaya perkhidmatan awam[sunting | sunting sumber]

Setelah menghabiskan kursusnya di England, Mohd Shafie kembali ke Malaysia dan memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam sebagai Pegawai Ahli Ekonomi dalam Kementerian Kewangan Negeri Sabah pada tahun 1982. Pada tahun 1984, beliau berpindah ke Jabatan Ketua Menteri Negeri Sabah untuk memegang jawatan Pegawai Pentadbir Kanan. Beliau kemudian berpindah ke Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987 untuk menyandang jawatan Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah, dan dari tahun 1991 hingga 1993, merupakan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Datuk Hj. Sakaran bin Dandai, Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Ketika UMNO mula bertapak di negeri itu, beliau telah menyertai parti itu dan terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Mohd Shafie menyandang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan antara 15 Mei 1995 dan 24 Mei 1999. Beliau menjadi Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah pada tahun 1995 dan berjaya mengekalkan kerusi parlimen sehingga kini (2006). Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 25 Mei 1999 dan kemudian berpindah ke Kementerian Pertahanan untuk menyandang jawatan Timbalan Menteri antara 14 Disember 1999 dan 29 Mac 2004. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.[6]

Mohd Shafie dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia pada 30 Mac 2004, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian diberikan pula portfolio Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Pada 28 Julai 2015, Shafie dialihkan dalam rombakan kabinet oleh Najib dengan kehilangan portfolio pembangunan luar bandar dan wilayahnya.[7] Berikutan itu, beliau membentuk parti pembangkang baru yang dikenali sebagai WARISAN yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 17 Oktober 2016.[8][9]

Pilihan raya Malaysia 2008[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohd Shafie Bin Apdal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional / UMNO . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Semporna , negeri Sabah. Mohd Shafie Bin Apdal telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19,419.

Calon lawan ialah Ab Azis bin Ab Hamid dari PKR mendapat 1,957 undi dan hilang wang deposit. Peratus pengundi yang keluar ialah 63.%. Undi rosak sebanyak 832.

Naib Presiden UMNO[sunting | sunting sumber]

Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Perhimpunan Agung UMNO 2009 telah diadakan pada 28 Mac 2009. Wakil dari Sabah seperti Datuk Bung Mokhtar Radin,Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin turut terpilih dalam perhimpunan itu bagi memulihkan UMNO setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008.

Pada tahun 2016, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan kemudiannya menubuhkan Parti Warisan Sabah.

Kontroversi Zahida Rafik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012 Mohd Shafie telah dituduh mengadakan hubungan dengan seorang artis Malaysia bernama Zahida Rafik. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah menggambarkan bahawa Zahida telah menerima pembayaran sebanyak RM 1.5 juta dari Shafie. Shafie lalu bertindak menyaman Zuraida.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan 6 anak.[11]

Anaknya Sabrina Mohd Shafie dipilih sebagai penerima Anugerah Naib Canselor pada Istiadat Konvokesyen ke-70 Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 27 Mei 2009. Dia menerima diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di UiTM Lendu, Melaka dengan Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 3.84.[12]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Semporna, Sabah[13]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1995 Shafie Apdal (UMNO) 17,006 78% Sabardin Ombrah (PBS) 4,788 21%
1999 Shafie Apdal (UMNO) 18,570 77% Abdul Rahim (Bebas) 5,245 22%
2004 Shafie Apdal (UMNO) 13,790 76% Madjalis Lais (Bebas) 1,704 10%
2008 Shafie Apdal (UMNO) 19,419 90% Abd Azis Abd Hamid (PKR) 1,957 10%
2013 Shafie Apdal (UMNO) 25,559 83% Zamree @ Mohd Suffian Abdul Habi (PKR) 4,654 15%
Catatan:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibu Shafie Apdal Meninggal Dunia
  2. ^ "Shafie to hold Finance Minister post temporarily". The Borneo Post. 18 May 2018. Dicapai 25 May 2018. 
  3. ^ "Shafie to hold Finance Minister post temporarily". The Borneo Post. 18 May 2018. Dicapai 25 May 2018. 
  4. ^ "GE13: Shafie Apdal is 'village Minister' in Semporna". ABN News. 18 April 2013. Diarkibkan daripada asal pada 9 November 2014. Dicapai 10 November 2014. 
  5. ^ "GE13: Shafie Apdal is 'village Minister' in Semporna". ABN News. 18 April 2013. Diarkibkan daripada asal pada 9 November 2014. Dicapai 10 November 2014. 
  6. ^ Muguntan Vanar (17 September 2013). "Shafie thanks Musa Aman for staying out of Umno elections". The Star. Dicapai 10 November 2014. 
  7. ^ "Shafie Apdal axed in Cabinet shakeup". The Malay Mail. 28 July 2015. Dicapai 29 July 2015. 
  8. ^ "Shafie's Party Name, Logo Approved, To Be Called 'Parti Warisan Sabah'". New Straits Times. Malaysian Digest. 17 October 2016. Dicapai 17 October 2016. 
  9. ^ "Parti Warisan Sabah is new name of Shafie-led party". Bernama. The Sun. 17 October 2016. Dicapai 17 October 2016. 
  10. ^ "Isu Zahida: Zuraida terima notis saman Shafie Apdal". Sinar Harian. 16 Mei 2012. Dicapai 8 Januari 2013. 
  11. ^ Noor Fazrina Kamal (7 August 2009). "Shuryani berpuisi sejak remaja". Utusan Malaysia. Dicapai 14 May 2018. Buku tersebut akan diberi tajuk Dirimu Diriku dan Reflection of Life. Ia juga didedikasikan kepada pencinta seni yang mahu berkongsi pengalaman yang saya lalui," jelas ibu kepada enam cahaya mata ini. 
  12. ^ "Mohd Shafie Apdal, Semporna boy makes good". Bernama. 12 May 2018. Diarkibkan daripada asal pada 14 May 2018. Dicapai 14 May 2018. 
  13. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai 23 June 2010.  Percentage figures based on total turnout. Table excludes votes for candidates finishing in third place or lower.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Sabah
12 Mei 2018 – kini
Penyandang Kemudian
Musa Aman penyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
30 Mac 20048 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tan Sri Muhyiddin Yassin Dato' Shahrir b Abdul Samad
Penyandang Terdahulu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
19 Mac 2008 – kini
Penyandang Kemudian
Tan Sri Dr. Rais b Yatim Ahmad Shabery Cheek